Kitchen Garden ataupun di dalam Bahasa Malaysia nya Taman Dapur juga dikenali sebagai potager atau kailyaird (Scotland), adalah ruang tanaman yang berasingan dari seluruh laman di kediaman.

Taman dapur boleh menjadi ciri utama landskap selain menjadi sumber herba, sayur-sayuran dan buah-buahan, tetapi ia juga sering menjadi ruang taman berstruktur dengan reka bentuk berdasarkan corak geometri berulang. (SUMBER)

Kecil, menarik, dan praktikal. Sudah tentu ramai pemilik kediaman kini sudah mempunyai kesedaran untuk menjadikan ruang balkoni atau pun ruang laman sebagai tempat untuk mereka bercucuk tanam sayur-sayuran.

IKLAN

Sebenarnya ia tidak memerlukan ruang yang banyak pun, ini kerana kebanyakkan jenis sayuran boleh ditanam di dalam pasu. Contohnya tanaman seperti pandan, kunyit, kobis, cili dan sebagainya. Bagi newbie yang mahu mula berjinak-jinak untuk tanam sayur, disini IMPIANA kongsikan tip mudah sebelum anda mula.

IKLAN

10 TIP Ringkas Bina “Kitchen Garden” Untuk Newbie Yang Nak Cuba Sendiri

IKLAN
  1. Kenal pasti tempat yang sesuai untuk membina edible garden. Tidak semestinya ruang yang diperuntukkan untuk membinanya perlu besar. Yang penting ia mudah untuk dicapai dan berhampiran dengan water tap untuk memudahkan penyiraman.
  2. Tempat yang bakal dipilih perlulah mempunyai pengamatan cahaya sekurang-kurangnya lapan jam untuk tumbuhan jenis berbuah dan empat jam untuk yang berdaun.
  3. Lakar sebuah pelan reka bentuk untuk mudah mengenal pasti jenis dan kuantiti tanaman yang boleh ditanam. Ini penting untuk memastikan tumbuhan dapat membesar dengan sihat dan rapi. Jika tumbuhan yang disemai tumbuh terlalu rapat, ia akan menyebabkan tumbuhan tersebut bantut.
  4. Tanam tumbuhan bercampur untuk memberi kepelbagaian terhadap edible garden. kawal penanaman tumbuhan yang cepat untuk di tuai seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya untuk mengelak dari berlakunya lambakkan.
  5. Pastikan tumbuhan kegemaran di tanam terlebih dahulu. Ada antara pemilik gemar menanam tumbuhan yang kelihatan menarik dan cantik. Ini akan menyebabkan lambakkan tumbuhan yang tidak dimakan hingga memberi masalah untuk melakukan penyemaian benih tumbuhan lain.
  6. Untuk ruang sempit, pilih bekas atau pasu yang ringan untuk memudahkan penyelenggaraan. Bahan terbuang seperti botol plastik, kotak kayu dan sebagainya boleh digunakan sebagai bekas tanaman.
  7. Edible garden memerlukan penyelenggaraan yang kerap untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Ia perlu dilakukan setiap hari untuk memastikan tiada sarangan penyakit datu serangga yang terdapat di dalam kebun.
  8. Tumbuhan perlu di siram pada awal pagi dan lewat petang. Untuk mereka yang tidak mempunyai masa terluang untuk melakukannya, sediakan sebuah sistem penyiraman automatik untuk memastikan tumbuhan sentiasa mendapat keperluannya.
  9. Siraman perlu dilakukan terus ke permukaan tanah. Jika di siram di atas daun, ini akan menyebabkan air bertakung dan boleh melemahkan daun.
  10. Gunakan semua sisa dapur seperti kulit telur, sayuran yang telah rosak, serbuk kopi atau teh yang telah digunakan dan sebagainya sebagai baja organik.

10 TIP Ringkas Bina “Kitchen Garden” Untuk Newbie Yang Nak Cuba Sendiri

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI