Anda punya perancangan untuk menjual rumah sedia ada? Tahu tak, Selain lokasi strategik dan telah diubah suai, ada beberapa faktor atau point lain yang anda boleh gunakan untuk meyakin kan pembeli dan secara tidak langsung menaikkan harga rumah yang anda hendak jual. Antara faktor yang kerap diguna pakai adalah kediaman dilengkapi dengan dekorasi laman yang menawan serta dijaga dengan baik. Ada lagi faktor lain yang perlu anda perhatikan iaitu:

1. Tanaman berpasu.
Tanaman berapsu yang telah merimbun dengan rekaan pasu yang menarik turut menjadi perhatian pembeli tau. Letakkan tanaman berpasu ni dekat depan pintu atau di kawasan anjung pun dah cukup memberi penyeri dan menyambut kedatangan bakal pembeli. Tapi bila ada bakal pembeli datang, tanaman berpasu yang telah layu tak berapa nak cantik dan suam-suam kuku tu perlu diganti segera sebelum mereka datang.

10 Tip Untuk Naikkan Harga Rumah Yang Hendak Dijual

2. Tambahkan sungkupan
Bagi yang mempunyai landskap, rapikan bahagian lantai laman di bahagian bawah pokok dan tanaman dengan sungkupan. Secara tidak langsung ia lebih menyerlahkan lagi keseluruhan dekorasi laman.

3. Tambah tanaman baru berona ceria 
Kehadiran tanaman baru yang ceria boleh jadi eye catching saat pertama kali bakal pembeli melangkah masuk ke kediaman anda. Ia mampu memberi impak segar kepada keseluruhan visual.

Ads

4. Kemas rapi tanaman 
Ini yang paling penting, trim tanaman anda dan bagi ia nampak kemas dan rapi. mana ada bahagian yang mati tu buangkan sahaja.

5. Atasi masalah saliran 
Sama ada di dalam mahupun luar kediaman, kalau ada masalah saliran seperti parit yang rosak, paip bocor perlu diperbaiki dahulu sebelum anda pasang niat untuk menjaul kediaman. Sebab ini adalah antara perkara yang sering diabaikan oleh pemilik. Cuba bayangkan, kita datang ke rumah yang hendak kite beli tue nampak paip yang bocor air meleleh-leh di dinding hingga tinggalkan kesan. Nanti kita beli kediaman tu, sudah pasti baik pulih perlu dilakukan. LECEH BETUL!

Ads

6. Kemas dalam rumah 
Bagi dalam rumah kite tu cuci bersih berkilat. Mesti bakal pembeli lebih tertarik sebab nanti kalau mereka nak pindah, dah tak payah nak banyak-banyak kerja dah. Lebih baik, semburkan wangian yang menyegarkan dan menenangkan. Masuk-masuk jer bakal pembeli seakan dipukau.HAHAHA!

7. Cat baru
Langkah ini lebih menarik bakal pembeli. Pilih cat berwarna putih sudah memadai. Bukan sekadar ia murah, malah ia memberi peluang kepada bakal pembeli untuk mudah suai padankan dengan konsep kediaman mereka kelak. Kalau bakal pembeli nak cat pun, cat asas dah ada. Hanya perlu cat mengikut konsep mereka sahaja seperti untuk feature wall. 

Ads

8. Pencahayaan yang mencukupi 
Masa bakal pembeli datang, on semua lampu walaupun di siang hari. Ia mampu memberi kesan visual kepada bakal pembeli untuk melihat keseluruhan kediaman. Kalau ada lampu-lampu yang mentol nye dah lama dan kusam, gantikan dangn yang baru.

9. Perbaiki kabinet dapur, built in almari dan pintu. 
Bahagian dapur pun perlu diperhatikan. Jika and menggunakan kabinet atau built in almari, pastikan kondisi di dalam nye bersih. Tidak bersawang dan tiada bahagian yang tidak berfungsi. Kalau bunyi “krek-krek” masa buka almari, guna pelincir pada bahagian sambungan atau ensel.

10. The first impression is the only impression
Walau cantik dan hebat mana pun kediaman anda, pembeli telah pun melakukan penilaian walaupun sebelum ia melangkah masuk ke kediaman anda. Macam mana? Mereka dah mula menilai melalui pertuturan penjual. Jika kita sebagai penjual memberi layanan yang baik. sudah pasti bakal pembeli selesa berurus niaga dengan anda. So, hati-hati bila berbicara

10 Tip Untuk Naikkan Harga Rumah Yang Hendak Dijual

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI