Memang sakit mata bila lihat kesan hangus pada periuk. Tak kira lah di dalam mahupun di luar.
Dulunya periuk di sangkut pada dinding cantik-cantik belaka
Tapi bila dah berkerak bontotnya sakit mata.
Wah! berpantun pula. Bagi wanita yang memang sentiasa mendedikasikan diri dekat dapur tu, ini antara masalah yang tak boleh diterima. Maka berlaku lah adegan sental periuk seperti kena dera. Namun apa kan daya, sampai bercalar periuk pun, kesan hangus tak hilang.
Anda tak perlu membazir masa, tenaga dan wang ringgit. Cuba gunakan 10 tip mudah ini untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu kuali dan periuk di dapur. SELAMAT MENCUBA.
1. Baking soda
Baking soda memang sudah diperakui mempunyai banyak kelebihan dalam mencuci. Untuk menanggalkan kerak degil pada bontot atau dalam kuali, anda hanya perlu bancuhkan 2 sudu baking soda ke dalam satu besen air. Larutkan dan rendamkan 2-3 jam bahagian periuk atau kuali yang mempunyai kotoran ngeri tadi. Kesan hangus tadi atau kerak akan melembut dan mudah untuk disental.
2. Cuka makan dan baking soda
Campuran ini khas untuk mencuci bahagian dalam periuk yang hangus. Didihkan air di dalam periuk yang telah hangus tadi dan masukkan satu cawan cuka. Bila kerak hangus tadi mula kelihatan lembut dan mudah tertanggal, matikan api dan masukkan baking soda. Bila dah sejuk, anda boleh lah sental dengan menggunakan span kasar.
3. Garam dan limau nipis
Gaul rata garam dan air perahan limau nipis menjadi seperti satu adunan yang likat. Kuantiti yang diperlukan untuk limau dan garam bergantung kepada saiz periuk atau kuali. Lebih besar, maka banyaklah diperlukan. Sapu rata pada permukaan yang berkerak dan dibiarkan selama 2 jam. Selesai 2 jam, letak sikit demi sedikit air pada permukaan yang telah diletakkan garam tadi dan sental. Kaedah ini sesuai untuk bontot periuk dan kuali yang mempunyai kerak yang tebal.
4. Krim tartar
Caranya, rendam krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali hangus yang anda ingin bersihkan.
5. Garam kasar sahaja
Didihkan air di dalam kuali atau periuk yang hangus tadi. Bila dah menggelegak, masukkan pula segenggam garam kasar dan kacau perlahan-lahan. Kalau ada permukaan yang keraknya tebal, gonyoh sikit dengan menggunakan senduk kayu.
6. Tomato
Gunakan tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan buah tomato tersebut ke dalam periuk yang hangus dan biarkan semalaman. Esoknya baru anda sental.
7. Minuman berkarbonat
Kalau kesan hangus atau kerak dalam periuk disebabkan oleh gula atau proses caramelizer, anda boleh gunakan minuman berkarbonat sebagai penyelesaian. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan merendam periuk atau kuali yang hangus akibat gula ke dalam air berkarbonat sekurang-kurangnya 2 jam. Kebiasaannya, kerak gula tersebut akan tertanggal sendiri. Mana yang tak tertanggal, anda boleh cungkil dengan menggunakan senduk kayu.
8. Cuka sahaja
Untuk kerak hangus yang tak terlalu serius, anda hanya perlu didihkan secawan cuka bersama 3 cawan air di dalam periuk. Kacau sampai kerak tadi tertanggal sendiri.
9. Garam kasar dan minyak
Caranya, sebaik sahaja selepas anda masak, ketika periuk atau kuali masih dalam keadaan masih panas rendamkan terus periuk ke dalam air. Cuba basuh, bilas dan cubalah tanggalkan kerak yang hangus tadi seboleh mungkin. Kemudian ambil segenggam garam kasar dan ratakan pada keseluruh permukaan dalam kuali dan periuk sambil anda menyental lagi sehingga kerak hangus tersebut tertanggal. Selepas itu bersihkan semula kuali, dan lap sehingga kering, panaskan semula kuali dan periuk tersebut. Agak-agak apabila sudah panas, padamkan api. Akhir sekali perlahan-lahan sapukan minyak pada keseluruhan bahagian dalam kuali dan periuk dengan menggunakan berus.
10. Sabun mandi
Cara ini hanya akan digunakan jika anda benar-benar ingin menggunakan kuali atau periuk yang hangus tadi secepat yang mungkin. Seboleh-bolehnya dapatkan juga berus keluli atau berus kawat. Caranya adalah dengan memotong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Mula-mula rendamkan sabun mandi tersebut ke dalam periuk atau kuali yang hangus itu bersama-sama dengan sepotong sabun mandi tersebut. Selepas itu , dalam beberapa minit sabun akan mulai kembang. Buangkan lebihan air rendaman tadi. Akhir sekali, tekan dan sentalkan sabun mandi tadi ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga penyek. Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus keluli tadi.