Setiap kali lepas mencuci pakaian berwarna gelap terutamanya hitam, pasti kelihatan habuk putih-putih pada permukaan fabrikny. Kalau nak hilangkan nya, mencuci semula bukanlah penyelesaian yang baik. Malah lebih banyak habuk yang kelihatan. Kebiasaannya lint roller lah jadi penyelamat. Sekali gelek, hilang terus.

Tapi sebenarnya, lint roller atau bahasa mudahnya penggelek habuk banyak kegunaannya. Bukan sekadar digunakan untuk menghilangkan habuk pada pakaian. Antara lain yang boleh anda gunakan adalah seperti:

1. Bersihkan habuk pada pembesar suara.
Kebiasaanya, pembesar suara ada permukaan fabrik yang menutupinya bagi mengelak habuk dari masuk terus pada permukaan diafragma. Dah guna bulu ayam, kain pun masih ada. Ini sebab habuk tersebut terlalu halus dan menjadikan ia melekat pada rongga fabrik pelindung tersebut. Nak disental kang terkoyak pula. Al Maklom lah fabriknya terlalu lembut. Cara terbaik adalah dengan menggunakan penggelek habuk. Tak perlu kuat-kuat. Lalu sahaja.

2. Buang habuk pada terendak lampu
Kalau anda mempunyai terendak lampu yang memang jadi tempat singgahan habuk, bolehlah buang habuk tersebut setiap hari dengan alat ni. Tak payah guna vacuum yang pakai elektrik tu kan.

3. Bersihkan beg tangan
Umum ketahui, beg tangan wanita dah macam stor. Macam-macam ada. Segala benda nak disumbat nya. Rasa-rasa berapa kerap anda membersihkan sepenuhnya beg tangan anda? 2 minggu sekali pun belum tentu kan. Barang-barang pun semua main sumbat je. Jadinya, macam-macam bendasing yang terdapat di dalam beg tu. Pasir, bedak terabur, habuk biskut dan lain-lain. Dah keluarkan semua barang dan dah terbalikkan beg nak buang habuk. Tapi tetap ada yang sukar di keluarkan. jadi terbaiknya adalah anda gunakan penggelek habuk. Cuma untuk bahagian poket susah sikit, Kalai boleh, gunakan penggelek habuk bersaiz kecil

4. Kutip serpihan kaca
Apabila cawan, pasu atau pinggan pecah memang menjadi masalah untuk membersihkannya. Deah selesai kutip serpihan kaca yang pecah. Namun itu bukan jaminan ia bersih sepenuhnya. Sudah pasti ada bahagian serpihan yang sangat halus. Tahu-tahu jer nanti terpijak dah. Kebiasaan untuk permukaan padu seperti atas lantai, anda akan gunakan kain yang telah di basahkan untuk mengumpulkan serpihan yang halus kan. Tapi kalau atas karpet macam mana? Guna lah penggelek habuk. Gelek pada tempat kaca pecah dan sekitarnya.

5. Tangkap semut
Kelihatannya semut banyak di atas meja makan. Nak sembur guna penyembur serangga akan membahayakan makan pula. Nak dipicit atau tekan, ada yang sempat lari pula. Apa kata guna penggelek habuk. Roll je atas semut. Tada semu melekat. Selain itu juga, anda boleh gunakan untuk menangkap serangga kecil lain yang berbahaya dan digeruni seperti labah-labah.

6. Pembersih habuk dalam kereta
Tak perlu lagi menunggu untuk menghantar kereta ke car wash untuk vacuum. Simpan penggelek habuk ni di dalam kereta anda. Lepas ni, nampak saja habuk, terus boleh bersihkan kurang daripada seminit saja. Juga menjimatkan elektrik sebab anda tak lagi perlu vacuum.

7. Bersihkan patung permainan
Anak patung yang jenis fabrik bila dijadikan sebagai hiasan pasti memerangkap habuk. Kebiasaannya, Anda perlu buat cucian kering untuk membersihkan patung permian tanpa merosakkan strukturnya. Mahal tu. Cara murah dan mudah adalah anda aliskan sahaja penggelek habuk di atas permukaan patung permainan.

8. Kutip jarum
Seksanya nak kutip jarum atau manik yang bertaburan. Satu, persatu anda perlu kutip. Ini akan memakan masa yang lama. Apa kata gunakan penggelek habuk untuk kumpulkan jarum-jarum yang terabur tu. Lepas gelek, sediakan satu bekas dan simpan jarum di dalam bekas tersebut.

9. Bersihkan Karpet
Karpet, walaupun telah disedut dengan vacuum adakalanya tetap ada habuk dan rambut yang melekat. Penyelesaian sempurna adalah guna penggelek habuk. Gelek lah pada keseluruhan karpet terutamanya pada bucu-bucu karpet.

10. DIY cop kraf
Merancang hasilkan printed fabric sendiri? inginkan kesan cop berulang, gunakan penggelek habuk untuk mendapatkan kesan yang cantik dan sekata. Untuk DIY cop kraf dengan menggunakan penggelek habuk, boleh [klik sini]

Komen anda