Anak bila mencecah usia 7 tahun, wajib di asingkan tidur. Sedar akan kepentinggan tersebut, ada ibu bapa telah mendidik anak mereka tidur di bilik sendiri lebih awal. Ada yang seusia seathun telah dididik untuk tidur di bilik sendiri sebelum terlambat dan susah bila meningkat usia.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan bagi memastikan si cilik tidur di di bilik sendiri?

1. SEDIAKAN BILIK YANG SELESA
Selesa itu tidak bermaksud bilik yang disedaikan hanya untuk tidur semata-mata. Jadikan bilik tersebut sebagai tempat bermain, belajar dan bersiap. Kalau boleh, apa sahaja barang milik anak anda di ajar untuk simpan di dalam biliknya sendiri. I ibarat menajdi ruang privasi mereka.

2. REKA BILIK MENGIKUT TEMA ATAU KONSEP KEGEMARAN MEREKA
Ini yang mak-mak banyak silap. Design atau hias bilik mengikut kehendak sendiri tanpa bertanya pendapat pada si anak. Sebaiknya, tanya anak aanda atau lihat minat mereka. Letak karekter yang menjadi kegemaran dan kebanggan untuk menarik minat mereka tidur di dalam bilik tersebut. Tak perlu bermewah-mewah, cukup seadanya.

3. SEDIAKAN KATIL YANG SESUAI
Tak perlu beli katil khas untuk saiz kanak-kanak kerana ia hanya tidak boelh digunakan dalam tempoh yang lama (melainkan anda orang kaya) Jika satu bilik perlu dikongsi, sediakan 2 katil single atau bujang. Jadi, setiap orang akan mempuinyai kati dan privasi sendiri

4. SEDIAKAN TEMPAT SIMPAN PERMAIANAN
Bagi memastikan bilik anak anda sentiasa kemas dan tersusun, sedikan rak dan bekas untuk simpan maianan. Pastikan anak anda bermain dalam bilik tersebut sahaja. Jadi, kalau bersepah pun hanya di dalam bilik. Selesai bermain, arahkan mereka terus kemas untuk memastikan bilik sentiasa bersih
5. SEDIAKAN KEPERLUAN MEMBANCUH SUSU
Bagi anak-anak yang masih menyusu, ssediakan keperluan menyusu seperti air panas dan sebagainya di dalam bilik mereka. Ia memudahkan kerja anda apabila mereka terjaga dari tidur

6. PASANG LAMPU TIDUR
Ungtuk peringkat awal, pasang lampu tidur yang malap di dalam bilik anak anda ketika mereka tidur. Risau mereka takut nanti bila terlalu gelap terutamanya jika terjaga di tengah malam.

7. PERSIAPAN SEBELUM BERADU
Pastikan anak anda tidur dengan selamat dan nyenyak. Untuk memasikan perkara tersebut, arahkan mereka untuk buang air siap-siap dan pastikan kondisi anak dan tempat tidur selesa

8. TEMAN ANAK TIDUR
Peringkat awal memang susah. Hal ini lebih kepada sifat takut tidur di bilik sendiri. Oleh itu, mak atau ayah amak gilirian bersilih ganti temankan anak anda di dalam bilik sehingga mereka betul-betul lena. Lama-kelamanaan mereka biasa

9. TINJAUAN SEKALI-SEKALA
Walaupun mereka dah tidur nyenya, sekalai-sekali sekala mak ayah cuba tinjau keadaan mereka tidur terutamanya di tengah malam.

10. SABAR DAN BERTABAH
Bukan mudah untuk membiasakan anak-anak untuk tidur di dalam bilik. Mak dan ayah layankan je dulu. Anak kecil ni bukan mudah menerima sesuatu yang baru dalan kehidupan mereka.