Kasihnya anak kepada kedua ibu bapanya, dizahirkan dengan membina kediaman baharu buat mereka.
11 Beradik Sepakat Sumbang Duit Bina Rumah Untuk Ibu Bapa
Kisah mengagumkan sebelas adik-beradik dari Kampung Chasi Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan yang sepakat mengumpul dana untuk membina rumah baru untuk orang tua mereka telah menjadi perhatian ramai.
Mohd Tarmize Ramly, anak keenam kepada pasangan Ramly Yaacob, 67, dan Rohani Mat Zain, 58, telah memuat naik cerita ini melalui akaun TikToknya, @Mize Aida.
Malah, video tersebut telah menarik perhatian netizen dan setakat ini, ia telah ditonton lebih dari lima juta kali.
Muat Naik Video Tanda Mengingati Ayah
Mohd Tarmize berkongsi bahwa dia memuat naik video tersebut sebagai satu cara untuk mengingati ayahnya yang meninggal dunia akibat strok tidak lama selepas mereka pindah ke rumah baru tersebut.
Ayahnya meninggal pada April tahun lalu. Dalam kekosongan yang dirasai selepas pemergian ayahnya, dia mencuba untuk membuat video yang memaparkan kenangan bersama ayahnya di rumah baru tersebut dan membagikannya di TikTok.
Ads
Sumbang Ikut Kemampuan
Idea untuk memberikan rumah baru kepada orang tua mereka diilhamkan oleh adiknya, Mohd Aizat, yang berusia 32 tahun dan merupakan anak ketujuh dalam keluarga tersebut. Dari 14 adik-beradik, 11 yang sudah bekerja menyumbang tanpa had tetap, berdasarkan kemampuan masing-masing dengan anggaran kos awal sebanyak RM140,000.
Rancangan asal adalah untuk membina tiga bilik, namun, atas cadangan kontraktor untuk keselesaan, jumlah bilik ditingkatkan menjadi enam dan dapur diperbesar, sehingga kos akhirnya meningkat menjadi RM250,000.
Setuju Tak Tuntut Hak Rumah
Mohd Tarmize, yang bekerja di Pos Malaysia Berhad di cawangan Petaling Jaya, Selangor, menjelaskan bahawa rumah baru itu dibina di atas tanah milik ibunya dan bersebelahan dengan rumah asal mereka.
Dia dan adik-beradiknya telah bersetuju untuk tidak menuntut hak atas rumah itu dan menjadikannya sebagai tempat berkumpul keluarga semasa hari raya, yang lebih selesa berbanding rumah lama yang kini disewakan.
Ads
Selain itu, mereka juga sepakat memberikan sebuah kereta Perodua Axia untuk kegunaan arwah ayah untuk menghantar dan menjemput tiga adik mereka yang masih bersekolah.
Ini adalah cara mereka untuk menghargai pengorbanan ibu dan ayah mereka yang dahulu bekerja keras menoreh getah untuk membesarkan mereka 14 adik beradik.
IMPIANA : Moga kisah adik beradik ini menjadi inspirasi anda di luar sana agar lebih menghargai ibu bapa masing-masing.
Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Wawa Zainal telah menghadiahkan sebuah rumah teres setingkat di tanah Semenanjung Malaysia khas buat ibu tercintanya yang sebelum ini menetap di negeri Sabah.
Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin telah berkongsi khabar gembira itu dengan memuat naik satu rakaman video menerusi akaun laman media sosial TikTok milikya, pada Rabu.
Menerusi rakaman video tersebut, Wawa yang juga isteri kepada pelakon terkenal Aeril Zafrel turut berkongsi tranformasi ubah suai sebelum dan selepas kediaman tersebut.
Apabila melihat hasilnya ternyata daripada sebuah rumah lama yang dahulunya kelihatan seperti rumah biasa, namun kini selepas pengubahsuaian dilakukan kediaman tersebut tampak sangat menakjubkan. Mari kita lihat bersama hasilnya.
SEBELUM
SELEPAS
Melihat dari segi dekorasi ruangan dalaman rumah ini, kelihatan telah menampilkan konsep moden Inggeris sebagai pilihan dengan bertemakan rona kelabu dan coklat terang.
Difahamkan, hasil transformasi dekorasi kediaman ini telah dilakukan sepenuhnya oleh pakar pereka hiasan dalaman, AQI STUDIO. Manakala, bagi pengubahsuaian rumah pula oleh daripada khidmat arkitet, AQI DESIGN.
Foto: TikTok Wawa Zainal
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Wanita, pakaian yang paling kerap perlu diganti adalah pakaian dalam seperti bra dan seluar dalam. Namun, pakaian dalam tidak seperti baju dan seluar yang mempunyai tempoh hayat lama. Pakaian dalam terutamanya bra, jangka hayat ideal pakaian dalam adalah 12 bulan. Ia bertujuan menjamin tekstur pakaian dalam tidak mengundang ancaman bukan sahaja iritasi malah gangguan kesihatan lain.
Dah tukar, mesti nak buang kan? takkan pakaian dalam nak disedekah kepada orang pula. Tapi, boleh tak kita buang pakaian dalam terus di dalam tong sampah? Pakaian dalam antara bahan yang lambat mereput. Tambahan, khuatir jika dijumpai orang jika dibuang begitu sahaja.
1) Gunting pakaian dalam anda sekecil-kecilnya. Hingga kalau ada orang yang menjumpainya, mereka tak mungkin dapat menyambung kembali pakaian dalam tersebut. Keluarkan besi, span, gunting renda dan segalanya. Racik-racik
2) Masukkan perca pakaian dalam ke beberapa plastik sampah yang berbeza. Ini untuk mengurangkan kemungkinan untuk orang menemui satu set lengkap pakaian dalam anda yang sudah diracik kecil.
3) Buang plastik sampah ke tempat yang disediakan. Dan berdoa agar pakaian dalam tue dilupuskan dengan baik. Jauhi dari anasir yang mahu berbuat jahat. Insya Allah, selamat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Melihat pada luaran apartmen yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur ini hanya boleh disimpulkan sebagai sebuah pangsapuri kos rendah yang mempunyai hiasan dalam yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Namun begitu, kebijaksanaan si pemilik rumah berjaya mendekorasikan unit apartmen ini berubah menjadi seperti sebuah kondominium mewah tanpa perlu melakukan pengubahsuaian yang besar. Tampil dengan konsep moden kontemporari berona monokrom menyerlahkan lagi gaya glamor dan elegan pada setiap ruang. Semoga paparan perkongsian idea-idea menarik ini boleh dijadikan inspirasi buat anda.
Semasa unit apartmen yang berkeluasan 800 kaki persegi ini dibeli, ia hanya sebuah kediaman yang kosong. Sedikit demi sedikit, si pemilik kediaman berusaha untuk mengubah gaya hiasan dalaman apartmen miliknya. Bermula dengan menukar lantai tiles dan siling plaster, selebihnya lebih memberi fokus pada pemilihan perabot, cat dinding dan susun atur. Kesemua kos membaik pulih dan harga perabot tidak melebihi RM10,000.
Bukan hanya daripada segi konsep dan idea, pemilik kediaman yang merupakan seorang wanita ini juga melakukan sendiri kerja-kerja seperti mengecat dinding dan pintu, memasang kertas dinding dan hiasan pada dinding semuanya hasil usahanya sendiri. Ini termasuk dinding jalur hitam putih yang berada di sudut ruang tamu. Jangan anggap wanita tidak mampu untuk melakukan kerja-kerja rumah ya kerana pemilik ini sendiri sudah berjaya membuktikannya. Hasilnya, memang superb!
Pemilihan warna hitam dan putih secara tidak langsung mencipta ilusi luas pada ruang yang sebenarnya sempit dan terhad. Ditambah pula dengan penggunaan cermin menjadikan ruang tampil begitu sempurna.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.