Kebanyakkan kebakaran yang berlaku adalah disebabkan kecuaian dan kejahilan manusia sendiri. Walaupun perkara ini tidak boleh dijangka, tetapi kita sebagai penghuni perlu peka dan tidak lalai dalam memastikan keselamatan di rumah. Risiko kemalangan boleh dielak sekiranya kita mengamalkan langkah-langkah mencegah kebakaran ini :
1. Biasakan tutup suis elektrik sesudah menggunakannya
Sekiranya anda tidak mematikan suiz elektrik setelah menggunakkannya ia boleh menyebabkan kebakaran. Sebagai contoh sikap leka ini berlaku setelah anda menggunakan seterika tanpa menutup suis.
2. Elak menggunakan ‘heater’ untuk memasak air
3. Hindari menggunakan soket tambahan
Ramai yang menggunakan soket tambahan kerana ia memudahkan kerja dan dapat dibeli dengan harga yang murah. Keburukan yang terdapat pada soket tambahan ialah ia tidak dapat menampung arus elektrik yang tinggi. Justeru, apabila penggunaan elektrik terlalu tinggi, soket tersebut akan cair dan menyebabkan litar pintas. Secara tidak lansung akan menghasilkan api.
4. Simpan mancis/pemetik api di tempat yang selamat
Anda perlu menyimpan mancis dan pemetik api dari anak-anak kecil anda. Sebagai ibu bapa anda harus awasi dan didik mereka akan bahayanya bermain dengan api.
5. Luangkan masa untuk hadir ceramah/latihan mencegah kebakaran
Tahukan anda ilmu tentang mencegah kebakaran ini amat penting dalam kehidupan harian anda. Ia mampu melatih anda supaya tidak cemas dan tahu untuk bertindak sekiranya berlaku kebakaran.
6. Gunakan alatan elektrik yang mempunyai pelekat SIRIM
Barangan yang menggunakan label SIRIM atau tanda pegesahan adalah disahkan di bawah Skim Pensijilan Produk SIRIM, yang menyediakan jaminan bebas kepada pengguna bahawa produk itu mematuhi standard khusus dan selamat digunakan.
7. Pasang alat pengesan asap
Alat pengesan asap sangat efiesen dalam memberi amaran awal jika berlaku kebakarn terutama semasa penghuni rumah sedang tidur. Banyak kes yang berlaku penghuni rumah tidak dapat lari keluar bila api sudah marak besar dan menutup jalan keluar.
8. Sediakan pamadam api
9. Periksa salur LPG gas
Setiap enam bulan sekali, pastikan anda cek salur gas dapur anda. Lap dengan air sabun dan lihat kawasan yang keluar buih. Jika terdapat buih anda perlu menukar salur gas yang baharu.
10. Dapatkan bantuan daripada pihak yang lebih arif
Dapatkan bantuan daripada yang pakar untuk melakukan kerja-kerja yang melibatkan eletrik di kediaman anda.