Laman

10 Khasiat Letup-letup yang Ramai Tak Tahu

Share

Passiflora foetida atau nama tempatan nya pokok letup-letup berasal daripada keluarga yang sama dengan buah markisa iaitu Passifloraceae. Oleh sebab itu, letup-letup juga dikenali dengan nama lainanya iaitu buah markisa belukar. Namun ada segelintir yang mengenali tanaman ini sebagai buah ulat bulu disebab oleh fizikalnya yang dilindungi oleh kelongsong seperti ulat bulu.

Sebenarnya, letup-letup punya banyak khasiat. Ia telah di amal sejak dahulu kala lagi. Kini ia bagaikan susah tidak wujud lagi. Sebab itulah tanaman ini dikategorikan sebagai buah eksotik. Antara khasiat dan kegunaan letup-letup adalah seperti berikut:

1. Merawat masalah jantung tersumbat
– Ambil 40 helai daun letup-letup dan bersihkan. Kisar daun tersebut menjadi jus dan diminum tanpa sebarang campuran
– Campurkan jus dari daun letup-letup muda bersama susu
– Ambil pucuk mudanya sebagai ulam

2. Merawat asma
ambil beberapa keping daun letup-letup dan sapukan sedikit kapur. Ramas daun tadi perlahan-lahan sehingga menghasilkan jus berwarna hijau keputihan. Ambil jus tersebut dan sapukan pada dada setiap hari sebelum tidur .

3. Ubat kurap
Ambil beberapa helai daun dan lumatkan. Tepekkan daun yang telah lumat tadi pada bahagian yang terkena kurap dan balutkan dengan kain kasa

4. Menurunkan suhu badan
Amalkan makan buahnya yang telah masak atau dibuat jus. Sesuai juga untuk mengubati demam.

5. Merawat bisul
Ambil beberapa helai pucuknya dan lumatkan bersama 4 biji beras. Tampalkan daun yang telah betul-betul lumat tadi pada permukaan bisul setiap hari sehingga ia pulih.

6. Elak demam kuning
Masyarakat cina percaya bahawa daun letup-letup mampu merawat demam kuning. Caranya adalah dengan menjemur beberapa helai daun sehingga kering dan jadikannya sebagai mandian untuk bayi yang baru lahir

7. Merawat kencing manis
Ambil beberapa helai daun dan akarnya. Bersihkan dan direbus. Airnya di minum ketika masih hangat 3 kali sehari.

8. Menurunkan kadar kolesterol
Makan daun letup-letup 3 kali sehari. Setiap kali makan, anda perlukan 2 helai

9. Tambah darah
Amalkan minum air rebusan akar letup-letup setiap hari sebelum tidur.

10. Mengecutkan jerawat
Ambil beberapa helai daun letup-letup dan lumatkan. Sapu daun yang telah lumat tadi pada permukaan jerawat

Published by
Impiana