Adakah anda sedang merancang untuk mengubahsuai kediaman, terutamanya ruangan publik seperti entryway dan ruang tamu? Jika ya, boleh cuba pertimbangkan kegunaan meja konsol untuk mendapatkan penampilan yang menarik selain dapat memberikan beberapa alternatif pilihan untuk dekorasi di ruangan tersebut.
Meja konsol merupakan rekaan meja kecil yang ukurannya tidak terlalu besar oleh itu sesuai untuk diletakkan berhampiran pintu masuk serta sebagai pelengkap sofa di ruang tamu ataupun di satu sudut bahagian ruang makan. Ianya bukan hanya cantik tetapi juga merupakan satu penyelesaian mudah buat masalah penyimpanan barang anda.
Hal lain yang menarik tentang meja konsol adalah sifatnya yang multifunction. Selain berfungsi sebagai elemen dekoratif dan penyeri ruang, meja konsol juga boleh dimanfaatkan untuk menyimpan barang-barang kecil. Jika anda sejenis orang yang selalu lupa di mana anda letakkan kunci kereta, pengecas telefon bimbit mahupun pin tudung, maka meja konsol memang pilihan yang tepat untuk anda.
Sebagai perabot penyeri ruang, antara cara untuk anda mendeko meja konsol adalah dengan menghiasnya dengan lampu meja yang unik, pasu bunga atau susunkan bingkai gambar-gambar kenangan. Selain itu anda juga boleh gantungkan cermin atau art piece pada dinding untuk mendapatkan kesan lebih dramatik.
Namun sebelum anda pergi mendapatkan meja konsol, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan. Pastikan anda mengikut tip yang telah kami sediakan agar tidak silap memilih nanti.
Terlebih dahulu anda perlu tahu untuk apa kegunaan meja konsol ini, adakah ia sekadar hiasan ataupun ia akan digunakan sebagai tempat penstoran tambahan. Cuba bayangkan jika anda pilih untuk membeli meja konsol yang tidak bersesuaian dengan kegunaannya pasti akan rasa menyesal dan ralat.
2. Tentukan konsep dan gaya keseluruhan kediaman anda.
Perkara paling penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli meja konsol adalah konsep yang telah dipilih untuk kediaman anda. Setelah pasti dan yakin dengan konsep yang dipilih, barulah mudah hendak membuat pilihan perabot supaya tidak bercelaru temanya.
3. Trial and Error posisi meja konsol sebelum betul betul membuat keputusan.
Cuba letakkan meja konsol di beberapa sudut atau ruang untuk melihat kesesuaian dan keserasian meja dengan perabut yang lain. Fungsi meja konsol perlu juga dititikberatkan dalam hal ini agar mudah dan lebih praktikal.
Banyak lagi gambar gambar interior menarik dengan meja konsol yang IMPIANA nak kongsikan. Teruskan scroll down dan selamat menghias ruang kediaman anda!