
Crates atau bakul plastik tahan lasak ini kebiasaanya digunakan untuk memudahkan proses menyimpan dan memunggah barang. Ia banyak digunkan di dalam industri terutamanya untuk mengisi botol, sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Selain dari itu, bakul plastik ini mempunyai kegunaan dan manfaat lain kepada kediaman anda terutamany dalam menghasilkan perabot seperti:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pening Kepala Nak Beli “Drill” Yang Sesuai, Setiap Jenis Kegunaan Berbeza

Nak beli gerudi dinding atau drill boleh jadi keliru. Bukan sahaja macam-macam jenama yang ada di pasaran, pelbagai fungsi, kod dan jenis pun boleh buat anda pening kepala. Lebih-lebih lagi, bila anda sebenarnya bukan lah nak menukang beria-ia macam pro. Cukup sekadar nak tebuk dinding untuk gantung bingkai dan kegunaan asas.
En Azmi Moh berkongsi jenis drill yang sesuai dengan kegunaan asas di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Kalau kita tak biasa, memang pening nak beli DRILL ni, macam-macam jenis, macam-macam jenama, macam-macam kod, macam-macam fungsi.
Cadangan saya, kalau kita bukan tukang, hanya nak drill biasa-biasa untuk kegunaan rumah, pilih Hammer Drill, 700w keatas. Tak kisah jenama apa. Yang penting watt dia. Ia menunjukkan kekuatan Drill itu mampu bekerja. Walaupun jenama BOSCH, jika 600w, bercintalah nak boleh tebuk dinding simen. Dalam gambar ‘B’ 710w. Sedang molek lah.
Kalau tukang, kena adalah lah semua DRILL A,B&C. Fungsi dia berbez-beza. Daril Drill ‘A’ Rotary Hammer, Drill C, untuk kerja-kerja ringan, untuk pasang screw. Kerja-kerja kayu dan elektrik, sesuai lah. Sebab ia ringan dan tanpa wayar. Semoga bermanfaat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cegah Tikus Cara Organik Guna Semburan Air Kulit Jering

Tikus, antara haiwan perosak utama di dalam kediaman. Jika dibiarkan ia buakan sahaja merosakkan kediaman, malah mengundang ancaman kebersihan dan kesihatan. Cara paling mudah membasmi tikus di rumah adalah dengan menggunakan racun. Namun ia bukan sahaja membuat anda terdedah kepada racun jika terkena malah akan menyebabkan rumah berbau busuk apabila tikus yang makan racun tadi mati. Inana Rai ada cara yang lebih organik tapi mujarab.
Cara yang biasa dibuat untuk kawalan tikus adalah dengan racun perut , tikus akan mati bila termakan umpan beracun. Cara ini agak berkesan tetapi berbahaya kepada kanak-kanak terutama jika dlm kawasan kediaman .Salah satu pilihan lain ialah kita boleh jauhkan tikus dengan menggunakan jering. Jering dipercayai mempunyai “hormon” yang tidak digemari oleh tikus.Langkah-langkah menghasilkan air jering untuk menghalau tikus.
Bahan:
jering yang cukup tua
air
Cara:
1. Kupas atau hancurkan atau tumbuk jering jering dan masukkan ke dalam bekas
2. Masukkan air secukupnya
3. Rendam jering tadi selama beberapa hari.
4. Tapis dan ambil air rendaman jering tadi.
5. Spray di tempat yang dikehendaki.
6. Cebisan jering juga bolehlah ditaburkan ke dikeliling rumah.
Awas : air jering ini sangat busuk , sebab itu tidak digemari oleh tikus
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
CARA Mudahkan Kerja, Buang Lumpur & Air Bertakung Terus Keluar Dari Rumah!

Isi Kandungan
ToggleSelepas air banjir surut, proses membersihkan rumah dari air bertakung dan lumpur memang cukup melelahkan. Ada yang berkali-kali terpaksa berulang alik membuang air keluar dari rumah. Nak guna peralatan seperti ‘waterjet’ pula tiada, malah sumber elektrik juga masih belum berfungsi.
Sebenarnya ada cara untuk mudahkan kerja pembersihan ini, sekaligus dapat membantu membuang lumpur dan air bertakung terus keluar dari rumah, tanpa perlu berulang alik seperti biasa.
Boleh cuba idea yang cukup mudah, cepat dan paling murah yang dikongsikan oleh Mohd Razak Razali ini sebagai panduan;
Kepada mangsa banjir saya kongsikan cara mudah untuk buang air yang bertakung dalam rumah.
Bahan-Bahan:
Baldi (Ditebuk lubang pada lantainya ikut saiz getah paip)
Getah paip atau poli pipe
Karung sampah saiz besar yang ditebuk lubang pada bahagian bawah ikut saiz paip.
2 buah Kerusi
Cara Membuat:
1. Masukan hujung paip dari bawah baldi dan terus masukan pada lubang plastik sampah tadi. Ikat plastik tadi pada getah paip.
2. Tarik getah paip supaya plastik duduk dalam baldi. Hujung satu lagi getah paip bawa ke luar rumah.
3. Kemudian, letak baldi atas 2 kerusi .
4. Setelah itu, boleh cedok air banjir tuang ke dalam plastik yang berada dalam baldi tadi.
5. Tadaaa… air mengalir mengikut getah terus dan terus keluar. Jadi tak perlu angkut air keluar dari rumah lagi.
6. Pastikan terus kocak air dalam rumah, supaya lumpur tak mendap. Nanti bila air habis, lumpur tak ada dah sebab semua dah sebati dengan air yang dibuang tadi. Saya guna polypipe sebab senang nak ikat plastik tadi.
Tentu ada yang tanya kenapa guna karung plastik, sebabnya itu cara yang paling murah cepat dan tidak rumit dari menggunakan ebow soket white tape, spana bagai.
Tengok gambar boleh faham. Semoga dipermudahkan.
Semoga bermanfaat!
Baca Lagi Di Sini: Selamatkan Barang Elektrik Ditenggelami Banjir, Paling UTAMA Jangan Hidupkan Untuk Test!
Mesti Baca: Langkah Basuh Pakaian Terkena Air Banjir Dan Lumpur Supaya Bersih
Artikel Menarik: Elak Terkena Renjatan Elektrik Ketika Bencana Banjir, Tip Keselamatan Kena Tahu
IMPIANA: Semoga perkongsian idea untuk buang air bertakung dan lumpur terus keluar dari rumah ini bermanfaat, sekaligus membantu dalam memudahkan kerja pembersihan selepas banjir.
Sumber: Mohd Razak Razali
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI