Memang bertuah bila dapat menimba ilmu di universiti yang bersih, cantik serta lengkap dengan kemudahan. Bersempena keputusan SPM yang diumumkan hari ini, kami kongsi 10 universiti seluruh dunia dengan seni bina yang unik dan menarik!
1. The La Trobe Institute for Molecular Science, La Trobe University Australia
La Trobe Institute for Molecular Science dibuka pada tahun 2013. Seperti namanya, jabatan ini mempunyai reka bentuk struktur molekul. Tingkapnya berbentuk seperti atom yang saling bersambung. Selain itu, tiang bangunan berbentuk seperti huruf X dan Y yang mewakili kromosom.
2. Universiti Yale – New Haven, Connecticut
Bangunan universiti ini berunsurkan Gothic Victorian dan Ivy League. Merupakan institut ketiga tertua di Amerika Syarikat.
3. Universiti Helsinki – Helsinki, Finland
Indah dengan warna-warna bangunan pastel dan yang paling mengagumkan ialah taman botani universiti. Ia menyimpan pelbagai jenis tumbuhan untuk tujuan penyelidikan sehingga 10 ekar.
4. The Hive, Nanyang technological University Singapura
Mengapa ia dipanggil The Hive? Kerana reka bentuk bangunan kampus ini menyerupai dan diilhamkan oleh sarang lebah. Bangunan Universiti Teknologi Nanyang Singapura dirancang oleh Thomas Heatherwick.
5. Weissman Art Museum, University of Minnesota, Amerika Syarikat
Frank Gehry ialah arkitek di sebalik terciptanya reka bentuk unik Koleksi Seni Weissman University of Minnesota. Bangunan muzium ini mempunyai dua sisi. Satu sisi adalah tembok bata, berpadu dengan bangunan bersejarah di sekitar muzium. Sebelah lagi, bangunan ini dilapisi dengan kepingan keluli khas.
6. Kuggen Building, University of Gothenburg, Sweden
Bangunan Kuggen mempunyai bentuk silinder. Bangunan merah yang menyerlah ini adalah tempat untuk pelajar Program Master yang mengambil jurusan Game Design dan juga tempat untuk perpustakaan Chalmers.
Dalam bahasa Sweden, perkataan ‘kuggen’ bermaksud gear. Bermaksud bangunan ini mewakili hubungan antara dunia akademik dan bidang komunikasi digital dan media yang terus dikaji di bangunan tersebut.
7. West Campus Union, Duke University, Amerika Syarikat
Bangunan universiti seperti kotak kaca ini merupakan pintu masuk moden antara seni bina neo-Gothic dari bangunan asal dan ruang sosial pelajar.
Ini kerana ketika West Campus Union di Duke University, North Carolina memerlukan pengubahsuaian, nampaknya para arkitek melakukan lebih dari sekadar mengembalikan reka bentuk asal tahun 1920-an.
8. The Diamond, Bangkok University, Thailand
Bangunan ini diberi nama The Diamond kerana berbentuk seperti berlian. Reka bentuknya diilhamkan bagi misi Universiti Bangkok untuk membuka kreativiti yang ada pada pelajarnya. Di dalamnya, terdapat banyak ruang belajar yang terang dan lapang, dewan kuliah, studio, dan pusat inkubasi perisian.
9. Sharp Centre for Design, Ontario College of Art and Design, Kanada
Pusat Reka Bentuk Sharp bukan hanya bangunan ikonik milik Ontario College of Art and Design, tetapi juga di kota Toronto.
Bangunan ini didirikan pada tahun 2004 dengan bentuk menyerupai meja. Kaki diperbuat daripada 12 kepingan keluli dan berwarna terang.
10. UTS Business School, University of Technology Sydney, Australia
Fakulti dibuka pada tahun 2015. Pengkritik pada masa itu segera membandingkan reka bentuk bangunan itu dengan beg kertas coklat. Oleh itu, Gabenor Jeneral Australia ketika itu, Peter Cosgrove berkata, “Beg kertas yang paling cantik yang pernah saya lihat.”
Jadi antara semua ni, mana paling unik?
Mesti Baca:Tingkat Kreativiti, 4 Tip Wujudkan Ruang Mesra Anak-Anak Di Rumah
Baca Lagi Di Sini:Rumah Rasa Panas Berbahang, Begini Cara Sejukkan Kediaman Secara Semulajadi!
Artikel Menarik: Cantikkan Bilik Anak Dengan DIY LAMPU HIASAN. Guna Kotak Terbuang Je!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.