Tempat privasi yang paling kita banyak manfaatkan untuk berehat, bersendiri dan kadang-kala tempat pelbagai idea tercetus.
Malah, bilik tidur juga boleh mencerminkan identiti seseorang disebalik dekorasi, pilihan warna cat dan aksesori yang tersedia. Kalau dah bilik jadi tempat seharian untuk melepak, mestilah kita nak dekor dengan hiasan yang trendy dan bergaya kan?
10 idea bilik tidur yang mungkin boleh dijadikan inspirasi untuk menghias bilik tidur anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Api Kecil? Servis Sendiri Je Dapur Gas Yang Sudah Berkarat. Berkesan Dan Lebih Jimat!
Setelah bertahun-tahun bekerja keras di dapur, sudah tentu keadaan dan prestasi dapur gas sudah tidak sama lagi seperti semasa baru dibeli. Setiap dapur gas layak di berikan servis yang sewajarnya agar ia dapat bertahan lebih lama lagi.
Masalah serpihan karat yang menutupi lubang pada tungku dapur gas membawa kepada keadaan api kecil. Hal ini akan mengganggu prestasi masakan anda. Sedih! Tetapi jangan risau, kerana masalah ini ada jalan penyelesaiannya.
Menurut perkongsian saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini langkah-langkah pembersihan yang boleh anda lakukan :
Sebelum itu, ini peralatan yang diperlukan :
1.Playar
2.Pemutar skru bunga dan philips
3.Klip kertas
4.Spray anti karat WD40
5.Kertas surat khabar lama
1.Tanggalkan tungku
dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
2. Buka skru
Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas.Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu keluarkan injap dan paip gas ini. Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan membuatkan saluran injap gas tersumbat.Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.
6. SIAP!
Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.
SEBELUM
SELEPAS
Selamat mencuba, semua!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Bahan Berkesan Hapuskan Anai-Anai Dari Kediaman Tanpa Guna Racun
Rata-rata rakyat Malaysia pernah mengalami atau mengenali seseorang yang pernah berhadapan dengan masalah anai-anai di kediaman mereka. Selain memberi ancaman terhadap struktur bangunan, masalah serangga perosak ini juga dilihat amat serius sehingga boleh menyebabkan kecederaan bahkan kematian. Mengikut berita, seorang pelajar perempuan jatuh dan kakinya tersekat apabila dia terpijak papan lantai yang telah reput akibat masalah anai-anai. Bahaya juga boleh timbul sekiranya anai-anai memakan bumbung menyebabkan risiko runtuh.
Disebabkan oleh sifat anai-anai yang makan rumah anda secara senyap, mereka sering ditemui hanya setelah kerosakan yang teruk telah dilakukan. Jangan tunggu lagi dan basmikan anai-anai sebelum terlambat!
1. Garam Dapur
Campurkan air garam dengan tembakau. Biarkan sekurang-kurangnya 24 jam. Sebelum disemburkan ke tempat yang berkemungkinan diserang anai-anai. Anda juga boleh menaburkan sahaja garam di sarang anai-anai. Walaubagaimanapun cara ini dianggap kurang efektif kerana garam hanya membasmi dibahagian permukaan sahaja.
2. Tembakau
Untuk kesan yang lebih efektif berbanding garam, anda boleh gunakan sahaja tembakau Campurkan dengan air lalu dibiarkan lebih kurang 12 jam agar tembakau larut sepenuhnya. Kemudian, semburkan air larutan tembakau itu pada kayu yang diserang dan juga sarang anai-anai.
3. Air Cucian Beras
Ramai yang tidak tahu air pertama daripada basuhan beras dapat mencegah anai-anai kerana ianya pekat. Anai-anai kurang gemar bau pekat beras ini. Siramkan atau sembur sahaja air bilasan beras tersebut pada sarang.
4. Air Kapur Sirih
Air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi anai-anai . Ini kerana air kapur bersifat hangat dan tidak disukai anai-anai kerana ia memiliki kulit yang tipis dan lembut. Oleh itu, siramkan air kapur sirih ke kayu yang diserang dan juga sarangnya.
5. Minyak Tanah + Serai
Caranya cukup mudah iaitu semburkan minyak tanah di kayu yang telah diserang anai-anai dan juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Untuk kesan yang lebih optimum, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Rak Pasu Dari Paip PVC, Ruang Kecil Pun Boleh Tanam Pokok!
Sejak kebelakangan ini, tidak dinafikan memang ramai yang sudah mula menjinak-jinakkan diri untuk bercucuk tanam di rumah. Tidak kurang juga yang membela pokok hiasan dalam pasu sebagai salah satu langkah pembersihan udara dalam rumah selain sebagai penaik seri sesebuah ruang.
Tetapi tidak semua kediaman mempunyai kawasan laman yang lapang. Lebih-lebih lagi buat mereka yang tinggal di kediaman jenis apartmen atau kondominium. Balkoni sekangkang kera itu sajalah yang boleh dijadikan ruang untuk berkebun.
Perkongsian kali ini memberi solusi buat masalah tersebut. Melalui posting Abdul Hadi dalam group KKDIY. Bagi memenuhi keinginan isteri yang mahukan rak pasu untuk tanaman hiasannya, Encik Hadi telah bina sendiri rak dari paip PVC. Sangat kreatif dan jimat! Mari ikuti perkongsiannya.
Salam semua KKDIY.
Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung2 paip pvc, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memng tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.
Cuma bab nak angkat kene pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua online kat shoppe saiz 3/4 inchi.
Semoga bermanfaat.
p/s ; Anda juga boleh cuba spray rak pvc ini bagi mendapatkan efek lebik menarik dan kemas.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI