Laman

10 Jenis Tanaman Paling Sesuai Ditanam Ketika Musim Panas

Share

Musim panas adalah saat yang paling mencabar bagi petani mahupun yang berkebun secara hobi. Kebiasaan yang paling dikhuatiri adalah jenis tanaman atau sayur berdaun seperti bayam, kangkung, sawi bok choi dan lain-lain. Bila tengah hari memuncak, sayur mula layu. Mana yang segera disiram, dapatlah diselamatkan. Tapi ada juga yang tidak.

Untuk mengawal keadaan ini, selain siraman yang kerap penyediaan teduhan dan penggunaan sungkupan adalah penyelesaian terbaik. Namun, terdapat beberapa jenis tanaman yang amat sesuai untuk di tanam di musim panas. Antaranya ialah:

1. Timun
Timun adalah tanaman memanjat yang amat sesuai dan mudah untuk hidup dimana sahaja. Walaupun tanaman ini mempunyai buah mengandungi air yang tinggi tidak memerlukan air yang banyak untuk tumbuh sihat dan berbuah lebat. Cukuplah sekadar siraman dilakukan seawal pagi sekali sehari.

2. Petola
Seperti timun, petola juga amat serasi dengan iklim panas. Daun dan batangnya yang berbulu turut menyimpan kelembapan yang diperlukan walaupun di dalam cuaca panas memuncak.

3. Kacang panjang
Ini antara tanaman atau sayuran yang mempunyai harga paling tinggi di pasaran. Kebiasaannya, kacang menjadi tanaman ganti bagi peladang ketika musim panas untuk mengembalikan nutrisi dan memperbaiki struktur tanah sebelum digantikan dengan tanaman lain. Siraman Nya hanya sekali sehari dan lebih panas lebih banyak buah yang dihasilkan

4. Ubi
Ubi antara tanaman yang tahan lasak dan amat sesuai ditanam dalam apa pun kondisi medium. Lebih panjang musim panasnya, lebih besar ubi yang akan anda perolehi kerana akarnya berkerja keras ketika musim panas mencari sumber makanan terutamanya air


5. Lobak
Lobak tidak sesuai hidup di dalam kondisi medium tanaman yang sentiasa lembap. Apa yang menjadi keperluan kepada lobak adalah tanah perlu sentiasa di gembur untuk menggalakkan pertumbuhan bahagian. Cukuplah penyiraman nya sehari sekali. Jika terlalu lembap, ia bakal menjejas tumbesaran isi lobak disamping ia mudah diserang penyakit


6. Kacang hijau
Batang bahagian pangkal pokok kacang tidak tahan kepada kelembapan. Ia mudah diserang kulat. Jadi, setiap kali menyelenggara tanaman, periksa bahagian pangkal nya juga. Pokok kacang hijau akan menghasilkan kekacangnya paling banyak ketika musim panas. Yang penting siraman di lakukan sehari sekali dan pembajaan diberi setiap minggu.

7. Tomato
Musim hujan adalah waktu yang paling mencabar untuk pokok tomato. Hal ini kerana batangnya yang menyimpan air mudah dijangkiti penyakit apabila mediaum tanamanya sentiasa basah. Sebab itu, tomata antara tanaman paling sesuai ditanam ketika musim panas. Namun, penyiraman tetap perlu dilakukan bagi mengelak batang yang yang menyimpan air kering

8. Terung
Daun terung yang berbulu berupaya menyimpan air. Oleh itu, walaupun anda tidak siram pokok terung selama 2 hari ketika musim panas ia masih kekal segar. Di samping itu juga, terung lebat berbuah ketika musim panas

9.Labu
Antara tanaman yang paling banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas seperti Arab dan Afrika. Musim panas menyebabkan produktiviti bunga labu meningkat dan mempercepatkan tempoh tuaian.

10. Jagung
Jagung antara tanaman bijirin seperti gandum yang tidak memerlukan air yang banyak untuk penghasilan buah berkualiti. Jenis batangnya yang disalut dengan lapisan kulit yang tebal juga mampu menyekat dan melindungi struktur utamanya dari terik matahari. Secara tidak langsung kadar sejatan air dari batang dapat dikawal

Jika anda mempunyai kekurangan ruang untuk bercocok tanam, apa kata cuba keadah tanaman dalam pasu. Pelbagai tanaman yang sesuai ditanam di dalam pasu terutamanya di anjung apartment anda. Nak tahu macam mana? Sila baca artikel yang telah disediakan di bawah

6 Sayur Mudah Tanam Dalam Pasu Untuk Beginner [klik sini] 
Cara Paling Mudah Untuk Tanam Bawang putih dalam Pasu Yang Pasti Menjadi[klik sini] 
Teknik Mudah Tanam Serai Dalam Pasu [klik sini]

Published by
Impiana