Vinyl floor ni memang tengah in. Almaklumlah, lantai ni boleh pasang sendir dan tak perlu upah kontraktor kan. Nak tahu cara pemasangan lantai vinyl yang boleh menjimatkan poket anda [klik sini]  Tapi, ramai yang tak tahu penjagaan lantai Vinyl ni. Kalua tak pandai jaga, bukan setakat mudah tercabut malah warna cepat pudar kalau guna kaedah atau sabun yang tak sesuai. Berikut adalah cara penjagaan lantai vinyl:

1. Jangan guna steam cleaner atau mop yang basah untuk membersihkan lantai vinyl anda. Ia akan menyebabkan permukaan kemasan mudah tertanggal dan rosak

2. Segera bersihkan kotoran yang terkena pada permukaan lantai vinyl. Jika dibiarkan lama, bukan sekadar kotoran sukar dibersihkan, silap-silap rongga lantai vinyl menyerap terus, gunakan kain lembut yang lembap untuk membersihkan kotoran pada lantai

3. Untuk kotoran degil seperti minyak, cat, makers, lipstick, dakwat dan sebagainya gunakan nail polish remover Bersama kain putih yang lembut. Kemudian, lapkan dengan tuala lembap

Ads

4. Gunakan penyapu jenis lembut atau vacuum dengan berus yang lembut secara kerap untuk membersihkan habuk yang melekat pada celah-celah penal vinyl. Jangan gunakan berus yang kasar kerana ia akan mencalarkan permukaan vinyl anda10 Tip Penjagaan Lantai Vinyl Yang Wajib Anda Lakukan Kalau Nak Tahan Lama

5. Gunakan sabun pencuci yang dikhaskan untuk kegunaan lantai laminate. Atau gunakan sahaja air bersih. Elak gunakan pencuci yang mempunyai peluntur

6. Jangan cuci atau lap lantai vinyl dengan produk yang mempunyai sabun kerana ia akan menyebabkan permukaan vinyl kelihatan kusam, melengkung tercabut dan sebagainya

Ads

7. Elak menggunakan berus, kain atau penyapu yang mempunyai jalinan metal seperti steel wool kerana ia akan menyebabkan permukaan vinyla bercalar halus dan lama-kelamaan ia kelihatan kusam10 Tip Penjagaan Lantai Vinyl Yang Wajib Anda Lakukan Kalau Nak Tahan Lama

8. Jagan gunakan sebarang peralatan atau perkakas untuk mengilatkan lantai pada permukaan vinyl

Ads

9. Untuk permukaan yang terkan lilin atau gula getah yang melekat dan sukar untuk ditanggalkan, ambil beberapa ketul ais dan sapukan pada permukaan yang terka. Bila lilin atau gula getah tersebut telah keras sepenuhnya, kikis dengan menggunkan sekera plastik yang digunkan untuk baking dan kikis perlahan-lahan

10. Jangan heret atau tolak barang yang berat di atas permukaan vinyl, ia akan menyebabkan permukaan lantai calar dan strukturnya rosak

10 Tip Penjagaan Lantai Vinyl Yang Wajib Anda Lakukan Kalau Nak Tahan Lama

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI