![featured image](https://cdn.impiana.my/2019/04/featured-image-05_57_588656-696x365.jpg)
Sebuah bilik dobi atau laundry merupakan tempat dimana semua pakaian serta fabrik diuruskan. Kediaman yang mempunyai bilik laundry sememangnya menjadi idaman semua orang. Sudah tentunya bilik laundry impian anda menepati ciri-ciri asas bersesuaian dengan penggunaannya. Ruang ini biasanya dilengkapi dengan peralatan asas membasuh seperti sinki mencuci, mesin basuh, dryer dan juga papan seterika.
Antara ciri-ciri bilik laundry yang baik termasuklah :
1. Mempunyai ruang atau permukaan kaunter yang mencukupi
2. Ruang penyimpanan atau kabinet yang lengkap
3. Pencahayaan yang tepat
4. Pengudaraan yang lancar
5. Susun atur yang bijak
6. Multi-fungsi dan versatil
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Banyak Jenis Mop, Setiap Satunya Mempunyai Kegunaan Berbeza
![](https://www.impiana.my/wp-content/uploads/2020/09/279100-30_39_173066.jpeg)
Isi Kandungan
ToggleTerdapat banyak jenis dan bentuk mop di pasaran. Ia bukan sekadar hanya untuk tujuan reka bentuk. Rupa-rupanya, setiap satu mempunyai kegunaan yang berbeza. Sebab itu, tak mustahil, dalam satu rumah nada ada lebih dari 2 jenis mop. Tapi, sebelum itu pastikan kegunaan atau aktiviti yang akan dilakukan bagi menentukan jenis mop yang bersesuian.
MOP TALI
Secara tradisionalnya, lebih ramai memilih string mop di Malaysia. Ia mungkin disebabkan harganya murah dan lebih cepat menyerap disebabkan oleh diperbuat dari tali kapas. Mop jenis ini juga sesuai untuk pelbagai kegunaan dan permukaan. Namun perlu ingat, pastikan ia dibersihkan dan jemur kering setiap kali penggunaan. Jika tidak, ia akan mengundang bau tidak enak
MOP RATA
Kebiasaanya, mop rata atau flat biasanya mempunyai pad pakai buang atau boleh digunakan semula yang melekat padanya. Sebaiknya pilih dari jenis fabrik mikro. Mop rata kain menjadi pilihan kerana ia lebih mudah digunakan terutamanya bagi tugasan harian. Tambahan, ia tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk memerah atau mengendalikan mop jenis ini. Jika anda ingin membersihkan sudut atau ruang berbucu, pilihan mop rata adalah tepat
MOP SPAN
Untuk membersihkan permukaan jubin atau tidak rata, mop yang tersedia kepala span adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanupun, penjagaan dan kebersihan pada kepala span perlu diperincikan. Jika tidak kering dengan betul dan kotor, ia boleh menjadi transit penyebaran bakteria dan kuman. Selain dari itu, penjagaan yang salah akan menyebabkan kepala mop cepat rosak
MOP HABUK
Bentuk seperti mop rata, namun bahagian fabriknya mempunyai butiran kasar untuk memudahkan habuk di sapu. Jenis mop ini hanya sesuai untuk kegunaan kering sahajaSTRIP MOP
Bentuknya sama mop tali namun fabriknya bebentuk kepingan tali. Tidak mempunyai daya resapan yang tinggi seperti mop tali kapas namun cepat mengering.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekor Kediaman Nampak Mahal, Ikut 6 Tip Pereka Dalaman Ni
![](https://cdn.impiana.my/2022/04/452047.jpeg)
Isi Kandungan
ToggleDekor Kediaman Nampak Mahal, Ikut 6 Tip Pereka Dalaman Ni. Nak mendekor ni, anda perlu bijak. Bukan sahaja bijak menyusun atur, tapi bijak poket. Adakalnya benda mahal belum tentu nampak cantik dan tak semestinya benda murah tak lawa. Skella design berkongsi 6 trik nak hasilkan dekorasi kediaman nampak mahal di akaun tiktok miliknya:
#1 Cat pintu bilik dengan rona mewah
![Dekor Kediaman Nampak Mahal, Ikut 6 Tip Pereka Dalaman Ni](https://cdn.impiana.my/2022/04/452049.jpeg)
#2 Tukar pemegang perabot dand tombol pintu dengan rekan yang lebih menarik
Banyak pemegang atau handle kabinet murah-murah dan cantik di shopee. Klik je link ni https://invol.co/clajzhwBaca juga: Pastikan Ruang Tamu Sentiasa Kemas, Cuba Ikut Senarai Ni
#3 Jangan sandarkan perabot terus pada dinding
![Dekor Kediaman Nampak Mahal, Ikut 6 Tip Pereka Dalaman Ni](https://cdn.impiana.my/2022/04/452046.jpeg)
#4 Jangan lupa accent table
![Dekor Kediaman Nampak Mahal, Ikut 6 Tip Pereka Dalaman Ni](https://cdn.impiana.my/2022/04/452048.jpeg)
#5 Cat dinding dengan rona segar![Dekor Kediaman Nampak Mahal, Ikut 6 Tip Pereka Dalaman Ni](//www.impiana.my/wp-content/plugins/a3-lazy-load/assets/images/lazy_placeholder.gif)
#6 Tambah akasesori yang mempunyai rekaan yang lebih berani “bold” macma rekaan wing chair ni https://invol.co/clajzo5![Dekor Kediaman Nampak Mahal, Ikut 6 Tip Pereka Dalaman Ni](//www.impiana.my/wp-content/plugins/a3-lazy-load/assets/images/lazy_placeholder.gif)
@skelladesign Reply to @thefatbitch00 comment tips apa lagi nak dari designers kita! #fyp #keeprunning #interiordesignmalaysia #interiordecor #decorumah #tips ♬ baby I like ur style – tanya | tanyasedits
Dekor Kediaman Nampak Mahal, Ikut 6 Tip Pereka Dalaman Ni
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Modal RM 10 Sahaja Nak Baikpulih Microwave Yang Meletup
![](https://www.impiana.my/wp-content/uploads/2020/06/198061-11_24_521755.jpeg)
Microwave antara kelengkapan penyelamat mak-mak untuk panaskan lauk dengan cepat sambil dapur boleh gunakan untuk keperluan lain atau nyahbeku makanan. Microwave ni memang jarang sangat rosak dan jangka hayatnya pun lama.
Tapi, tiba-tiba ada letupan dalam microwave dan berlaku spark, Apa yang perlu anda lakukan? bukan beli baru tau, En Amirul Shafik Yusri ada penyelesaian paling mudah dan murah untuk masalah ini
Cuba tengok dulu dalam oven anda keadaan semasa “MICA SHEET” ni. Elok lagi ke atau dah rosak ?
Kalau rosak , cuba tukar ni je dulu. Modal tak sampai RM10 pun. Isteri-isteri boleh minta tolong suami cekkan. Buat sendiri pun boleh. Mudah sangat. Cuma cabut keluar dan pasang yang baru dah boleh guna semula.
Tak payah susah-susah keluar modal nak beli microwave baru.
Dekat mana nak beli “Mica Sheet” tersebut? nak mudah, beli online di shoopee atau lazada atau boleh klik link ni terus https://invol.co/cloqny
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI