Zaman dahulu kaedah pembungkusan sama ada makanan atau apa sahaja, daun lah menjadi waddahnya. Tapi sekarang plastik menjadi pengganti. Tahukah anda, pembungkusan menggunakan plastik amat berbahaya kepada kesihatan terutamanya apabila makan yang dibungkus berada dalam keadaan panas.
Paling banyak pun di pasaran kita boleh lihat daun pisang yang banyak digunakan. Mungkin kerana sumber daun ini semakin sukar diperolehi dan tidak lagi bersesuaian dengan era kita. Tapi anda tahu tak apa jenis daun yang sesuai dijadikan pembungkus makanan? Berikut adalah 10 jenis daun yang sesuai dibuat pembungkus makanan
1. DAUN PISANG
Daun pisang antara jenis pembungkus daun yang masih dipraktikkan sehingga kini. Untuk memastikan daun pisang lebih mudah digunakan dan tahan lebih lama, ia perlu di layur terlebih dahulu. Daun pisang sering digunakan untuk membungkus nasi, tempe, tapai dan pelbagai lagi.
Namun tidak semua jenis daun pisang sesuai digunakn sebagai pembungkus. Ini kerana ada bebrapa jenis daun yang akan meninggalkan kesan kimia pada makanan. Jadi, pisang yang sesuai dibuat pembungkus makanan adalah seperti pisang raja dan pisang batu.
2.Daun kelapa
Penggunaan daun kelapa sebagai pembungkus makanan agak bermusim. Kebiasaannya ia banyak digunakan ketika musim raya untuk membuat ketupat. Namun, hanya bahagian daun yang masih muda sahaja yang sesuai digunakan sebagai pembungkus. Jika menggunakan daun yang telah matang, Makanan akan terkesan seperti lebam.
Namun apabila daun kelapa yang tua di anyam, Ia boleh membentuk kelongsong atau sumpit untuk di isi barang.
3. DAUN RAMBAI
pada zaman dahulu,daun rambai kebiasaannya digunakan untuk tujuan membungkus kuih. Ini kerana tekstur daunnya yang lebih liat dan tahan berbanding daun pisang menjadikan ia lebih mudah digunakan. Namun kini, hanya segelintir masyarakat desa menggunakan nya untuk membungkus kuih seperti apam.
4. DAUN PANDAN
Penggunaan pandan sebagai pembungkus makanan amat terbatas. Ini disebabkan fizikal daun nya yang panjang dan tidak lebar. Namun ada sesetengah masyarakat menghasilkan anyaman dari daun pandan untuk dijadikan wadah pembungkus makanan. Selebihnya, daun panda hanya kerap digunakan sebagai penambah perisa dan warna kepada makanan. Antara makanan yang dibungkus menggunakan daun adalah seperti tepung pelita, bingka, dan talam.
5. DAUN TERATAI
Daun teratai sesuai dijadikan pembungkus makanan disebabkan oleh saiznya yang lebar di samping permukaannya tidak telus air.
6. DAUN GETAH
Seperti daun rambai, daun getah mempunyai sifat kenyal namun tidak bersaiz lebar. kebiasaannya, daun getah digunakan untuk membungkus sesuatu yang kecil seperti kuih. Jika diperhatikan, kini masih ada yang menggunakan daun getah untuk membungkus tapai dan pulut.
7. DAUN BEMBAN
Daun bemban adalah sejenis daun hutan yang agak sukar diperoleh. Ia kebiasaan nya digunakan untuk membungkus beras yang kemudiannya direbus menjadi nasi himpit. Bagi masyarakat orang asli, nasi akan di tanak di dalam buluh. Sebelum di masukkan beras, permukaan dalam buluh akan dilapisi daun bemban seperti membuat lemang. Apabila nasi telah amsak, hanya batang daun bemban yang perlu di tarik untuk mengeluarkan nasi. Tak perlu belah buluh tersebut.
8. DAUN KETAPANG
Dahulu, peranan daun ketapang seperti daun pisang. Ia kerap digunakan untuk tujuan membungkus makanan termasuk nasi, tempe dan sebagainya. Namun, pokok pisang hanya tumbuh di kawasan tertentu menyebabkan daunnya sedikit sukar untuk diperolehi.
9. DAUN JATI
Masyarakat indonesia gemar menggunakan daun jati sebagai pembungkus makanan. Tekstur dan kualiti daunnya seakan daun ketapang menyebabkan ia lebih mudah untuk dijadikan wadah bungkusan. Namun, Permukaan daunnya sedikit berbulu tidak memberi keselesaan kepada pengguna. Oleh itu, ia perlu dilepaskan dengan daun lain seperti daun pisang sebelum dibungkus bersama makanan.
10. DAUN PALAS
Daun palas seperti daun kelapa. Ia digunakan pada musim-musim tertentu terutamanya untuk membuat ketupat pulut atau di panggil ketupat palas. Daun palas juga merupakan tanaman hutan yang sukar diperolehi