Pucuk paku atau makanan popular di Serawak dengan panggilan midin ini boleh dikatakan kategori sayuran eksotik. Harga pucuk paku di pasaran pun agak mahal. Ini disebabkan sayuran ini tidak boleh diusahakan secara ladang besar-besaran. Ia hidup liar di kawasan-kawan semak tertentu sahaja.
Tapi kalau dah dapat seikat tu, buat kangkung goreng belacan atau masak lemak. Perghhh, sedapnya. Tapi ada yang cakap, Makan pucuk paku ni badan berangin dan boleh jadi penyakit. Betul ke?
Sebenarnya perkara tersebut berlaku jika pengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Makanan lain pun sama. Orang dulu kala makan pucuk paku elok je. Awet muda lagi. Hakikatnya, pucuk paku banyak khasiat. Antara khasiatnya adalah:
1. Meningkatkan kadar imunisasi
Khasiat yang terkandung di dalam pucuk paku yang paling mujarab adalah untuk meningkatkan kadar daya tahan tubuh. Secara tidak langsung, anda terhindar dari sebarang penyakit terutamanya yang berpunca daripada pathogen atau penyakit yang mudah merebak. Sebab tu, orang-orang tua dulu badan mereka sihat dan sentiasa segar.
2. Menyeimbang kadar metabolisma badan
Bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tidak seimbag, anda digalakkan untuk menjadikan pucuk paku sebagai salah satu menu makanan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
3. Atasi Gout
Khasiat pucuk paku dapat menjadi sumber makanan untuk mengatasi Gout. Hal ini diperolehi dari banyaknya kandungan dalam sayuran ini untuk meredakan gejala gout yang sering menyerang sendi dan juga tulang dengan rasa ngilu serta mengganggu aktiviti.
4. Baik untuk kesihatan tulang
Khasiat pucuk paku baik untuk membuat tulang anda menjadi lebih sihat. Apa kriteria penting yang membantu tulang yang sihat itu? Tidak mudah patah dan tidak mudah terjangkit penyakit, terutama penyakit kemerosotan tulang yang terjadi pada orang yang mengalami osteoporosis. Tulang anda akan semakin sihat dan juga terjaga.
5. Menyembuhkan luka
Khasiat pucuk paku dapat anda jadikan bahan sayuran yang mampu menyembuhkan luka. Sayuran unik yang satu ini akan membantu mempercepat proses penyembuhan luka, terutama dalam membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka anda. Kandungan semulajadi dalam sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit.
6. Mencegah penuaan secara semulajadi
Penuaan yang terlalu cepat di usia anda ketika anda masih muda akan membuat anda hilang kepercayaan pada diri sendiri. Hal ini juga akan menyebabkan beberapa jenis penyakit. Cegahlah penuaan ini dengan banyak mengambil sayuran, salah satunya pucuk paku. Sayur ini akan membuat anda tampak awet muda.
7. Menyihatkan mata
Kandungan semulajdi yang ada dalam pucuk paku salah satunya adalah vitamin A. Sayuran unik dan hijau ini mengandungi cukup banyak vitamin A yang baik untuk kesihatan mata anda. Selain mencegah iritasi dan kemungkinan penyakit mata lainnya, sayuran ini akan membantu mata anda dari penyakit rabun.
8. Menurunkan berat badan
Berat badan berlebihan tidak hanya akan membuat badan anda terlihat gemuk namun juga menyebabkan banyak penyakit kerana kegemukan. Dengan rajin berolahraga dan mengambil sayur pucuk paku, maka anda akan mendapatkan berat badan yang ideal. Tentunya hal ini memerlukan aktiviti yang konsisten dan tidak berlaku cepat tanpa usaha.
9. Mencegah hipertensi
Penyakit hipertensi dapat anda cegah sejak awal dengan menggunakan pucuk paku. Sayuran ini sebaiknya anda makan setiap hari jika anda adalah salah satu orang yang sering mengalami gejala hipertensi. Khasiatnya yang semulajadi dalam mengawal tekanan darah anda sehingga tidak akan terjadi kenaikan.
10. Mencegah kenaikan kolesterol
Kolesterol yang berlebih di dalam tubuh anda menambah banyak risiko gangguan kesihatan, terutama risiko timbulnya banyak penyakit. Cara yang paling mudah untuk menurunkan kadar kolesterol iaitu dengan mengamalkan sayuran seperti pucuk paku. Mengapa? Kerana sayur ini punyai anti kolesterol yang tinggi.
Sumber: petuaibu.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI