Langsir adalah pelengkap hiasan rumah. Memanglah bukan perkara no.1 dalam carta membeli barangan hiasan dalaman rumah. Tapi, langsir tetap penting kasi ruang nampak elok. Salah beli, ruang jadi buruk. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka….
Jom kita elak jangan kasi rugi bila beli langsir.
1. UKUR LABUH KE SENTENG. Bila beli langsir, ukur betul-betul. Rekaan terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai. Jangan sampai menyapu lantai atau senteng . Elakkan juga memilih langsir cukup-cukup sampai frame tingkap macam mini skirt. Silap gaya orang cakap kita pakai langsir pinjam pulak.
2. PEMILIHAN WARNA TERANG – GELAP Kalau rumah kecil, pilih warna yang senada dengan dinding. Tak pernah nak dramatik sangat sebab nanti ruang nampak sempit, pandangan mata pun nampak ‘semak’. Jika pakai warna warm newtral macam coklat,krim, light brown, jangan pilih warna cool newtral macam biru muda, kelabu samar atau turquoise muda. Itu sudah bercanggah. Hadirnya langsir untuk memberi ruang nampak harmoni dengan perabot.
3. RASA KETEBALAN TEKSTIL Kita kena pastikan ruang kediaman kita cukup cahaya matahari atau tidak. Jika dah kena block dengan unit lain atau rumah lain,confirm rumah kita akan suram walaupun tengahari. Jadi langsir yang lebih nipis lebih sesuai. Paling tidak langsir renda. Ia, mampu benarkan cahaya matahari masuk. Cantik pun cantik. Ada yang murah lak tu…. Kalau pilih fabrik tebal, memang glamor. Tapi gelaplah rumah anda di siang hari. Nanti jiran ingat anti sosial pula. Langsir Black Out boleh digunakan tetapi untuk malam atau ketika kita tiada di rumah.
Ads
4. KENALI PENGGANTUNG LANGSIR Jangan main hentam je beli. Bukan semua langsir sesuai untuk semua konsep. Jangan beli penggantung ala country tapi pakai untuk moden atau klasik. Jadi pastikan anda memilih penggantung yang betul malah detailing lipatan yang sesuai. Jika ragu-ragu, tanya pada pakar langsir. Bukan semua jahitan atas langsir sesuai untuk semua penggantung. Besi, kayu, hitam, emas, perak, polos, berkerawang, semua itu akan memberi impak kepada ruang anda. Jangan nampak aneh pula nanti bila langsir digantung ya! Duit habis, langsir buruk….aduh sakit hatikan…
5. SUAI PADAN CORAK Wow! kita paling keliru bab yang ini. Ingat adakah kita ingin langsir menyerlah dari yang lain atau sebagai satu elemen menyokong konsep asal atau perabot yang ada? Pilih 1! Ini selalunya langsir, sofa, permaidani, kertas dinding semuanya mempunyai corak yang bold dan bertelagah di dalam satu ruang. Hasilnya…..yang mana satu nak kita lihat? Boleh juling dan stress dibuatnya! Jadi jika sofa atau kertas dindingnya sudah ada corak ‘over’, langsirnya biar polos aja atau corak yang lebih samar-samar. Begitu juga sebaliknya. Jadi ada keseimbangan.
Ads
6. PASTIKAN REKAAN BERPADANAN Ukur tubuh pada badan sendiri, ukur langsir pada jendela sendiri! Sesuai atau tidak rekaan sarat umpama istana itu untuk hanya menghiasi jendela kediaman apartmen atau pangsapuri? Rekaan dramatik selalunya cantik untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Andai rumahnya besar, perabot klasik nya dempak, ruangnya luas , silakan! Tetapi jika rumahnya kecil, ia nampak bantut dan berat. Pilih yang simple dan amali malah lebih murah. Masih ada jalan lain untuk nampak rumah kita cantik!
7. ILUSI LEBAR DAN PENDEK Ini bukan ukuran badan. Tetapi ada rumah jendelanya sepasang di tengah dinding sekitar lebar 8′. Selalunya terdapat di kamar kedua unit apartmen atau kondo. Jangan biarkan ruang nampak biasa, kasi grand. Penuhkan dinding kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple macam nilah yang boleh kasi ruang biasa nampak grand tanpa bercorak sarat. Murah tapi molek…..
8. SEDIAKAN PILIHAN KEDUA Jangan rambang mata tengok kat kedai itu cantik beli. Ini cantik beli. Langsir tussel dulu pernah jadi trend beli sudahnya habis kucing main terlilit sana -sini. Mana yang suka nampak klasik mampan tu, boleh memilih pilihan kedua bagi menyelamatkan keadaan. Bidai roman boleh menjadi pengganti langsir klasik berswag, jurai bagai. Pilih corak klasik warna samar, atau yang bersulam mewah atau fabrik berkualiti dan automatik jendela nampak mahal sebab rekaannya bidai roman memang molek….
Ads
9. JANGAN GIGIH MENIRU Lokasi dan gaya hidup keluarga kita berbeza. Jangan lekas terbeli jiwa hanya melihat rumah orang lain rekaan langsirnya begitu ‘wow’. Apatah lagi di dalam drama , iklan segala bagai. Tanya sama diri kita, rajinkah kita menggantung yang begitu berat dan berlapis-lapis? Adakah kita punya pembantu atau masa untuk membersihkan langsir berkain tebal itu? Adakah kita pun bajet untuk membeli atau menempah langsir mewah setiap 3 – 6 bulan? Jika semuanya…. ya, teruskan usaha anda. Namun jika tidak, ayuh kita cari alternatif yang lebih best untuk diri kita.
10. TERSEKAT PADA SATU ILHAM Adakala kita ni degil atau kurang yakin. Apakah fabrik seumpama ini sesuai untuk kita? Cantik atau buruk rumah kita nanti? Pada kita corak itu jelah yang sesuai, atau fabrik itu jelah yang layak untuk kita. Jika anda mempunyai cita rasa moden klasik namun rumahnya tidaklah semegah kediaman agam, kita boleh mencuba memasang pelmet kecil dan disudahkan dengan fabrik polos rona pastel. Jangan kerana ia berkonsep mewah atau dramatik, kita perlu memilih warna seterang-terang lahar gunung berapi. Itu tidak benar . Less is more!
Bila dah beli langsir, kerja-kerja mencuci pun dah jadi satu hal. Silap cuci, langsir anda kelihatan lama dan buruk. Nak elak maslah ni, anda perlu lakukan 10 perkara ni.
Ramai orang takut untuk membeli kediaman sub-sale kerana dikhawatiri kedaan rumah yang tidak lagi dapat diselamatkan. Tetapi sebenarnya, tidak semua rumah sub-sale itu dalam keadaan teruk. Ada juga yang masih dalam keadaan boleh tinggal dan tidak banyak yang perlu dibetulkan.
Menurut tuan rumah, Puan Diana Zaini kediaman sub-sale kos rendah yang dibelinya hanya menelan belanja RM70K untuk ubahsuai termasuk perabot dan barangan keperluan kediaman yang lain.
Rumah dengan keluasan 20×50 kaki persegi tersebut merupakan rumah jenis memanjang dan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk disempurnakan. Dengan konsep pilihan moden minimalis, kebanyakkan inspirasi dekorasi ruang didapatinya melalui perkongsian rakan-rakan di facebook selain mencari idea melalui IMPIANA.
Ketika ditanya tentang runag kegemarannya, Puan Diana amat sukakan ruang tamu beliau yang dihias ringkas tetapi amat selesa, memandangkan ruang ini merupakan tempat tumpuan buat ahli keluarga berkumpul. Rona neutral yang dipilih membangkitkan rasa nyaman ketika berada di ruang tersebut.
Berikut merupakan koleksi gambar “Sebelum & Selepas” kediaman Puan Diana yang dikongsi beliau dengan IMPIANA
LUAR RUMAH
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sun Oasis, adalah sebuah rumah berada di Selangor, yang di mana pada waktu siangnya, akan selalu menerima sinaran cahaya matahari yang sungguh cantik. Rumah ini adalah rumah banglo yang mempunyai 3 tingkat, satu tingkat ground floor dan 2 lagi adalah tingkat 1 dan tingkat 2. Rumah ini mempunyai keluasan laman yang cukup besar kerana ia mampu ada sebuah kolam renang. Sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, pasti akan menyukainya.
Memandangkan kenyataan seni bina yang berkuasa harta itu, kedua-dua klien dan pereka mahukan pendekatan reka bentuk dalaman yang melengkapkan kedua-dua bahagian luar dan dalam. Akibatnya, harta tanah baharu itu mempunyai rona bumi yang tidak jelas pada kanvas putih pudar, memberikannya rasa selamat dan rumah yang kukuh. Geladak luar, meja makan, dinding marmar di belakang TV, dan jubin lantai matte yang dicuci dalaman semuanya dipilih dengan teliti dan dipadankan untuk mencapai tujuan seni bina. Beberapa item pada sudut utama sengaja ditiup dalam saiz untuk mewujudkan rasa keagungan, seperti ciri siling yang dibina daripada jalur oak sederhana dalam varnis matte semula jadi.
Walaupun ringkas, Dry Kitchen diberikan permukaan kaunter kuarza berkualiti tinggi dalam kemasan matte oleh Silestone, memastikan bahasa reka bentuk kekal konsisten sepanjang masa. Bilik tidur, dengan lantai kayu varnis gelap asalnya, bertujuan untuk penduduk berehat dalam warna matte yang lebih dalam tetapi moden yang diterangi semata-mata oleh pencahayaan tersembunyi dan lampu loket gantung kecil yang unik.
Secara konklusinya, rumah ini amatlah menarik bagi seseorang yang mempunyai keluarga yang besar kerana ia mampu memuatkan ramai orang di dalam itu malah boleh juga dibuat sebagai hari keluarga.
Rumah pusaka jangan ditinggalkan, di dalamnya terukir beribu kenangan sama ada pahit, manis, suka mahupun duka. kebiasaanya, ramai yang mengambil keputusan untuk jual rumah pusaka nak-nak bila sudah tiada lagi siapa berniat untuk menetap atau pulang menghinggap. Namun tidak bagi keluarga ini. Walaupun perjalanan 4 jam diperuntukkan untuk pulang kerumah pusaka yang terletak di Johor, si ibu mengambil keputusan untuk mengekalkan rumah tersebut sebagai sebuah hadiah kenangan buat anak-anak dan cucu.
Si anak-anak yang sentiasa menyayangi dan menghormati kedua orang tua ini, mengambil keputusan untuk Makeover rumah pusaka sebagai hadiah untuk hari ibu disamping menyemarakkan lagi suasana hari raya yang bakal disambut di kediaman ini. Mereka sepakat dengan menyumbanagkan RM 400 untuk setiap anak atau kelaurga. Jadi dari 6 anak atau keluarga tadi, terkumpulah dana RM 2,400. namun mereka terikat dengan barang-barang lama yang masih disayangan oleh si ibu. maka cetusan idea modern+retro menjadi panduan keseluruahn konsep kediaman.
Impaian yang melihat perkongsian si anak di dalam media sosial milik Afzaini Zam Mahmad tertarik untuk berkongsi dengan pembaca yang lain. Jom kita tengok
Inilah hasilnya setelah susunatur semula dibuat, dengan cat dinding, beli sikit2 barang dari ikea & kaison, refurbished perabot-perabot lama dalam rumah dan yang paling mencabar sekali nak cari sarung kusyen 4 segi yang lejen tu!! Susah kot nak jumpa!!
Setelah berhempas pulas membawa barang-barang hiasan dari KL ke kampung halaman, akhirnya tercapai juga hasrat kami nak cantikkan rumah peninggalan untuk mak dari arwah atuk yang berusia lebih kurang 50 tahun ni di Kampung Layang Layang, Kluang, Johor. Memakan masa lebih kurang 2 hari kami gunakan secukupnya cuti peristiwa sempena kemenangan parti Pakatan Harapan yang lepas untuk mengecat, menyusun, mengemas, tukar langsir, tikar getah dan macam-macam lah kat rumah ni sebelum kemunculan bulan Ramadhan minggu depan.
Tahun ni mak & ayah bolehla kita beraya di kampung dengan suasana baru rumah berkonsenpkan vintage retro modern sentuhan anak2 mak… kami hadiahkan buat mak & ayah sempena:
– HARI RAYA AIDILFITRI tahun ini
– HARI IBU hari ini dan sempena
– MALAYSIA BARU!!!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.