10 Idea Kediaman Loft Buat Generasi Y.

Share

Berikutan harga rumah dan pasaran hartanah yang kian meninggi, memaksa generasi Y dan milenial tampil lebih kreatif melalui pemilihan dan pengubah-suaian kediaman yang ideal. Nah, IMPIANA berikan anda idea kediaman loft yang memaksimakan kegunaan ruang dalam sentuhan sempurna.

1 – LOFT PUSTAKA

Sesuai buat si ulat buku, hanya tinggal susun buku-buku telahan anda itu di segenap ruang. Pamer dan berbanggalah dengan buku-buku anda. Sayang sekiranya ia disorok di ruang storan. Biarkan tetamu terpegun melihat koleksi buku disusun rapi dan cantik sekali.

2 – LOFT SUDUT TERSEMBUNYI

Kadang-kadang kita perlukan ruang privasi tersendiri. Ruang yang boleh membuatkan kita bebas melakukan apa sahaja. Dari membaca, melakukan rutin yoga atau hanya sebagai ruang tidur siang. Jangan takut jadi beruang comel yang berhibernasi.

3 – LOFT KATIL TERSEMBUNYI

Penggunaan ruang yang maksimum. Katil yang boleh ‘disembunyikan’ ketika waktu siang, dan digunakan pada waktu malam. Ketika siang, ruang bebas digunakan untuk aktiviti lain dan bertukar menjadi ruang tamu.

4 – LOFT BERUNSUR KAYU-KAYAN

Bagi penggemar suasana luar/outdoor dan yang ingin merasa perasaan hangat kayu-kayan. Berasa seperti Hobbit yang duduk di dalam sebatang pokok balak. Atau mungkin juga Shrek? Terserah anda mencorakkannya.

5 – LOFT KANAK-KANAK

Bukan sahaja bertujuan menjimatkan ruang, ia juga mengajar anak-anak supaya membesar dengan lebih kreatif. Bak kata pepatah, melentur rebung biarlah dari rebungnya.

6 – LOFT BOTANI

Menyatu dengan alam. Jadikan kediaman loft anda itu tadi seperti sebuah taman kaca dalam kediaman. Percayalah perasaan tenang itu akan hadir dengan sendirinya.

 

 

7 – LOFT KAYANGAN

Ingin menjadi puteri atau putera kayangan? Idea ini sesuai buat anda. Pastikan keseluruhan perabot dan dinding dicat berwarna putih atau berwarna dari keluarga pastel. Corak kan sedikit dengan hiasan kayu putih dan lampu-lampu kerdipan yang ‘terapung’ di seluruh ruang.

 

8 – LOFT TANGGA BERLINGKAR

Klasik, pada masa sama unik. Tangga berlingkar eksentrik sebagai tiang seri kediaman loft anda. Biarkan tetamu bertanya. Dari mana anda mendapat idea ini? Atau yang utama, dari mana anda dapat tangga lingkar ini?

 

9 – LOFT KERANGKA

Tiang dan kerangka loft yang terdedah. Ia mungkin tidak cantik atau tidak kemas pada mata seseorang, tetapi percayalah kerangka terdedah memberi impak geometri yang cantik pada ruang yang luas.

 

10 – LOFT BERPAGAR

Idea yang bagus untuk mereka yang takut dengan ketinggian. Atau kata mudah, buat mereka yang gayat. Pagar memberi suatu perasaan keselamatan dan juga cantik kalau pandai mengolah

 

 

Published by
Impiana