Tanggapan bahawa semua bahan makanan (basah dan kering) yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama berbanding dengan makanan yang diluar adalah salah sama sekali.
Betul, kebanyakan bahan dapur seperti ikan, ayam, sayur-sayuran serta buah-buhan akan kekal segar dan tidak cepat rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Tetapi bukan semua ya..
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan didalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang
kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
Ads
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
Ads
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
Ads
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Hempedu bumi ataupun nama saintifiknya Andrographis paniculata merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Tenggara, China dan India. Seperti nama panggilannya, (Raja Herba Pahit) tumbuhan herba ini mempunyai rasa yang amat pahit.
Namun, di sebalik rasanya yang mampu mengundang kerut pada wajah, tidak dinafikan bahawa tumbuhan ini mempunyai khasiat yang tinggi.
Dalam hantaran di laman Facebook Dr Suri Roowi, beliau ada berkongsi beberapa kebaikan Hempedu Bumi yang masih ramai masyarakat tidak tahu.
Kredit gambar dari carian foto Google
KEBAIKAN HEMPEDU BUMI
Di China, kajian yang dilakukan di Sichuan Traditional Medicine Research Institution mendapati bahawa HEMPEDU BUMI boleh bantu kurangkan suhu badan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus
70 daripada 84 pesakit yang menggambil HEMPEDU BUMI mencapai suhu badan normal dalam tempoh 48 jam.
Pada tahun 1972, penyelidik dari Institut Penyelidikan Herbal China juga gunakan HEMPEDU BUMI untuk merawat 24 kes jangkitan saluran pernafasan seperti tonsilitis akiut dan bronkitis
Hasil kajian menunjukkan HEMPEDU BUMI lebih baik berbanding rifampin (antibiotik).
Hempedu bumi juga boleh digunakan untuk masalah batuk dan sakit tekak
1 atau 2 helai daun HEMPEDU BUMI boleh bantu kurangkan demam
HEMPEDU BUMI boleh bantu kurangkan sakit tekak.
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda juga.
Pelbagai kaedah penyimpanan barang dapur basah yang telah dikongsikan oleh suri rumah tangga. Ia Bukan sahaja stok tersusun rapi, malah lebih tahan lama dalam simpanan. Menjelang ramadhan beberapa hari lagi di tambah pula masih dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan), sudah pasti ramai yang mengambil keputusan untuk “stock up” barang dapur.
Seorang ibu muda انا سوليانا @anasulianna berkongsi kaedah simpanan yang bukan sahaja tersusunan dan tahan lama malah memudahkan tugas memasak. Nampak macam leceh, tapi sangat membantu dan mempercepatkan kerja.
1. IKAN, AYAM DAN DAGING DISIMPAN DALAM ZIPLOCK BAG
Ini perkara pertama yang perlu anda lakukan ketika menguruskan barang yang dibeli dari pasar. Basuh bersih sumber protein anda sebelum dibungkus di dalam ziplock bag. Untuk lebih mudah, bahagi-bahagikan saiz simpanan mengikut portion hidangan. Letakkan label seperti puan ana buat, sebab bila bahan protein ni sudah membeku bentuknya hampir sama. Jadi, tak perlu belek cari.
2. SAYUR BERDAUN SIMPAN DALAM ZIPLOCK BAG YANG BERALASKAN TISU
Tidak perlu cuci sayur berdaun. Hanya apa yang perlu anda lakukan adalah potong mengikut saiz hidangan dan simpan dalam ziplock bag yang telah diletakkan tisu.
3. CILI SIMPAN DALAM BEKAS BERALAS TISU
Untuk sebarang jenis cili, buang tangkainya dan simpan di dalam bekas berlapik tisu. Petua tambahan untuk tahan lama, letakkan beberapa ulas bawang putih di dalam bekas simpanan cili
4. KITAR SEMULA BOTOL KACA
Untuk simpan halia, lengkuas, serai, kunyit dan seangkatan dengannya, simpan di dalam botol kaca terpakai dan isikan air bersih
5. SIMPAN DAUN HERBA DALAM SEJUK BEKU
Untuk daun herba seperti daun limau, daun kari, daun sup, daun kunyit dan sebagainya, letakkan di dalam ziplock bag atau bekas dan simpan di bahagian sejuk beku
6. WRAP KOBIS
Potong kobis mengikut saiz hidangan dan bungkus menggunakan plastik wrap setiap satu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Indahkan kaunter makan mu dan ruang makan utama kediaman dengan pemilihan lampu yang tepat. Kini ramai di kalangan kita yang mempunyai ruang makan yang cukup gah dan cantik. Pemilihan perabot dan hiasan dinding serta jambangan bunga tengah sebagai pelengkap gaya. Luar biasa.
Cuma adakala gara-gara pemilihan lampu yang silapmenjadiikan ruang akan atau kaunter makan kita kurang perisa. Kurang ummph….kita sendiri tidak tahu apakah kurangnya ruang makan kita ini. Tetapi ia dapat dirasakan oleh tuan rumah. Pemilihan lampu gantung atau pendant light sememangnya cukup indah dan khusus buat ruang makan. Cahaya samar yang lebih dekat namun tidak panas apa lagi menyilaukan mata.
Makanan nampak terang dan menarik, tanpa mengganggu pandangan kita. Pada masa yang sama suasana nampak warm dan selesa untuk menikmati hidangan makan malam.Namun apa yang penting anda perlu bijak memilih rekaan yang sesuai dengan konsep kediaman. Jangan kita membeli sesuka hati dan kemudian menyesal sendiri. Cuma kini terdapat banyak rekaan asas yang cantik. Bagi mengelakkan pengguna tersilap beli. Ia sesuai untuk apa juga konsep.
Misalnya lampu bulat sfera kaca jernih yang ringkas namun cukup cantik digantung beriringan. Begitu juga jenis yang berbentuk geometri dan ada juga yang didatangkan segugus. Ilham ringkas namun sangat menarik perhatian. Simple-simple aja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.