Ramai yang tahu bawang putih digunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan masakan dan ada juga segelintir menggunakannya untuk tujuan perubatan. Tetapi, ramai yang tak tahu bahawa bawang putih pun boleh digunakan di laman atau kebun. Ia bukan sahaja sebagai bahan anti serangga malah berupaya menjadi baja tanaman. Berikut 10 kegunaan dan manfaat bawang putih kepada tanaman

1. Ros sukakan bawang putih
Menurut Herb Society of America, dengan menanam pokok bawang putih di sekitar rumpun ros dapat membantu mencegah masalah serangan serangga dan penyakit yang banyak menyerang tanaman ros 10 Kegunaan Dan Kebaikan Bawang Putih Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu

2. Teh bawang putih mencegah Powdery mildew
Kupas serta potong 3-5 biji bawang putih dan rendam bersama 1 liter air panas. Biarkan air rendaman selama 24 jam. Selepas dibiarkan terendam 24 jam, tapis dan campurkan air rendaman bersama 3 liter air bersih. Semburkan campuran teh bawang putih tersebut pada keseluruhan tanaman termasuk di bahagian bawah daun 10 Kegunaan Dan Kebaikan Bawang Putih Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu

3. Tanam pokok bawang putih sekitar pokok buah
Seperti tanaman ros, pokok bawang putih yang ditanam di sekitar pokok buah berupaya mengelak serangan serangga dan penyakit terutamanya yang berpunca dari tanah. Ia mampu mencegah serangga perosak buah seperti lalat buah, kumbang dan sebagainya

Ads

4. Bawang putih sebagai racun kulat
Campurkan 2 labu bawang putih bersama 1 sudu teh cecair pencuci pinggan di dalam 2 cawan air. Kisarkan dan tapis. Campur pati bawang putih tadi bersama 1 gallon air dan semburkan pada tanaman yang dijangkiti. Campuran racun bawang putih ini juga boleh disimpan di dalam peti sejuk 10 Kegunaan Dan Kebaikan Bawang Putih Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu

5. Elak kehadiran ular
Bukan lah takut, tapi bahaya kepada keselamatan terutamanya jika ular yang menyelinap masuk dari laman menuju ke dalam rumah. Jadi, untuk atasi masalah ini berlaku, tanam bawang putih di sekitar kediaman anda. Ini kerana bawang putih merupakan pencegah alami untuk ular

6. Mencegah tikus mondok
Tikus mondok adalah ancaman utama jika anda seorang penternak. Ia akan aktif di waktu malam. Sebab itu, ramai yang tak akan perasan kehadiran tikus mondok di kebun atau kediaman kerana ia sangat kecil. Untuk mencegah atau menghalau tikus mondok di kebun anda, cuba hancurkan beberapa labu bawang putih dan masukkan ke dalam lubang yang dikesan menjadi tempat persembunyian tikus mondok

Ads

7. Bawang putih Tanaman Companion yang terbaik
Di luar negara, mereka jarang menggunakan racun serangga di kebun. Untuk mengatasi masalah serangga secara organik, selain menyediakan racun serangga buatan sendiri dari bahan tertentu, mereka turut memperkenalkan penggunaan tanaman peneman atau companion plant [klik sini untuk artikel lengkap]. Bawang putih mampu mengatasi dan mencegah serangan serangga seperti aphids, kumbang dan pelbagai lagi. Cuba tanaman lobak, cili, tomato, terung secara berselang dengan pokok bawang putih. 10 Kegunaan Dan Kebaikan Bawang Putih Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu

10 Kegunaan Dan Kebaikan Bawang Putih Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu

Ads

8. Elak serangan belalang
Belalang juga antara ancaman serangga perosak yang akan memakan tanaman anda secara diam. Walupun fizikalnya besar dan mudah dikesan, belalang antara serangga yang cepat memakan daun tanaman anda. Sedar-sedar, daun dah berlubang. Untuk atasi masalah ini, boleh cuba gunakan semburan teh bawang putih

9. Semburan racun untuk semua jenis serangga
Kisar 4 biji cili api bersama 4 ulas bawang putih, 3/4 sudu cecair pencuci pinggan, 1 sudu dan 3 cawan air. Biarkan bahan kisar 24 kemudian ditapis. Semburkan racun serangga bawang putih ini pada tanaman yang dijangkiti. 10 Kegunaan Dan Kebaikan Bawang Putih Di Kebun Yang Ramai Tak Tahu

10. Bawang putih untuk ayam
Jika anda ada menternak ayam, burung dan sebagainya, Cuba hancurkan 2 atau 3 biji bawang putih. Kemudian  masukkan ia ke dalam air minuman ayam. Ia Mampu meningkat tahap immun ayam darisebarang penyakit

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI