Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak.
Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa panjang.
Ads
Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
Ads
Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
Ads
Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi mereka yang menduduki kediaman jenis apartment atau kondominium memiliki saiz keluasan ruang dalaman rumah yang lebih kecil dan terhad berbanding mereka yang mendiami rumah jenis teres, banglo dan sebagainya.
Memiliki sebuah kediaman dengan keluasan ruang yang sangat terhad antara salah satu masalah yang perlu dihadapi oleh pemilik kediaman untuk membuat pemilihan dari segi konsep dekorasi ruang dalaman yang bersesuaian serta susunan perabot yang betul.
Ini kerana, jika anda tersalah langkah dalam membuat pemilihan tersebut, saiz keluasan ruang dalam kediaman yang tersedia akan semakin bertambah sempit dan banyak ruang telah dibazirkan begitu sahaja. Alangkah baiknya semua ruang yang ada dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, betul tak?
Jika anda ingin mahukan ruang dalaman rumah tampak yang lebih luas, ada pelbagai tip yang boleh anda pelajari dan lakukan. Antaranya, anda disarankan untuk memilih dekorasi berkonsepkan Moden Nordic sebagai pilihan.
Untuk pengetahuan anda, konsep Moden Nordic ini mengetengahkan tema warna yang cerah seperti putih, coklat terang dan kelabu. Pemilihan warna cerah seperti ini boleh memberikan impak terhadap ruang dalaman kediaman yang kecil tampak lebih luas.
Bagi menyempurnakan dekorasi yang berkonsepkan Moden Nordic ini, pemilihan jenis perabot yang didatangkan dengan rekaan yang lebih moden dan terkini pasti akan dapat menjimatkan ruang dalaman kediaman anda.
Selain itu, konsep Moden Nordic ini juga boleh menyerikan lagi dekorasi kediaman anda dengan penambahan elemen alam semula jadi seperti corak kayu-kayuan asli, batu marble dan sebagainya.
Jadi, diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak boleh memberi input serta membantu untuk menyelesaikan masalah anda yang memiliki saiz keluasan ruang dalaman kediaman yang terhad. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sebenarnya ruangan pejabat juga salah satu tempat yang akan naikkan seri rumah kalau pandai hias.
Mencipta Ruang Pejabat di Rumah: Panduan Asas
Dalam era kerja dari rumah yang semakin popular, mempunyai sebuah ruang pejabat yang kondusif di rumah menjadi keperluan bagi banyak individu. Berikut adalah panduan asas untuk mencipta ruang pejabat di rumah yang bukan sahaja fungsional tetapi juga menggalakkan produktiviti dan keselesaan.
1. Memilih Lokasi
Pemilihan lokasi adalah langkah pertama dan paling penting dalam mencipta ruang pejabat di rumah. Pilih lokasi yang jauh dari kebisingan dan gangguan rumah tangga. Ruang yang menghadap ke taman atau dengan pemandangan yang menenangkan boleh membantu menambah fokus dan mengurangkan stres.
2. Warna Dinding
Warna memainkan peranan penting dalam menentukan suasana ruang kerja. Warna seperti biru lembut dan hijau pucat dikenali dapat menenangkan minda dan meningkatkan tumpuan. Elakkan warna yang terlalu terang atau gelap yang boleh menyebabkan keletihan mata.
3. Perabot yang Sesuai
Pilih meja dan kerusi yang ergonomik untuk keselesaan maksimum, terutamanya jika anda menghabiskan banyak waktu di ruang pejabat. Meja harus mempunyai ruang yang cukup untuk komputer, dokumen, dan peralatan pejabat lainnya. Kerusi harus menyokong baik untuk belakang dan boleh laras ketinggian.
4. Pencahayaan yang Baik
Pencahayaan yang baik adalah kritikal untuk mengelakkan keletihan mata dan menjaga tahap tenaga anda. Jika mungkin, susun meja kerja anda dekat dengan sumber cahaya semula jadi. Tambahan lampu meja atau lampu berdiri juga penting untuk memastikan pencahayaan yang cukup pada waktu malam atau dalam keadaan kurang cahaya.
5. Penyimpanan yang Efektif
Ruang pejabat yang teratur akan membantu memudahkan akses kepada dokumen dan peralatan pejabat yang diperlukan. Gunakan rak, kabinet, dan penyusun dokumen untuk memastikan segala sesuatu di tempatnya dan mudah diakses.
6. Dekorasi Personal
Menambah sentuhan peribadi seperti foto keluarga, tumbuhan, atau koleksi buku kegemaran boleh membuat ruang kerja lebih menarik dan menyenangkan. Ini tidak hanya mempercantik ruangan, tetapi juga membuat anda merasa lebih selesa dan santai.
7. Pemisahan Ruang
Jika mungkin, pisahkan ruang pejabat dari kawasan lain di rumah anda untuk mengelakkan gangguan. Ini membantu menetapkan sempadan yang jelas antara ‘waktu kerja’ dan ‘waktu rumah’, yang penting untuk keseimbangan kerja-hidup.
Mencipta ruang pejabat di rumah yang efektif memerlukan perancangan dan pertimbangan. Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh mengatur ruang yang bukan hanya fungsional tetapi juga menyokong keperluan kerja dan kesejahteraan anda secara keseluruhan.
Atau ikut idea Puan Hani Mynis ini, yang penting fokus barang yang perlu sahaja.
Hiasan Ruangan Pejabat Di Rumah
Welcome to my favorite month of the year! Hani suka awal bulan sebab masa nilah hani buat kebanyakan planning hani, seperti planning menu bulanan, projek kemas rumah, buat belanjawan bulanan, senaraikan to-do dan appointment setiap bulan. So this is where all the “magic” happens.
Pilihan Tempat, Dan Warna Dinding
Ini beberapa cadangan untuk mengadakan home office di rumah.
Pilih tempat atau ruang yang dekat dengan cahaya matahari seperti tingkap sebolehnya.
Ada pengudaraan yang bagus. Warna dinding yang menenangkan. Ada meja paling asas pun tak apa. Tak perlu mahal-mahal.
Kerusi yang selesa. Selesa itu bergantung kepada individu.
Ada ruang penstoran yang bagus. Maksudnya ada almari/laci/rak/para.
Akhir sekali, personalised ruang tersebut dengan dekor yang melambangkan diri kita.
Sebab kita nak duduk buat kerja disitu, so kena pastikan kita gembira dengan ruangan tersebut. Kita tak nak rasa boringnya ruang tersebut sampai kita sendiri tak terinspirasi untuk buat kerja disitu.
Sebagai panduan, ini senarai semak barang yang “wajib” ada di pejabat rumah sebagai rujukan.
Jam (tak kisah lah jam meja atau jam dinding)
Inspiration board (ini kedua penting paling ada), letakkan kata-kata motivasi atau gambar “big why” kita.
White board/dry erase board
Pokok hijau (sama ada pokok hidup atau artificial, pokok hidup lagi ok)
Lampu meja
Kalendar (hani suka kalendar “kuda” haha, tapi yang hani punya ni takde ada kuda ada masa solat , even better!)
Set asas alat tulis. Diletakkan paling mudah dicapai.
Kalkulator
Sistem inbox @ outbox untuk uruskan kertas “keluar masuk”
Segala planner (termasuk planner 2019, home dan business binder)
Sistem perfailan sistematik
Elektronik tambahan : laptop@komputer, printer, laminator, dll
Personalised decor items.
Boleh tengok gambar untuk idea penstoran dalam home office hani. Macam biasa kebanyakan barang penstoran datangnya dari Eco.
DIY ‘hallway’ ala hotel, nampak macam mahal tapi mampu milik. Bagi yang berkemampuan, tentu tiada masalah. Boleh sahaja upah untuk mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.
Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai bajet yang sedikit terhad namun masih ingin ‘mencantikkan’ kediaman mengikut cita rasa yang diinginkan, anda boleh sahaja membuat sendiri. Hanya beli barang-barang yang diperlukan dan kemudian anda bolehlah mula berkarya.
Berikut perkongsian Nika Shamsudin Moga ia bermanfaat untuk semua.
Hasil DIY hallway ala hotel. Semua buat sendiri dengan husband. Nampak macam mahal tapi mampu milik. Kita transform jadi mewah.
Saya tukang design, cari idea, measuring, cari barang, buat kira-kira dan tukang pasang. Suami potong kayu dan cat. Sepakat membawa berkat. (Semua deko di dinding hasil kami bertukang berdua).
Tak sangka deko bajet DIY tapi “Luxury Look” dapat perhatian ramai. Ramai tanya wall art frame (4 biji frame) tu beli kat mana? Saya tak beli. Semua saya buat sendiri. Cantik memang cantik tapi makan masa yang lama nak siapkan 1 frame tu. 5-7 hari baru siap. Tahap kesabaran kena tinggi tapi hasilnya boleh tidur sambil berguling.
Tip:
*Nak nampak rumah mewah, guna lampu yang betul. Pencahayaan yang baik sangat penting untuk naikkan seri dekorasi rumah. Rancang dengan baik pencahayaan. Tak semestinya mahal baru mewah. Mulakan dengan lampu/pencahayaan.
*Lampu di rumah saya semuanya kombinasi di antara lampu Warm White dan Cool White untuk nampak mewah dan kena pada color scheme dan tema Modern Minimalist.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.