Bagaimana anda menyimpan kunci di rumah? Kebiasaanya, ramai memilih ruang kecil berhampiran pintu sebagai tempat meletakkan kunci. Ia nya mudah, setap kali nak kelaur dan masuk rumah, itu lah lakasi yang akan dituju untuk meletakkan kunci. Kenapa perlu tempat menyimpan kunci ni? ia bagi mengelak anda tersalah letak atau mungkin boleh di katakatan kunci anda hilang di dalam rumah sendiri, Bagai mana anda sediakan ruang melatak kunci? ada yang memilih mangkuk dan ada juga jenis gantung di dinding untuk jumatkan ruang.
Kali ini, IMPIANA nak bagi beberapa idea ruang menggangantung kuncin yang cantik dan comel yang boleh anda buat sendiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Berhadapan Dengan Dinding Rumah Comot Kesan Conteng Anak-anak? Wanita Ini Kongsi Petua Mudah
Bila berhadapan dengan masalah ini, jangan terus marah anak kecil. Sel-sel otak mereka sedang berhubung dengan aktif. Mereka sedang mempelajari sesuatu. Jadi, mak ayah la perlu ambil peranan untuk mencuci semula dinding tersebut dengan cara mudah ini!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Jemur Pakaian Ketika Hujan, Agar Cucian Cepat Kering Dan Tidak Berbau Hapak
Musim hujan kadangkala mendamaikan, dengan suhu yang dingin terasa menyejukkan. Namun terdapat beberapa hal dan urusan harian yang boleh terbantut akibat hujan. Selain perlu sentiasa bersedia dengan payung, hal lain yang akan terganggu akibat hujan adalah jemuran di luar rumah.
Bagi yang mempunyai mesin pengering di rumah, mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana pula untuk yang tiada? Bagaimana nak pastikan pakaian cepat kering?
TIP MENJEMUR PAKAIAN KETIKA HUJAN
Ketika hujan, basuhan akan lambat kering dan boleh membuat pakaian berbau hapak atau kepam. Disamping itu, keadaan yang lembab juga boleh menyebabkan timbulnya tahi lalat pada baju.
Jadi, jom kita semak 6 cara untuk menyidai pakaian ketika musim hujan agar permasalahan tadi tidak berlaku.
1.GUNAKAN PEWANGI/ PELEMBUT PAKAIAN KETIKA MENCUCI
Ini adalah bagi memastikan baju tidak berbau busuk walaupun dalam keadaan lembab. Tuangkanlebih sedikit dari biasa, biar bau wangi ini melekat.
2.ASINGKAN PAKAIAN TEBAL DAN NIPIS
Sudah tentu pakaian yang lebih tebal akan mengambil masa yang lebih lama untuk kering, jadi seeloknya asingkan siap siap supaya mudah untuk diuruskan.
3.KIBAS PAKAIAN SUPAYA TIDAK RENYUK DAN BERLIPAT
Sejurus keluar dari mesin basuh, kibas pakaian sehelai demi sehelai. Ini bagi memastikan tiada bahagian yang terlipat. Kerana bahagian yang terlipat mungkin akan melambatkan proses pengeringan.
4.GUNAKAN PENYANGKUT BAJU/ HANGER
Lebih mudah jika gunakan hanger. Kemudian jarakkan ruang antara jemuran agar aliran udara mudah masuk untuk mengeringkan setiap helai jemuran.
5.SIDAI DI TEMPAT TERBUKA
Elakkan menyidai didalam tempat tertutup yang tiada aliran angin/ udara langsung. Kerana jika tiada aliran udara di tempat menyidai, basuhan akan lebih lambat kering.
6. MANFAATKAN KIPAS ANGIN
Tetapi jika tiada pilihan untuk tempat yang terbuka,boleh juga gunakan kipas angin sebagai alat membantu mengeringkan pakaian.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Mudah Nak ‘Set Up’ Meja Kopi
Meja kopi merupakan salah satu komponen yang wajib ada di ruang tamu seiring tren gaya hidup sekarang. Jangan biarkan meja kopi anda hilang fungsi dan tarikannya. Jika meja mulai terlihat membosankan, sudah tiba masanya anda memberikan sentuhan baru pada penampilannya dengan menggunakan dekorasi yang sederhana macam profesional.
Untuk set up meja kopi, anda tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Cukup sekadar ikut beberapa langkah ini.
- Warna
Sebelum menghias meja dengan beraneka ragam hiasan, lebih baik anda menentukan terlebih dahulu apa tema warna yang akan anda gunakan. Apakah anda ingin menggunakan tema monokrom atau menggunakan aneka warna. Pilih warna yang serasi dengan mood anda.
- Mini Bar
Agar lebih menarik, susun beberapa botol minuman yang memiliki reka bentuk unik di meja dengan gelas-gelas kecil untuk pelengkapnya. Pilih rekaan gelas dan botol yang unik. Walaupun mini bar, anda tidak perlu menyimpan minuman berakohol. Anda boleh menghidang minuman seperti sirup dengan aneka rasa hingga softdrink. Jika anda merupakan pecinta kopi, pilih beberapa jenis kopi.
- Alas Meja
Alas meja bukan hanya digunakan untuk melindungi meja, malah motif yang ada pada alas meja boleh mempercantik meja anda. Dengan tambahan gelas-gelas kecil sebagai pelengkap, meja anda pasti akan terlihat semakin menarik. Gunakan alas meja yang sesuai dengan gaya yang anda dan mampu menjadikan ruangan anda semakin berkarakter.
- Buku dan Aksesori Hiasan
Adakah hobi anda membaca buku atau mengumpul koleksi buku? Manfaatkan koleksi anda untuk hiasan dekorasi meja. Bila meja anda terbuat dari kaca, susun beberapa buku di bahagian bawah, susun buku di sisi meja, dengan sekejap penampilan meja boleh menjadi lebih berbeza.
- Tumbuhan Hijau
Bila di rumah, tanaman memiliki peranan yang penting sebagai penghidup suasana, meja untuk mengopi pagi juga sama. Anda boleh menggabungkan peranan tanaman dan meja ini. Gunakan tanaman kecil contohnya seperti kaktus dengan karaktor yang indah di meja.
Meskipun kecil, tanaman kaktus mampu memberikan kesan segar dan minimalis di meja. Selain kaktus, anda boleh menghias dengan bunga segar di meja. Jadi, tidak susah kan untuk menghias meja kopi?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI