Stail abad pertengahan dilihat sebagai suatu trend yang timeless dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Mula dikembangkan seawal pertengahan tahun 30-an lagi, stail ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan dekor simple but elegant.
Dengan motto form follows function, deko abad pertengahan amat menitikberatkan fungsi dan bentuk yang sederhana bagi sesuatu perobot. Potongan yang bersih, bentuk organik lembut dan warna natural yang digunakan menjadikan stail ini tidak lapuk ditelan zaman.
IMPIANA paparkan 10 inspirasi ruang makan yang menerapkan unsur abad pertengahan yang pasti memikat hati!
Penggunaan cermin besar yang mendominasi dinding dapat menampilkan ilusi ruang makan lebih luas dan lapang. Melengkapkan lagi kehadiran perabot, penggunaan warna ‘earth tone’ pula dapat membangkitkan suasana yang lebih selesa dan anggun.
Karpet saiz besar bercorak abstrak menjadi fokus utama ruang makan indah ini. Meja konsul dengan rekaan kemas diletakkan di belakang meja agar dinding tidak kelihatan kosong dan terlalu dull. Penggunaan aksesori walaupun ringkas tetapi ia cukup untuk menarik perhatian serta membuatkan ruang lebih sempurna.
Ads
Pencahayaan semulajadi juga menjadi salah satu elemen penting untuk mendapatkan feel konsep Abad Pertengahan. Hiasan dinding ditambah sebagai penambah seri dinding putih dan polos manakala meja bulat simple pula sebagai pelengkap gaya.
Kombinasi warna hitam dan putih dipadankan dengan karpet oriental menjadikan ruang makan ini nampak elegan. Pencahayaan semulajadi turut menjadi taruhan apabila limpahan cahaya matahari memenuhi ruangan bertemakan mid-century ini membuatkan suasana lebih segar dan hidup.
Pemilihan lampu pendant unik dengan mentol putih kelihatan menarik apabila dipadankan dengan meja makan ini. Kemasan kaki meja juga menjadikan ruang ini lebih berpersonaliti. Ringkas tetapi elegan!
Ads
Tumbuhan hijau memberi pengudaraan segar serta tampak serasi di samping set meja makan coklat dan biru tua. Bingkai gambar dan artwork di susun di atas meja konsul menyuntik suasana cosy. Sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya santai dan ringkas tetapi masih lagi menyerlahkan impak.
Kaki kerusi yang di reka senget menjadikan set meja makan ini nampak lebih ‘sleek’. Cermin bulat digantung rapi pada dinding betul betul diatas meja konsul akan memberi first impression yang baik pada tetamu. Ada kalanya sesuatu yang ringkas serta tidak berlebihan dalam rekaan adalah lebih baik.
Ads
Sepasang ‘Sputnik chandelier’ yang digantung pada siling meja makan menjadi tarikan utama ruang ini. Dinding putih, karpet oriental serta artwork pada dinding juga melengkapkan lagi suasana Abad Pertengahan moden.
Mix and match kerusi di meja makan untuk ruang tampak lebih ranggi dan menonjol. Tidak ada peraturan menyatakan sesebuah meja makan itu mestilah sedondon. Tampilkan kelainan sekali sekala baru lah unik ruang makan anda. Elemen kayu serta warna ‘warm’ pula mambuatkan ruang ini nampak selesa.
Dinding putih, warna ‘tan’ serta karpet oriental merupakan kombinasi yang tepat untuk mendapatkan ruang berkonsepkan Abad Pertengahan. Less is more!
Sumber : Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Musim duduk rumah ni pasti ramai yang buat kerja-kerja ubahsuai rumah. Tukar cat rumah dan sebagainya. Bila sebut mengenai cat rumah kerja mengecat ni semua orang tahu tak akan boleh selesai dalam masa yang singkat bukan.
Kena pula tuan rumah nak cat satu rumah pengsan. Berapa hari pula la baru nak siapkan. IMPIANA nak kongsikan tip yang cukup menarik yang kita sama-sama boleh cuba lepas ni kalau tak nak roller atau berus cat kita mengeras bila dibiarkan semalaman.
Bila nak guna keesokan harinya berus atau roller masih basah dan mudah untuk menyambung kerja-kerja mengecat. Jom baca apa kata tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ni.
Petua mengelak penggelek (roller) atau berus cat mengeras selepas diguna dan dibiarkan semalaman.
Roller ini saya dah guna 2 hari untuk mengecat projek semasa kuarantin PKPD. Hari ni nak guna lagi, sambung mengecat. Boleh digunakan terus tanpa perlu dicuci selepas diguna. Caranya mudah saja, balut roller dengan beg plastik seperti dalam gambar. Saiz plastik ikut saiz roller, pastikan plastik di pulas pada roller sehingga kebanyakan udara didalamnya keluar dan lekat ketat pada roller. Kalau nak yakin lagi, lekat dengan pita pelekat atau gunakan gelang getah untuk elak balutan terbuka. Roller yang sudah dibalut boleh dibiar begitu sahaja tanpa perlu dicuci selepas guna jika ada niat nak sambung pakai keesokan harinya. Makin banyak sisa cat pada roller makin bagus, cat tidak akan kering jika dibalut dengan betul.
Menarikkan perkongsian ni jom kita cuba. Sebelum tu IMPIANA nak minta anda komen mengenai artikel ini dibawah.
Jangan lupa tonton video yang menarik di IMPIANA TV
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila kita sebut tentang kediaman satu tingkat yang terletak ditengah-tengah barisan kediaman teres yang lain, pasti kita terbayangkan suhu bahang di waktu tengah hari, kurang pencahayaan semulajadi dan mungkin juga ruang yang tampak sempit. Tetapi tidak bagi Jose House yang telah diubah suai oleh firma arkitek berpengalaman, Fabian Tan Architect. Terletak di Petaling Jaya, kediaman ini adalah sebuah rumah teres satu tingkat biasa yang berukuran 23 ‘x 75’ (7m x 23m).
Pemilik berhasrat untuk mengubahsuai dengan menerapkan pelan terbuka pada ruang disamping memberi penghormatan kepada neneknya yang cintakan alam semulajadi.
Maka, terhasil lah sebuah kediaman moden dengan rekabentuk unik yang dilengkapi oleh pencahayaan semulajadi, ruang terbuka yang luas dan juga tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau. Kombinasi privasi dan nilai estetika yang tinggi juga telah menyumbang kepada keindahan senibina ini.
Lokasi : Petaling Jaya
Arkitek: Fabian Tan Architect
Keluasan : 1275.0 m²
Gambar : Ceavs Chua
Permaidani merupakan item penting yang mampu menyempurnakan dekorasi serta konsep kediaman anda. Namun, ramai tidak mengetahui setiap jenis permaidani mempunyai fungsi yang tersendiri bagi setiap ruang kediaman. Jom ketahui lebih mendalam tentang jenis-jenis dan kriteria rekaan permaidani yang sesuai untuk setiap ruang di kediaman supaya anda lebih bijak membeli kelak.
BILIK TIDUR
Permaidani yang sesuai buat kamar tidur yang tenang dan harmoni ialah permaidani jenis tenun kapas, wool dan sutera berwarna terang pastel. Ia mampu memberikan keselesaan kepada anda sebaik melangkah memijak nya. Elak daripada memilih permaidani jenis gelap dan bercorak untuk ruang kamar tidur kerana ia tidak sesuai.
RUANG TAMU
Pemilihan permaidani pada ruang tamu amat penting kerana ia perlu mengikut konsep serta saiz sesebuah ruang tersebut. Pilih permaidani jenis wool pile cut, ekoran dekorasi ruang tamu kadar trafiknya yang tinggi. Fabrik jenis ini amat mudah dibersihkan, kurang berbulu daripada sutera, kapas atau nilon. Antara reka corak yang sesuai buat ruang seperti warna bertentangan dengan warna latar, bercorak abstrak, geometri ataupun flora.
PINTU MASUK
Untuk pintu masuk iaitu pada bahagian dalam pintu masuk pilihlah permaidani yang tidak terlalu besar dan mendominasi ruang hadapan pintu. Material permaidani perlulah bersifat tahan lasak dan menyerap air kerana hamparan di ruang ini akan menyerap lebih kotoran luar sebelum melangkah ke dalam kediaman. Oleh itu, pemilihan permaidani jenis ini jarang digunakan kerana pemilik lebih gemar menggunakan alas kaki.
RUANG MAKAN
Bagi ruang makan, permaidani yang dipilih haruslah lebih besar daripada ukuran meja makan. Material bersesuaian untuk ruang makan ialah permaidani jenis wool pile cut kerana ia mempunyai daya tahan geseran kerusi meja makan.
BILIK AIR
Siapa kata tiada permaidani khas untuk bilik air? Sebenarnya ia ada, permaidani untuk bilik air diperbuat daripada material kapas dilapisi getah pada bahagian bawah yang serap air. Jangan sesekali memilih permaidani warna pastel kerana ia akan cepat kotor dan .
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.