Bukanlah menjadi satu rahsia lagi, bahawa dapur bertona gelap kini semakin menjadi pilihan pengguna dan juga para designer. Dapur hitam tampil mendominasi arena reka bentuk dalaman walaupun ramai yang masih skeptikal dengan penggunaan warna ini untuk ruang kediaman.
Tapi sebenarnya, anda tidak perlu takut pada dapur hitam! Ia masih boleh menjadi sebuah ruang elegan dengan feel yang luas dan lapang.
Padankan dapur hitam anda dengan elemen kayu atau warna putih, disertakan dengan pencahayaan bijak supaya ruang tidak nampak terlalu sarat dan sempit. Warna hitam bukan sahaja nampak sofistikated, malah akan membuatkan dapur anda bergaya penuh karakter dengan seni reka yang timeless!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ketahui Pros Dan Cons Penggunaan Simen Dalam Konsep Industrial
Rupa dan konsep industri dalam reka bentuk dalaman telah lama wujud dan menjadi kegemaran dikalangan pemilik rumah dan pereka, menjadikan permintaan terhadap bahan industri seperti konkrit yang biasanya digunakan di jalan masuk atau laluan utama serta pembinaan umum yang lain semakin meningkat. Konkrit juga merupakan bahan versatile yang serba boleh kerana terdapat pelbagai cara penggunaan yang dapat kita lihat bukan sahaja untuk kemasan interior malahan juga untuk perabot seperti lampu atau side table.
Sememangnya bahan ini dapat membuatkan kediaman anda tampak lebih moden dan unik tetapi sebelum anda memilih untuk menggunakan konkrit, adalah lebih baik jika lakukan sedikit research tentang sifat serta fungsinya agar tidak tersilap langkah dan bagi mengelakkan pembaziran di masa akan datang. Dengan mengambil tahu serba sedikit, ia akan membantu anda membuat keputusan untuk memastikan aplikasi yang anda mahu itu sesuai ataupun tidak.
Pemilik rumah mungkin suka gunakan konkrit untuk bilik mandi, tetapi bahan ini tidak digalakkan untuk lantai kerana ia boleh menjadi licin apabila basah, ditambah pula jika lantai dipenuhi sabun. Hati- hati ya! Perlu juga diingat, konkrit mempunyai permukaan yang berliang, jadi kemunculan garis-garis retak mungkin akan berlaku dari masa ke masa. Jika permukaan konkrit diletakkan berhampiran tingkap, haba yang datang daripada dinding akan menyebabkan permukaan retak dengan lebih cepat.
Apabila digunakan di dalam bilik mandi yang tidak mempunyai ventilasi yang baik, reaksi kimia dari bahan pencuci atau syampu juga mungkin akan menyebabkan kesan berbelak pada konkrit. Jika anda masih berminat untuk mempunyai permukaan konkrit di kawasan basah, maka anda perlu menerima hakikat bahawa rupa dan keadaan konkrit itu akan berubah seiring masa.
Tapi janganlah bersedih dan terus tidak minat dengan konkrit, kerana terdapat pelbagai cara kreatif lain yang dapat kita lihat dengan menggunakan bahan serba boleh ini. Dibawah IMPIANA kongsikan gambar-gambar untuk kita sama sama terinspirasi dengan konkrit. Selamat menghias!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Modal Tak Sampai RM 100 Untuk Bina Rak Dapur
Dapur adalah antara ruang yang paling mudah dan banyak menjadi tempat pembiakkan bakteria. Bakteria ini pula boleh menyebabkan masalah atau mengundang penyakit kepada kesihatan seperti cirit-birit. Jadi, salah satu cara untuk memastikan dapur sentiasa bersih dan terhindar dari bakteria, ia perlu dalam keadaan kemas dan tersusun.
Untuk memastikan dapur anda sentiasa kemas dan tersusun, sudah pasti ruang penyimpanan atau rak untuk menyusun barang perlu disediakan. Tak semestinya untuk dapur yang tersusun dan kemas perlukan belanja yang besar seperti menyediakan kabinet, rak ringkas sudah memadai. Seperti yang dilakukan oleh corleone Chong. Hanya dengan bermodalkan kurang dari RM 100, sebuah rak beserta conter top berjaya dibina. Berikut, antara barang-barang yang diperlukan:
Bahan-bahan:
3 batang besi angle slotted (10 kaki panjang) (RM 15/batang)
30 biji Nut (RM 0.30/sebiji)
4 biji bracket (RM 0.50/sebiji)
4 keping tapak getah (RM 1/unit)
6 biji bakul (2.12/biji)
Counter top guna dari meja terpakai
Cara-cara:
1. Potong besi angle sloted mengikut saiz yang telah ditetapkan. Untuk lebih mudah, bawa ukuran ke ekdai dan upah mereka untuk buat pemotongan
2. Pasangkan kerangka besi angle slotted yang telah siap dipotong menggunakan nut
3. Untuk cantumkan bahagian counter top pada kerangka angle slotted, gunakan bracket
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kaedah Mudah Putihkan Semula Bekas Pengisar Kuning Dan Kotor
besen atau peralatan memasak yang berwarna putih mahupun lutsinar mudah kelihatan kotor terutamanya bekas pengisar kuning. Hal ini terjadi bukan sahaja disebabkan perkakas tersebut telah lama dan lusuh, tapi kesan tindak balas bahan yang digunakan pada permukaan peralatan seperti kunyit.
bekas pengisar kuning Bila dah kuning tu memang tak cantik dan semak mata nampak. Nak kembalikan bekas pengisar tersebut putih seperti baru beli memang lah agak mustahil kalau hanya menggunakan sabun cucian pinggan biasa. Jadi ini tip yang perlu anda gunakan untuk mengembalikan seri bekas makanan putih yang telah kekuningan
Baca juga: Cara Paling Mudah Dan Cepat nak Hilangkan Kesan Kunyit Tebal Dalam Lesung Batu
RENDAMAN CUKA
Untuk membersihkan noda kuning dari peralatan dapur atau bekas makanan, anda sudah pasti sebaiknya elak bahan larutan beasaskan kimia seperti clorox.
Sebaiknya, ganti dengan bancuhan cuka masakkan. Rendam peralatan tersebut di dalam larutan cuka sehingga kelihatan jernih. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan bergantung kepada kadar penyerapan permukaan barang yang direndam
Walaupun teknik ini mengambil masa yang agak lama, ia berkesan dengan baik dan paling selamat
GOSOK DENGAN BAKING SODA
Satu agi kaedah yang selamat untuk menghilangkan kesan kuning pada peralatan memasak dan bekas makanan adalah dengan menggunakan baking soda . Namun kaedah ini memerlukan keringat yang lebih kerana anda perlu menggosok baking soda yang talah di campur sedikit dengan air sehingga menjadi pes seperti ubat gigi. Gosok permukaan atau peralatan yang kuning beberapa kali sehingga kembali putih. Gosok pes baking soda dati dengan kain lembut atas span.
Baking soda mempunyai daya membantu menghilangkan mineral penyebab kekotoran yang sukar dibersihkan dengan sabun biasa seperti pada bekas pengisar.
video pilihan hari ini:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI