10 Tahun Mendiami, Kini Rumah Diberi Nafas Baru

Share

Setelah 10tahun mendiami rumah teres 20×65 ni, terasa ingin mengubah suai dalam ruang tamu dan makan agar nampak lebih ceria dan berwajah baru. Pemilik ini adalah seorang guru yang cukup gemar dalam mendekorasi kediaman.Transformasi ruang di dalam rumah ini telah dilakukan untuk memastikan suasana dalam rumah lebih selesa dan bermaya.
Pemilihan cat warna royal orange

sebagai permisah ruang tamu dan ruang makan dapat memberikan satu mood yang baru pada ruang tersebut. Perubahan pada dinding dengan menampilkan accent wall pada ruang foyer dan ruang makan dapat memberikan impak 3D dan membuatkan ruang tersebut berubah dan memberikan kelainan dari sebelumnya.

Pemasangan lantai kayu laminate berwarna cerah membuatkan ruang dalam rumah ini nampak lebih luas dan selesa semasa memijak di dalam ruang rumah ini. Manakala pemilihan langsir dan kusyen berwarna jingga dapat disuai padankan dengan tona warna yang ingin ditampilkan pada kali ini. Dengan mengekalkan perabot-perabot lama dan ditambah dengan perabot baru dapat memberikan suasana baru yang lebih ringkas dan minimalis.

Padanan khat 3D pada dinding rumah dapat menaikkan lagi seri dinding, selain itu, pemilihan bahan untuk dekorasi daripada barangan lama dan antik dapat memberikan sedikit kelainan dan penambah seri kediaman rumah milik peribadi Cikgu Syukur ini. Bagi beliau, kediaman ini adalah ibarat terapi dalam gaya hidupnya seharian. Seorang yang berperwatakan ceria ini pasti inginkan kediaman yang cukup sempurna dan ceria sepanjang masa.

SEBELUM

SELEPAS

SEBELUM

SELEPAS

SEBELUM

SELEPAS

Published by
Impiana