dapur

Dewasa ini, kebanyakkan rumah apartmen dan flat yang dimiliki mempunyai saiz dapur sangat terhad. Jadi, pemilik perlu bijak memanipulasi ruang yang tersedia untuk memastikan tempat penyimpaan barang dapur mencukupi. Selain pemilihan warna, dan perabot yang mampu memaksimumkan penggunaan ruang dapur yang sempit, ada beberapa perkara perlu di perhatikan. Berikut, 10 item bijak untuk dapur bersaiz kompak:

1. KAUNTER PULAU MUDAH ALIH
Pengurusan ruang yang bijak, sebaiknya sesuatu tempat mempunyai pelbagai kegunaan. Begitu juga dapur, terutamanya yang bersaiz kompak. Bagi memberi ruang yang lebih luas, kaunter pulau mudah alih ini boleh diubah suai. Lebih bijak jika anda menggunakan kounter pulau yang boleh dijadikan sebagai meja makan atau ruang bekerja yang dilengkapi dengan ruang pengsotran di bahagian bawah.

10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

2. BESI GANTUNG
Adakalnya, kabinet atau rak dinding akan memakan ruang. Pilihan lain anda miliki adalah hanging bar yang mempunyai pelbagai kegunaan. Boleh jadi tempat sangkut periuk belanga, rempah ratus, pekakas memasak dan sebagainya. Terdapat pelbagai rekaan besi gantung di pasaran termasuk yang dipadankan dnegan besi berani. Ianya amat sesuai untuk menyimpan dan menyusun peralatan beasakan keluli seperti pisau10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

IKLAN

3. RUANG SIMPANAN SAMPAI KE SILING
Untuk lebih ruang pengstoran dan simpanan anda kelihatan lebih kemas, bina rak dinding atau kabinet dapur hampir mencecah siling. Punya masalah untuk mengambil barang? tak perlu risau, gunakan bangku. Untuk lebih mudah, susun keperluan dapur di kabinet dinding anda mengikut berat dan saiz. Bagi yang bersaiz besar dan berat, letakkan di bahagian bawah. Hanya yang ringan dan jarang digunakan perlu di letak di dalam kabinet yang paling tinggi10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

4. RAK SUDUT TERGANTUNG
Sebaiknya, ruang di dapur kompak ini dimanfaatkan. Kebiasaanya, sudut dapur yang sering diabaikan dek kesukaran untuk mencapai disamping saiz ruangya terhad. Apa kata sediakan rak sudut sebagai ruang simpanan tambahan. Tiada perkakas atau barang yang sesuai di letakkan? jadikan ia sebagai ruang dekorasi untuk menyerlahkan lagi gaya dapur sempit anda. Kelak, rak sudut tersebut mempunyai kegunaan mendesak yang anda tidak sangka10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

IKLAN

5. KABINET DAPUR CERMIN
Kabinet dapur dengan kemasan cermin atau kaca bukan sahaja memberi ilusi lebih luas. Ia berupaya membias cahaya yang secara tidak langsung mewujudkan pencahayaan semula jadi. Pencahayan sama ada dari lampu atau cahaya semula jadi amat penting bagi memberi kesan ilusi sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas.10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

6. LAMPU PANDENT
Lampu pandent, kebiasaanya dipadankan dengan kaunter pulau atau breakfast bar. Ia bukan sahaja memberi pencahayaan tambahan kepada ruang tersebut, malah menjadikan rekaan dapur lebih elegan dalam sentuhan yang tertentu.10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

IKLAN

7. RAK BAWAH SINKI
Ruang bawah sinki sering di abaikan. Kebaisaanya menjadi tempat longgokan barang pencuci dan tong samapah. Namun tanpa sistem rak khas tersedia, ruang di bawah sinki tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Apa kata, letakkan rak khas yang direka bagi tujuan kegunaan di bawah sinki untuk mendapatkan ruang simpanan tambahan. Bukan sahaja lebih kemas, malah memudahkan anda mencari dan mengambil barang yang diperlukan10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

8. JUBIN BERSAIZ BESAR
Ruang kompak, sudah pasti formulanya haruslah pemilihan pattern bersaiz besar. Aplikasi yang sesuai dengan pattern besar ini sebenarnya lebih berkisar kepada pemilihan saiz jubin. Kebiasaanya, pemaju memilih jubin berukuran 1×1 kaki sebagai kemasan lantai. Hal ini memberi impak visual terhad. Dengan penggunaan jubin bersaiz lebih besar, ia memberi impak visual sebaliknya10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

9. TONG SAMPAH TERSEMBUNYI
Masyarakat Malaysia lebih gemar meletakkan tong sampah pada sudut dapur. Walhal, sedut tersebut boleh digunakan bagi tujuan lain. Apa kata sediakan kabinet dapur atau kaunter pulau yang dilengkapi tong sampah tersembunyi. Bukan sahaja lebih bersih dan kemas malah ruang tersedia dapat dimanfaatkan untuk kegunaan lain seperti rak simpanan makanan bertingkat, rak bawang atau sebagainya.

10. TAPIS ATAU BESIN LIPAT
Besen dan tapistidak kira berskala besar mahupun kecil antara pekakas dapur yang memerlukan ruang yang banyak untuk tujuan penyimpanan Bagi masyarakat Jepun yang mempunyai kediaman bersaiz kompak, pengurusan ruang simpanan harus lah bijak. Mereka lebih gemar memilih peralatan yang boleh dilipat seperti besen atau penapis silikon. Ruang kompak boleh di muatkan dengan pelbagai barang lain jika anda menggunakan pekakas dapur bijak ini10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit 10 Item Bijak WAJIB Ada Untuk Dapur Sempit

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI