Stail abad pertengahan dilihat sebagai suatu trend yang timeless dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Mula dikembangkan seawal pertengahan tahun 30-an lagi, stail ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan dekor simple but elegant. Dengan motto form follows function, deko abad pertengahan amat menitikberatkan fungsi dan bentuk yang sederhana bagi sesuatu perobot. Potongan yang bersih, bentuk organik lembut dan warna natural yang digunakan menjadikan stail ini tidak lapuk ditelan zaman.
IMPIANA paparkan 10 inspirasi ruang makan yang menerapkan unsur abad pertengahan yang pasti memikat hati!
Sumber : Pinterest
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Cara Gantung Bingkai Gambar Pada Dinding
Mencari bingkai gambar yang sempurna sering menjadi punca ramai diantara kita give up dari mendeko galeri gambar di dinding. Cadangan kami? Pilih sesuatu yang simple dan biarkan gambar anda berbicara.
Selepas memilih bingkai yang bersesuaian, kita beralih ke bahagian yang sukar : menggantungkannya. Dengar macam mudah – hanya ketuk paku ke dalam dinding, bukan? Hakikatnya, prep dan perancangan adalah kunci utama untuk galeri dinding yang menarik dan kemas. Tanpa perancangan rapi, bingkai di dinding akan nampak caca marba serta out of place.
Di bawah IMPIANA kongsikan enam cara susun atur bingkai gambar untuk panduan kita semua. Jangan lupa share dengan kawan yang lain!
#1 SPIRALMulakan dengan satu bingkai di tengah kemudian dari situ, susun bingkai yang lain mengelilingi bingkai pertama tadi.
#2 CENTEREDIni susun atur yang ringkas memerlukan usaha yang minima. Anda hanya perlu letakkan satu atau dua bingkai di bahagian tengah dan selaraskan bingkai di sisi kiri dan kanan dengan satu sama lain.
#3 OUTER ALIGNAnda hanya perlu pastikan kesemua bingkai gambar pada bahagian luar selari dan tidak terkeluar dari ‘barisan’.
#4 REFLECTIONTidak perlu risaukan saiz bingkai jika anda mahu cuba susunan refleksi ini. Hanya perlu pastikan bingkai gambar yang digantung itu terbentuk seakan objek dan bayang-bayangnya.
#5 STAIRCASESedikit kelainan dengan susunan ini kerana anda perlu susun mengikut arah menaik tangga. Pasti lebih menarik!
#6 NINE-SQUARE
Jangan pandang rendah pada susunan simple ini. Walaupun nampak mudah, susunan inilah yang dapat memberi impak lebih besar pada sesuatu ruang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Mini Fountain Modal Rendah Gerenti Jadi
Tidak mustahil untuk memiliki elemen air di dalam ruang laman yang sempit. Pelbagai kaedah atau reka bentuk elemen air dapat di gayakan walaupun ruang dimiliki hanya berukuran 1 m2. Apa yang penting, pemilihan jenis peralatan untuk kolam mini dan tumbuhan akuatik yang berpadanan mampu menjadikan elemen ini sebagai penyeri laman anda.
Pemilihan saiz dan reka bentuk pasu juga memainkan peranan. Pastikan saiz pasu yang dipilih berpadanan dengan ruang yang tersedia. Selain itu juga, pastikan bahagian dalam pasu diberi kemasan atau coated untuk melindungi air agar tidak meresap pada dinding pasu. Namun jika anda menyimpan niat untuk menggunakan pasu atau bekas yang terdapat di dalam simpanan, lapiskan permukaan dalam pasu dengan pond liner sebagai gantian.
Cara-cara:
Letakkan lapisan pond liner pada dasar pasu
Letakkan pam ikan berkapasiti rendah di bahagian hadapan pada dasar pasu.
Masukkan saluran air keluar ke dalam lubang sebuah pasu plastik untuk memberi perlindungan kepada keseluruhan pam.
Taburkan pebbles bersaiz kecil membentuk dasar fountain.
Susun tumbuhan water lover di bahagian belakang pam. Pastikan akar tumbuhan yang telah dipilih telah dibersihkan sepenuhnya.
Tutup keseluruhan permukaan pasu dengan batuan sungai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pakar Kongsi 16 Panduan Membeli Rumah Apartmen Yang Masih Ramai Tak Tahu
Proses membeli kediaman bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan tanpa menitikberatkan beberapa aspek penting bagi menjamin masa hadapan. Perkara ini memerlukan perancangan dan penelitian yang mungkin mengambil masa yang agak lama. Kerana duit yang bakal dibelanjakan bukannya sikit, dan kalau tersalah beli, kesannya berpanjangan.
Untuk yang baru bercadang untuk membeli kediaman jenis apartmen, terdapat beberapa hal yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.
Mari kita semak checklist yang disediakan oleh pakar hartanah yang juga pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad ini.
PANDUAN BELI APARTMENT
1. Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan. Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.
2. Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.
3. Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.
4. Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti. Biasanya service apartments begini.
5. Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut nanti.
6. Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan
7. Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.
8. Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu. Elakkan beli Soho, Sovo, Sofo, soto!
9. Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8’kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak terputus jari.
10. Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu nanti.
11. Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lift selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia. “Woi cepatlah, lift dah sampai!”
12. Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?
13. Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.
14. Pelan yang bagus ada dua zon ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zon privacy iaitu bilik kita dan keluarga. Sebaiknya ruang ini terasing. Bilik tidur jauh dari pandangan tetamu atau umum. Ada apartment yang bilik tidur buka pintu tetamu nampak.
15. Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bawar duit selengara.
16. Jangan cepat ghairah nak beli, ada banyak kediaman strata dah siap belum terjual. Waktu ekonomi begini lebih baik beli yang dah siap. Buat apa ambil risiko terbengkalai kalau dah ada yang siap.
Jangan lupa minta hadiah percuma, zaman sekarang tak semua orang ada kuasa membeli. Tanyakan apa barang percuma boleh dapat. Kabinet dapur lebih istimewa!
Selamat membeli kawan-kawan, jangan mudah putus asa. Cari sampai jumpa, lambakan apartment makin banyak.
Lelaki seksi ada rumah sendiri sebelum cari isteri, amacam ada berani?
Azizul Azli Ahmad
#BeliYangKecilDanSederhanaDulu
#MulaDenganApartmentBaruLanded
p/s : Kita tak akan jumpa kediaman sempurna. Capai 60-70% kriteria juga sudah memadai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI