Kata orang, sambutan lebaran kebelakangan ini bukanlah sekadar meraikan tetamu. Malah suasana dimeriahkan lagi dengan konsep-konsep yang menarik bagi mencari kelainan dan diingati oleh para tetamu.
KEMBALI KE DESA. PAKAIAN RINGKAS, SEKADAR KURUNG KEDAH ATAU KURUNG BASAHAN YANG CUKUP SELESA DAN SEDERHANA TETAPI ITULAH YANG MENYERIKAN MAJLIS ANDA.
Bahkan tuan rumah juga bukan main kreatif lagi menghasilkan pelbagai tema bagi memeriahkan majlis rumah terbuka masing-masing.Bahkan ole-ole juga diadakan sebelum pulang sebagai tanda ingatan.Inilah yang menjadikan suasana bertambah meriah dan mengeratkan silaturahim di kalangan kita.
ANDAI MEMPUNYAI HALAMAN LUAS, KITA RAMAI-RAMAI MAKAN DI HALAMAN DENGAN PANJUT DAN TATA HIAS KREATIF.
Jadi tema yang pertama adalah tema paling simple tetapi dekat di hati kita. PESONA DESA. Teruskan amalan desa di kota. Kembalikan kraf tradisi dan pusaka yang dilupakan dan dijadikan hiasan kediaman serta hidangan. Jadikan kain batik basahan sebagai alas atau hiasan.
BAYANGKAN DENGAN KAIN BATIK INI BOLEH DIJADIKAN SARUNG THROW KUSYEN, TABLE RUNNER, LANGSIR DAN PELBAGAI YANG MAMPU MENJADIKAN SUASANA KEDIAMAN SEPERTI RESORT. PILIH 1 WARNA TEMA DAN SERLAHKAN KRAF TRADISI ANDA.
Malah tidak salah jika jemputan juga di suruh memakai baju kurung basahan dan kain batik. Lengkapkan dengan kerudung jika perlu. Tidak perlu busana mewah, kerana keindahan budaya kita sudah cukup mewah.
DI SAMPING MEMELIHARA BARANGAN LAMA SEUMPAMA INI, IA JUGA KEMBALI BERGUNA BAGI KEDIAMAN MODEN. TAHAN LASAK DAN CANTIK.
Juadah tradisi boleh dipelbagaikan termasuk kuih muih lama yang mungkin boleh anda dapati dari generasi lama. Lupakan sebentar biskut dan kek barat. Haruman bunga melur dan daun pantai serta mawar boleh dijadikan daya penarik.
LABU SAYUNG DAN TEMBIKAR JUGA BOLEH DIPELBAGAIKAN. DARI MENJADI HIASAN, KE BEKAS LAMPU KE BEKAS MINUMAN YANG MENYEGARKAN. BILA LAGI KITA NAK MEMARTABATKAN SENI KRAF DAN KONSEP SEUMPAMA INI?
Payah sangat cari aromaterapi bauan seumpama itu. Lapangan rumah anda dan kita makan sama-sama bersila di lantai dengan tudung saji yang cantik dan dulang klasik yang cantik.
TUDUNG SAJI BUKAN SAHAJA UNTUK MENUTUP JUADAH MALAH LAMBANG KEMEGAHAN SENI KRAF BANGSA.
Awas pastikan hiasan anda tidak seperti sambutan pengantin kerana itu lain pula pengertiannya.(Betapa halus dan indahnya budaya Melayu yang mempunyai cara tersendiri menyambut perayaan atau majlis tertentu). Jadi ini adalah tema pertama yang disyorkan oleh team IMPIANA. Jangan lupa share dengan IMPIANA juga anda memilih tema seumpama ini kelak ya…selamat mencuba dan memartabatkan kraf budaya dan warisan kita.