Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.
1. Mengharumkan dapur Jika dapur anda berbau kurang menyenangkan seperti hanyir, rebus beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.
2. Membersihkan minyak goreng Kebiasaannya, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Jadi untuk menghilangkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng anda. Asam tadi akan menyerap hitam yang ada di dalam minyak dan hasilnya, anda dapat mengguna minyak itu beberapa kali. Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis.
3. Membersihkan kesan hangus Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam dan anda boleh guna air campuran itu untuk membersih periuk atau kuali seperti biasa.
4. Menghilangkan bau cili pada mesin pengisar Bau cili sukar untuk dihilangkan walaupun dibersih menggunakan sabun. Apa kata kali ini anda cuba hilangkannya dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi.
Ads
5. Elak semut di dalam gula Kita sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Bagi mengelakkannya, anda boleh sapu minyak masak pada sekeliling permukaan bekas untuk menghalang semut masuk ke dalamnya. Anda juga boleh masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula.
6. Pisau mesin pengisar kembali tajam Kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Pisau yang tumpul akan kembali tajam.
Ads
7. Menghilangkan kesan minyak di dapur Sewaktu menggoreng, minyak akan tepercik ke seluruh kawasan terutama lantai. Membersihkannya cukup mudah jika betul caranya. Tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. Kemudian, cuci menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Kesan licin akan hilang.
8. Mengelakkan kuali melekat Selepas memasak atau menumis, masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Masak air sehingga mendidih. Selepas itu, basuh kuali seperti biasa.
Ads
9. Menghalau tikus Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi.
10. Menghalau lalat Masalah lalat di dapur mampu mengganggu kerja-kerja memasak. Untuk menghalaunya, anda perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ubahsuai rumah baru mengikut citarasa sudah pasti jadi idaman pemilik. Bukan sahaja kediaman mereka menarik namun mesti juga inginkan ia cantik dan kemas kan? Kali ini pemilik memilik memilih konsep yang lebih minimalis dalam kemasan dalam rumah beliau.
Terbaca dari pengguna twitter yang bernama @Aizul_Marcello. Beliau telah berkongsikan dengan semua beberapa keping gambar rekaan minimalis kediaman rumah apartmen yang beliau telah makeover. Apartmen tersebut dikatakan berada di Setia Alam, Selangor.
IMPIANA kongsikan inspirasi deko daripada @Aizul_Marcello ini. Apartmen ini menonjol dengan penggunaan warna Emerald Green dan rekaan minimalis jadi pilihan.
Makeover Rumah Apartment Dengan Gabungan Warna Hijau Berkonsep Rekaan Minimalis
Beliau telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pemilik rumah untuk makeover rumah apartment tersebut. Berikut merupakan gambar sebelum makeover apabila beliau ambil alih.
Kemudiannya, beliau meneruskan makeover rumah apartment tersebut menjadikan sebuah rumah yang elegan dan menarik. Ditambahkan lagi dengan konsep rekaan minimalis, anda dapat melihat penggunaan warna putih disekeliling rumah tersebut.
Perabot pula dikombinasikan dengan beberapa warna seperti hijau,coklat dan hitam. Penggunaan warna tersebut menaikkan lagi seri rekaan rumah apartment ini menjadi cantik dan kemas. Juga sedap untuk mata memandang dalaman apartment ini.
PENGGUNAAN WARNA EMERALD GREEN
Untuk makeover ini, beliau memutuskan untuk menggunakan warna hijau yang dipanggil sebagai “Emerald Green” untuk dijadikan warna penyeri makeover rumah apartment ini.
Aku masukkan siket tona warna emerald green sebagai penyeri.
Cantik bukan makeover apartment ini gabungan warna “Emerald Green” dan juga rekaan konsep minimalis ini. Adakah ini memberikan inspirasi kepada anda untuk makover rumah seperti ini? Giler deco berharap ini mampu memberikan inspirasi buat anda.
Kalau di rumah kan, anda selalu akan simpan makanan anda bagaimana? Adakah anda biarkan sahaja atau simpan dengan cara elok? Jikalau anda biarkan sahaja, maka ketahuilah bahawa makanan anda tidak akan bertahan lama dan tidak selamat. Jadi, mari sini saya ajarkan cara penjagaan makanan yang bagus.
Pengawalan, kita mesti kena tahu tentang 3 P yang penting iaitu, Penyejukan, Pembekuan, Penyimpanan pada suhu bilik. Apabila sudah kenali 3 P ini, barulah kita ke langkah untuk mengetahui cara penyimpanan yang bagus.
Cara yang pertama, sebaik-baiknya simpan makanan yang telah dimasak dengan benda yang bertutup supaya makanan tersebut tidak kekeringan. Seterusnya, kita kena ingat, makanan yang mentah, masih ada bakteria. Jadi, sebaiknya asingkan makanan mentah dan makanan sudah dimasak, asing dan jauh sesama sendiri. Sama juga dengan makanan mentah yang kita yakin akan tumpah walaupun dalam bekas kerana kalau ia tertumpah, dapat merosakkan makanan lain. Selain itu, pastikan sayur-sayuran yang disimpan dalam plastik, ada lubang-lubang kerana ia dapat mengurangkan kehilangan air dan peredaraan udara. Oh ya! Digalakkan simpan sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk supaya ia dapat mencegah ia rosak dari pembekuan.
Jadi, yang tadi anda baru sahaja baca adalah perkara yang perlu. Bagaimana dengan jangan dibuat? Untuk yang jangan dibuat untuk penjagaan makanan adalah:
Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk.
Ini adalah untuk mencegah kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara).
Simpan makanan panas dalam peti sejuk.
Ini kerana untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk. Bila lembap, boleh menjadikan nasi itu basi.
Jadi, itu sahaja tips tentang penjagaan penyimpanan makanan yang dapat saya cerita. Anda yang di rumah itu, jikalau ada melakukan kesalahan di atas, jangan ulangi ya lagi.
Pasti ramai yang masih menyukai dengan konsep industri ini. Konsep ini seakan gaya yang tidak siap, tetapi ia memberi satu elemen seni dalam elemen dekor pengemar konsep industri ini. Gaya perindustrian minimalis dan kasar dalam rekabentuk dalaman menjadi semakin relevan untuk kediaman dan juga premis perniagaan. Pembuatan dan fungsi telah mengambil kedudukan dominan dalam seni bina. Gaya industri dalaman mungkin yang paling jujur. Tunjukkan semua yang tersembunyi adalah elemen utama gaya ini.
IMPIANA tertarik dengan pemilik akaun Facebook Zuryat Abadi yang berkongsi kisah sebalik pembikinan dapur basah yang dihasilkannya dalam konsep industrial. Mari ikuti perkongsian dari pemilik ini.
Mula buat awal PKP hari tu. Semalam siap. Haaaaaa. Senang hati.
Mana yang minat. Minatlah. Konsepnya kasar. Berterabur. Tapi menarik. Warna asli simen,besi,bata. Tambah aksesori yang rencam. Warna pon ikut suka. Tetap nampak menawan. Kos. Keras juga la sebab orang tu beli sinki dan water tap saja 1k lebih. Lain2 barang banyak beli kat Ikea sebelum PKP.
Kalau rajin buat sendiri. Pasti jadi. Asah bakat dan akal. Selebihnya kena ada alatan sesuai terutama mesin pengimpal. Saya pon x pandai mengimpal. X pernah mengimpal. Selalu pekerja saya yang buat kerja mengimpal. Tapi dengan MIG. Insha Allah boleh. Belajar dari google,youtube,group TAHi. Selebihnya ialah daya kreativiti dan kemahiran yang sedia ada.
Dapur ni dapur tambahan. Sebab dapur utama tu x selesa nak guna. Banyak yang x kena. Ialah. Tukang sebelum ni x dapat realisasikan kehendak orang tu . Sedikit perkongsian bersama. Akhirnya.
Ruang kecil sahaja. Keluasan cuma lebih kurang 10’x8′. Mudah kata orang dapur. Duduk membawang kat counter bar. Pusing belakang capai sudip,water tap. Kalau ruang sedikit lebih besar boleh masukkan oven sekali kat ruangan ni.
Kosnya? Untuk bahan dan aksesori sahaja 7.5k. Agak mahal untuk berDIY. Ialah. Beli bahan dan aksesori mahal.
Masa membinanya hampir 20 hari berseorangan. Termasuk hari cuti mata bengkak dan kulit melepuh dek bahana MIG.
So please use proper equipment and tool. Jangan degil.
Mesin ABC manual dan lampu pump x dapat letak lagi sebab PKP xleh rentas daerah balik kampung nak ambik.
Ada orang tu sampai pukul 2am still kat dapur. Punyalah feeling.
Layannnnnnn.
Banyak juga cabarannya tetapi hasil dapur basah ini cukup memukau.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.