kebiasaanya, ruang di bawah pokok yang mempunyai naungan akan dibiarkan kosong. Begitu juga Hal ini disebabkan oleh pengamatan cahaya yang kurang hingga menyebabkan banyak antara spesis tanaman tidak boleh hidup. Sebenarnya, ada beberapa spesis tanaman tropika yang bertolerasi dan sesuai hidup di dalam kondisi tersebut. Antara tanaman teduhan:
1. AGLONEMA SPP.
Aglonema antara tanaman unik yang mudah ditanam dan tidak memerlukan air yang banyak. Sesuai dijadikan sebagai tanaman di bawah kawasan yang mempunyai naungan yang padat. Sering menjadi pilihan kerana Aglonema mempunyai corak dan tekstur daun yang pelbagai
2. MICROSORUM PUNCTATUM
Lebih mesra dikenali dnegan nama fish tail fern. Daunnya yang mempunyai bentuk seakan tanduk rusa dan rona hijau terang tidak memerlukan penyelenggaraan yang kritikal. Semakin banyak di tebas, lebih cepat ia membiak.
3. NEPHROLEPIS EXALTATA
Bostern fern ini sesuai di tanam di dalam pasu dan pertumbuhanya mudah dikawal. Seperti nama fish tail fern, ia tidak memerlukan air yang banyak
4. ALOCASIA MACRORRHIZOS
Keladi telinga gajah ini antara tanaman wajib bagi taman padat tropika. Terdapat pelbagai tekstur dan saiz daunya yang besar kerap menjadi perhatian di dalam taman tropika
5. ALPINIA PURPURATA
Tanaman dari keluarga halia ini mempunyai bunga berwarna merah dan sering menjadi perhatian serangga penghisap madu seperti rama-rama semut dan lebah. Tak perlu penjagaan yang rumit dan mudah membiak menyebabkan tanaman ini sering menjadi pilihan sebagai tanaman tepi jalan
6. CALADIUM BICOLOR
Seperti Aglonema, Caladium mempunyai tekstur dan rona daun yang pelbagai. Lebih mudah dikenali dengan nama keladi hiasan, kebanyakkan spesis caladium mempunyai percikkan rona merah menyemarkkan lagi dekorasi sesebuah laman
7. CALATHEA SPP.
Tanaman penutup bumi hutan hujan tropika ini mempunyai pelbagai tekstur dan saiz yang pelbagai. Mudah dibiakkan melalui keratan rumpun, Calathea lutea adalah antara tanaman sibolik bagi landskap berkonsepkan tropika. Antara spesis lain yang terkenal adalah Calathea insignis , loeseneri dan mokayana
8. IMPATIENS WALLERIANA
Terdapat dua jenis impatiens yang kerap menjadi pilihan di malaysia iaitu Impatiens balsamia dan Impatiens walleriana. Kebiasaanya, untuk menghasilkan bunga yang bayak, tanaman perlu terdedah kepada cahaya matahari yang mencukupi. Namun tidak bagi Impatiens, walaupun di bawah teduhan ia tetap menghasilkan bunga dan ia mempunyai jangka hayat yang pendek
9. PLECTRANTHUS
Mona lavender murapakan nama tempatan bagi Plectranthus. Nama tempatanya diberi sempena fizikal bunganya seperti lavender. Merupakan sepesisi tanaman bermusim, ia kerap menjadi pilihan bagi landskap berkonsepkan inggeris.
10. SPATHIPHYLLUM WALLISII
Peace lili atau Spathiphyllum waliisii kerap menjadi pilihan sebagai jambangan bunga. Rona hijau gelap daunnya menyerlahkan lagi vibrasi landskap bertemakan tropika terutamanya di saat bunganya berkembang mekar tidak memerlukan penyelengaraan yang tinggi namun medium tanamannya perlu sentiasa lembap
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI