Berapa bersih bilik air anda? tersusn kemas, di cuci tiap hari belum tentu menjamin kebersihan. Seperti umum tahu, biik air adalah ruang paling lembap di dalam rumah. Di tambah dengan iklim Malaysia lembap dan panas sepanjang tahun mnjadikan ia habitat terbaik pembiakkan bakteria. Oleh itu, untuk memastikan bukan sekadar bilik air malah kelengkapan dan keperluan harian yang disimpan bersih, ada 10 perkara yang perlu anda perhatikan:

1. ELAK GUNA SABUN BUKU
Perasan tak, jika anda menggunakan sabun buku, ia mudah mencair apabila terendam dalam air bertakung. Bila kesan sabun buku yang cair mula mengering, agak sukar untuk dicuci dan memerlukan kerja keras. Jadi, jika anda masih memerlukan sabun buku, pastikan ia mempunyai bekas khas yang mudah dibersih. Jika tidak, segera buangkan

2. HARAM SIMPAN UBAT DI DALAM BILIK AIR
Bagi anda yang mempunyai kabinet atau rak di dalam bilik air, antara barang yang paling tidak layak disimpan adalah ubat-ubatan. Kondisi bilik air yang lembap, akan merosakkan ubat anda walaupun bilik air berkonsepkan kering.

3. BARANG KEMASA CEPAT MEREPUT DI DALAM BILIK AIR
Kadar kelembapan di dalam bilik air juga akan mempercepatkan proses pengoksidaan terutamanya pada permukaan besi. Ini bermakna, barang kemas yang diperbuat daripada metal akan mudah berkarat. Jadi, sila keluarkan barang kemas anda dan simpan di dalam almari solek

4. BARANG SOLEKKAN MUDAH ROSAK
Tdak kira anda menggunakan bedak serbuk mahupun cecair, ia perlu disimpan di dalam ruang suhu bilik dan bukan di dalam bilik air.

5. PEWANGI MUDAH TERJEJAS BAU
Sama seperti barang solekkan, botol pewangi bdan tidak sesuai disimpan di dalam ruang yang mempunyai kelembapan tinggi. Ia akan menjejas atau merosakkan aroma pewangi badan anda.

6. ELAK JADI MANGSA RENJATAN ELEKTRIK
Jangan cari pasal. Pastikan barang elektrik seperti pengering rambut, seterika rambut, mesin pencukur, radio dan sebagainya yang tidak direka untuk kegunaan kalis air tidak di letak atau digunakan di dalam bilik air.

7. TUALA MUDAH BERKULAT
Selain bakteria, kondsi bilik air yang lembap dan panas menjadi habitat sesuai pembiakkan lumut. Oleh itu, jika anda menyipna tidak kira tuala yang belum dipakai di dalam bilik air, ia akan menyebabkan tuala anda mudah tercemar dengan kehadiran kulat atau lumut. Jika kelihatan tuala anda ada tompokkan hitam atau tahi lalat. itu antara petanda tuala anda sudah tercemar

8. BAHAN BACAAN MUDAH CEPAT ROSAK
Bagi anda yang mempunyai tandas kering, kebiasaanya antara aksesori peru ada dalam bilik air adalah bahan bacaan. sedar tak, kadar kelembapan di dalam bilik air akan merosakkan bahan bacaan kesayangan anda.

9. PENGILAT KUKU CEPAT LUPUT
Walaupun pengilat atau pewarna kuku anda mempunyai tarikh luput 2 tahu, aia akan mempercepatkan tarikh tersebut disebabkan ia terdedah keapda suhu di dalam bilik air yang tidak stabil. Oleh itu, simpan pengilat kuku anda di tempat pada suhu builik

10. PISAU CUKUR MUDAH BERKARAT
Jika anda mempunyai stok simpaann pisau cukur yang banyak, ia tidak perlu disimpan di dalam air. Satu sahaja yang disimpan di dalam, selebih nya letakkan di dalam suhu bilik. Jika tidak, simpanan pisau cukur anda mudah berkarat di dalam bilik air