Scandinavian Interior Design ini adalah rekabentuk hiasan dalaman rumah yang popular di negara-negara Eropah merangkumi negara Denmark, Norway dan Sweden. Yang menariknya tentang gaya hiasan ini, ia sebenarnya sangat popular digunakan dalam kebanyakkan dekorasi atau hiasan interior yang anda lihat pada hari ini.

Mengetahui sedikit sebanyak tentang gaya hiasan Scandinavian Interior Design, ini 10 ciri-ciri utama yang selalu digunakan.10 Ciri Yang Digunakan Dalam Hiasan Dalaman Scandinavian Yang Perlu Tahu

1. Tiada Penggunaan Permaidani

Mereka tidak menggunakan karpet/permaidani, sebaliknya hanya berlantaikan kayu sahaja.

2. Cahaya dan Penyesuaian Warna

Musim sejuk sangat panjang bagi orang-orang Skandinavia, mereka lebih gemar memilih warna putih. Ini membantu ruang kelihatan cerah dan mewujudkan suasana lebih tenang.

3. Pemilihan Kayu

Kebanyakkan lantai dan dinding orang Skandinavia diperbuat daripada kayu. Selaras dengan tema mereka, kayu yang digunakan biasanya merupakan kayu ringan seperti pokok bic dan pinus.

IKLAN

4. Garisan

Penggunaan garisan, biasanya tidak terlalu ketara. Ia berfungsi untuk mewujudkan suasana yang lebih moden dan kelihatan tersusun.

5. Kemas dan tidak serabut

Secara tradisional, kebanyakkan rumah orang Skandinavia sangat kecil, jadi mereka menghadkan penggunan perabot dalam rumah mereka. Gunakan apa yang perlu sahaja. Konsep yang sama digunakan dalam dekorasi minimalis.

IKLAN

6. Penataan Lebih Ringkas

Hiasan ringkas. Kebanyakkan dinding rumah mereka kosong, kalau ada pun hanya satu atau dua perkara sahaja. Contohnya bingkai gambar. Ini mengelekkan dari kelihatan membosankan.

7. Hiasan Minimal dan Praktikal

Orang- orang Scandinavians juga gemar menyimpan benda-benda ringkas dan praktikal.

IKLAN

8. Cahaya semula jadi

Membiarkan sebanyak mungkin cahaya masuk ke dalam rumah, sebab itu mereka menghadkan pengguna perabot di dalam rumah. Rumah nampak lebih cerah dan terang.

9. Tumbuhan hijau

Untuk membantu menghidupkan ruang dan membawa masuk udara segar, pokok-pokok hijau juga merupakan salah satu hiasan yang digunakan dalam rumah mereka.

10. Selesa

Bukan sahaja menggunakan apa yang perlu sahaja, malah mereka mengutamakan keselesaan dalam setiap perkara yang digunakan.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI