Perasan tak kenapa masyarakat Eropah menjadikan lemon itu antara buah wajib dalam masakan atau pun minimum mereka. Paling tidak, air masak kosong mereka pun mesti diisi dengan 1 atau dua keping hirisan lemon. Sebenarnya, lemon mempunyai banyak khasiat. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Minum segelas air lemon panas setiap hari mampu mencegah sel kanser dari aktif
2. Masukkan 2 hinngga 3 iris lemon di dalam segelas air panas mampu menjadi air alkali
3. Amalkan minum air suam yang diletakkan beberapa hirisan lemon setiap pagi untuk tujuan penghadaman
4. Masukkan beberapa hirisan lemon di dalam air sejuk dan dibiarkan 1/2 jam. Air tadi mengandungi vitamin C tambahan yang diperlukan badan
5. Air lemon panas berupaya mengawal kadar pembengkakan pelbagai jenis tumor
6. Pengambilan jus lemon secara rutin mampu mengawal tekanan darah dan mengelak saluran darah tersumbat
7. Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam lemon membantu meningkatkan sistem imun badan
8. Air lemon merupakan duretik semula jadi. Ia mampu membantu menyingkirkan cecair dan toksin dalam badan.
9. Hati adalah agen yang memproses darah dan mengendali pembuangan toksin dalam badan. Oleh itu, hati perlu sentiasa dicuci bagi memastikan segala sisa yang terpendam dapat dikeluarkan sepenuhnya. Air lemon mampu mencuci toksin yang tersisa di dalam hati
10. Kandungan vitamin C di dalam lemon memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat
Oleh itu, pastikan setiap kali anda ke pasar. Pastikan lmon antara barang wajib di dalam senarai belian anda