
Gunakan ruang kosong di bawah tangga dan tukarkan ia menjadi sesuatu yang lebih bermakna!
Selain daripada dijadikan stor, pasti ramai yang pening dan tak tahu nak buat apa dengan ruang bawah tangga yang kosong kan? Keluasannya terhad dan layout nya juga pelik, menjadikan ruang ini salah satu kawasan negatif (negative space) yang agak susah untuk digunakan. Tapi jika dibiar kosong tanpa apa apa fungsi, rugi pula.
Jadi, kali ini IMPIANA nak kongsikan beberapa idea bernas untuk anda gunapakai sepenuhnya ruang bawah tangga yang tampak kosong.
Kredit : Carian gambar Google
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Apa Beza Air-Cond Lengkap Inverter Atau Non-Inverter?

Isi Kandungan
ToggleNak beli air-cond biasanya mesti penjual akan tanya nak yang lengkap inverter atau pun tidak. Ini juga antara “selling point” yang banyak digunakan oleh penjual-penjual. Sebenarnya, bukan air-cond sahaja yang menggunakan sistem ini. Peti sejuk, oven dan mesin basuh tidak terkecuali menggunakannya.
Apa beza air-cond inverter atau non-inverter ni?
Inverter
- Tindakbalas Pantas untuk mencapai suhu yang dikehendaki
- Memberikan suhu yang kekal dan selesa
- Lebih menjimatkan tenaga elektrik sekiranya digunakan pada waktu yang lama
- Mengurangkan bunyi pada sisitem operasi
- Kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih mahal dari normal unit.
- Harga lagi mahal dari unit biasa
Non Inverter
- Lebih masa yang diperlukan untuk mencapai suhu yang dikehendaki
- Lebih banyak menggunakan tenaga elektrik
- Sistem operasinya lebih bising
- Kos pemasangan dan penyelenggaraan juga lebih murah berbanding inverter
- Harga lebih murah
Air conditioner adalah salah satu peralatan rumah yang paling banyak menggunakan elektrik. Maka jika anda memilih akan memasang air conditioner di rumah, sudah sewajarnya anda akan memilih AC yang menjimatkan elektrik. Disinilah peranan teknologi inverter boleh dimanfaatkan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Mitos Durian, Tapi Ramai Tak Tahu Ia Memabntu Kurangkan Stres

Isi Kandungan
ToggleMusim durian tahun ni menjadi-jadi. Raja buah ni, walaupun “Stinks Like Hell but Tastes Like Heaven”. Sebab tu kadang kala bila dapat rasa yang sedap tu macam tak ingat dunia makan. Walhal, saranan kesihatan hanya 3 ulas saiz sedarhana. Bila berlebihan, boleh undang gangguan kesihatan. Masa tu, mulalah kelaur mitos yang pelik-pelik.
Sebeanrnya bukan disebabkan mitos tersebut, tapi disebabkan anda terlebih makan je. Berikut, antara mitos durian yang selalu anda dengar:
Mitos1: Makan Durian dengan manggis
Nak elak panas selepas makan durian, anda perlu ambil buah manggis kerana ia bersifat sejuk untuk naturalkan kndisi badan. Namun, dalam perubatan moden tiada istilah buah sejuk atau panas. Masih tiada kajian santifik yang menyokong mitos ini
Mitos 2: Durian kolestrol tinggi
Berita baik untuk penggemar durian. Antara kebaikan makan durian ialah buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol! Tapi, jangan keliru antara kolesterol dan karbohidrat ya!
Ddurian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung. Namun, durian masih lagi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.
Mitos 3: Meningkatkan nafsu
Masih tiada kajian yang mengesahkan durian berupaya meningkatkan nafsu seks. Namun, ada kajian membuktikan durian berupaya mengurangkan stres dan membantu tidur yang nyenyak. Ini kerana di dalam durian terkandung sejenis asid amino bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan. DUa hormon ini yang diperlukan untuk mengurangkan stres
Mitos 4: Ambil durian dan minum kopi akan menyebabkan mabuk
Tidak kira pengambilan air apa pun, ia tidak menggundang ancaman kesihatan selepas makan durian. Namun. anda digalakkan mengambil air masak kosong bagi melarutkan kandugan durian supaya mudah dicerna
Mitos 5: Makan durian banyak boleh menyebabkan demam
Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!
Secara saintifik, mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Dominasi 2 Tema Warna Ni Di Ruang Keluarga Kalau Nak Selesa

Memilih palet warna adalah antara langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam menghias sesebuah ruang. Ini kerana, setiap warna mempunyai maksud dan vibrasi yang berbeza dalam mempengaruhi emosi dan aura bukan sahaja pada sesuatu ruang malah individu.
Akan tetapi, pakar warna mengatakan ada warna yang tidak sesuai digunakan untuk ruang keluarga atau ruang tamu. Warna tersebut ialah merah dan kuning.
Ruang kelaurga adalah tempat yang santai dan harmoni, oleh itu anda perlu elak warna-warna yang mempunyai vibrasi yang tinggi atau rona aktif.
Warna kuning akan membuat mata mudah letih dan menimbulkan perasaan gelisah. manakala menurut pakar terapi Suzy Chiazzari, warna-warna yang mempunyai vibrasi tinggi atau rona-rona terang dan gelap perlu dielak menjadi padanan di ruang tamu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI