Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.
1. Mengharumkan dapur Jika dapur anda berbau kurang menyenangkan seperti hanyir, rebus beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.
2. Membersihkan minyak goreng Kebiasaannya, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Jadi untuk menghilangkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng anda. Asam tadi akan menyerap hitam yang ada di dalam minyak dan hasilnya, anda dapat mengguna minyak itu beberapa kali. Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis.
3. Membersihkan kesan hangus Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam dan anda boleh guna air campuran itu untuk membersih periuk atau kuali seperti biasa.
4. Menghilangkan bau cili pada mesin pengisar Bau cili sukar untuk dihilangkan walaupun dibersih menggunakan sabun. Apa kata kali ini anda cuba hilangkannya dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi.
Ads
5. Elak semut di dalam gula Kita sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Bagi mengelakkannya, anda boleh sapu minyak masak pada sekeliling permukaan bekas untuk menghalang semut masuk ke dalamnya. Anda juga boleh masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula.
6. Pisau mesin pengisar kembali tajam Kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Pisau yang tumpul akan kembali tajam.
7. Menghilangkan kesan minyak di dapur Sewaktu menggoreng, minyak akan tepercik ke seluruh kawasan terutama lantai. Membersihkannya cukup mudah jika betul caranya. Tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. Kemudian, cuci menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Kesan licin akan hilang.
Ads
8. Mengelakkan kuali melekat Selepas memasak atau menumis, masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Masak air sehingga mendidih. Selepas itu, basuh kuali seperti biasa.
9. Menghalau tikus Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi.
Ads
10. Menghalau lalat Masalah lalat di dapur mampu mengganggu kerja-kerja memasak. Untuk menghalaunya, anda perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.
Bagi anda yang sudah berkeluarga, sudah pasti mempunyai banyak kelengkapan barangan seperti toto atau comforter di rumah. Betul tak?
Apabila kelengkapan barangan ini banyak di rumah, sudah pasti ruang penyimpanan telah banyak digunakan bagi untuk menyimpan barang-barang tersebut dan ia boleh menjadi satu masalah kepada anda yang mempunyai ruang yang sangat terhad di rumah.
Jadi, masalah yang berlaku mungkin telah menjadi persoalan bagaimana cara dan langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasinya.
Maka oleh itu, IMPIANA mahu berkongsi dengan anda semua cara paling mudah untuk menjimatkan ruang bagi penyimpanan toto dan comforter di rumah.
Caranya memang sangat mudah dan apa bahan yang cuma anda perlukan adalah plastik sampah hitam, vacuum dan tali getah. Bagaimana caranya, anda boleh menonton video tutorial di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ruang tamu adalah seperti induk rumah kita. Ruang tamu adalah tempat dimana ia menunjukkan imej diri kita bagaimana. Perkara pertama yang akan kita cuba untuk kemas dahulu sekiranya ada tetamu datang, ruang tamu lah yang kita akan kemas dulu. Dah nama pun ruang tamu, mestilah untuk tetamu kan? Hahahaha. Jadi, jikalau, ruang tamu kita teruk atau sederhana, maka orang akan memandang biasa terhadap. Jikalau ruang tamu kita kelihatan menarik dan sedap mata memandang, maka orang akan puji kita dan memandang tinggi kepada kita, bahkan, kita mendapat kehormatan dari orang ramai. Oleh sebab itulah, pemilihan atau permikiran yang kreatif perlu ada pada diri kita untuk dalam hal-hal mendekorasikan ruang tamu rumah kita. Jadi disini, saya akan memberitahu apa bahan-bahan dekorasi yang boleh mencantikkan atau memantapkan ruang tamu kita.
Pemilihan sofa yang sesuai dan selesa.
Benda ini amatlah penting kerana tiada sofa, lebih baik tidak ada rumah. Bahkan, rumah lama sekarang ni pun dah ada sofa. Cuma perbezaannya adalah sofa yang biasa atau murah dan sofa yang mahal atau selesa sahaja. Ada banyak sebenarnya jenis sofa yang kitab oleh pilih menampakkan ruang tamu nampak kelainan dari ruang tamu biasa. Sebagai contoh, sofa yang sering kita nampak di kedai adalah berbentuk L dan berbentuk U. Kalau nak nampak kelainan lagi, sofa bed. Sofa bed ia adalah 2 dalam 1. Boleh jadi sofa, boleh jadi katil. Jadi, senang jikalau ada tetamu yang ingin menumpang di rumah kita, mereka boleh dipelawa duduk di sofa bed tersebut. Selain dari itu pula, pemilihan material sofa juga penting kerana ada yang kayu, kusyen, berbulu-bulu dan juga kulit. Kebiasaan orang sekarang akan membeli yang kusyen kerana ia murah tetapi kalau ada duit lebih atau orang kaya, boleh membeli yang material berbulu-bulu atau berkulit.
Lampu siling yang penuh bergaya.
Setiap ruang tamu di rumah, memang sudah ada lampu jenis panjang di dinding tetapi, ia kelihatan biasa dan bosan. Jadi, kita perlulah menukarkannya kepada lampu siling yang berwajah moden untuk menaikkan imej ruang tamu dalam rumah kita. Sebagai contoh, lampu siling itu besar berbentuk bunga, lampu tersebut terselit di lubang-lubang dinding ataupun lampu yang tergantung itu. Baru lah, ruang tamu akan nampak lebih mantap!
Jadi, itulah sedikit perkongsian tips untuk membuatkan ruang tamu menampakkan lebih meriah dan gempak. Cuma, pastikan siapkan duit sahaja lah. Hahahahaha.
Siapa sangka ‘Extension Plug’ juga boleh menyebabkan kebakaran di kediaman anda.
Menurut laporan Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department (EMSD) April lalu lima jenis extension ini bahaya jika digunakan kerana wayar di dalamnya nipis menyebabkan ia cepat panas dan boleh jadi punca kebakaran.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.