Bukan hanya sekadar ruang untuk memasak dan makan, dapur juga adalah tempat dimana kita berkumpul bersama ahli keluarga dan para tetamu sambil mengeratkan silaturrahim. Jadi, sama ada anda memilih untuk membuat perubahan total, ataupun hanya renovasi kecil dengan mengemaskini ruangan ini, pertimbangkanlah segala hal sebelum memulakan proses tersebut. Dapatkan inspirasi dan arah yang jelas agar dapur anda lebih praktikal tetapi tetap menarik dan selesa.
1. Binakan laluan yang luas dan lebar. Laluan di dapur yang hendaklah sekurang-kurangnya 36 inci lebar. Tetapi laluan dalam zon memasak seharusnya 42 inci lebar untuk satu dapur dan 48 inci lebar untuk konfigurasi dua dapur.
2. Untuk reka bentuk dapur yang mesra kanak-kanak, letakkan dapur gas jauh daripada capaian mereka. Ini adalah untuk memastikan keselamatan anak-anak dan kesejahteraan ruang dapur.
3. Pastikan peti sejuk mudah diakses oleh kedua-dua orang yang lalu lalang dan orang yang sedang menyediakan atau memasak makanan. Bukaaan pintu peti sejuk juga perlu diambil kira, jadi ukur dahulu ruang meletak peti sejuk sebelum membeli.
Ads
4. Untuk kabinet yang berfungsi dengan baik dan sepenuhnya, rancang ruang bukaan setiap pintunya. Kita tidak mahu pintu kabinet berlanggar antara satu sama yang lain jika ada keperluan untuk dibuka pada waktu yang sama.
5. Tentukan fungsi kaunter pulau anda. Reka bentuk kaunter pulau yang baik adalah yang mempunyai keluasan permukaan yang mencukupi. Jika anda mahu letakkan dapur memasak di kaunter pulau, pastikan ia terpisah dengan ruangan untuk menyimpan dan makan.
6. Apabila merancang reka bentuk dapur, pastikan anda mempunyai ruang permukaan kaunter sekurang-kurangnya sepanjang 15 inci pada setiap sisi peti sejuk, dapur memasak serta di sebelah ketuhar gelombang mikro.
Ads
7. Pertimbangkan luas, material dan ketinggian permukaan kaunter. Bergantung pada kesesuaian penggunaan anda, keluasan permukaan kaunter seorang chef yang suka memasak mungkin berbeza dengan orang yang kurang memasak.
8. Material permukaan kaunter juga perlu dipilih dengan cermat. Jangan terlalu tergesa-gesa memilih sebelum anda tentukan cara penggunaan dan konsep dapur masing-masing.
Ads
9. Kaunter yang ergonomik dibina bagi menjanjikan persekitaran dapur yang lebih produktif, efisyen dan selesa. Dengan menggabungkan reka bentuk yang ergonomik dengan perancangan yang berhati-hati, pekerjaan di dapur akan terlihat mudah dan menyeronokkan.
10. Pasang beberapa plug elektrik di sepanjang backsplash dan di kaunter pulau agar mudah untuk anda gunakannya jika diperlukan.
11. Amalkan konsep 3R ; Reduse, Reuse, Recycle. Disamping dapat membantu alam sekitar, amalan ini juga dapat membantu dapur anda untuk sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kabinet dapur biarlah binaannya praktikal. Ramai suri rumah yang sudahpun mempunyai gambaran bagaimana reka bentuk dapur idaman mereka sebelum seorang tukang kabinet datang menunjukkan design pada mereka.
Bagaimana pula dengan layout kabinet dapur? Ramai ke yang tahu layout yang bagaimanakah yang mereka mahukan untuk dapur mereka? Perlu difahami bahawa design untuk kabinet dapur yang dipilih mestilah sesuai dengan keluasan dan ruang pada sudut dapur.
Dikongsikan tip layout untuk membina kabinet dapur. Tip ini bagi membantu mereka yang sedang merancang untuk membuat kabinet dapursupaya tidak tersalah membuat kabinet dapur. Semoga bermanfaat.
TIP UNTUK LAYOUT KABINET DAPUR YANG BETUL DAN PALING IDEAL
Kita selalunya teruja membeli belah apabila bercuti di luar negara. Bagi yang pergi sendiri, sudah pasti ingin membelikan sesuatu yang istimewa buat isteri. Tidak dinafikan ramai yang ingin membawa pulang barangan dekorasi dari negara terbabit seperti pinggan mangkuk, permaidani, alas meja dan pelbagai lagi. Apalah agaknya yang sesuai dibeli? Namun bagi yang pergi berkumpulan adakala keterujaan itu boleh menyusahkan kita jika gagal merancang. IMPIANA mencari idea barangan kediaman yang sesuai untuk dijadikan cenderamata buat isteri dan tip bagaimana membeli belah dengan bijak sewaktu bercuti buat semua.
Bertanya pada yang pakar
Bila membeli belah di sebuah negara yang besar seperti China, kita sewajarnya sudah mengenal pasti lokasi yang sesuai dengan bajet . Jangan sesekali lupa akan pengangkutan ke destinasi tersebut. Ini bermakna jika mahu membeli untuk diri sendiri bukan niat untuk berniaga, fikirkanlah siapa yang bakal mengangkat barangan tersebut dan adakah mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran sebagainya.
Kenal pasti kualiti
Jangan tertipu dengan barangan cetak rompak terutama di kalangan peminat antik. Kini banyak pengusaha menyediakan produk yang hampir serupa dan payah untuk kita melihat dengan mata kasar. Lihat dengan betul dan jangan malu bertanya tentang surat pengesahan atau sijil. Selalunya kedai yang menyediakan barangan seumpama ini mempunyai surat khas yang menyatakan kualiti atau latar belakang produk yang ditawarkan.
Kriteria produk
Orang yang ke luar negara dan membeli belah barangan keperluan rumah merupakan orang yang gigih. Anda perlu ada semangat waja mengangkut segala macam yang anda beli. Biar pun bukan di luar negara. Cukuplah di dalam negara seperti di Langkawi. Jika anda membeli belah seperti pinggan mangkuk di sana, pastikan ada yang membantu atau beg yang lain tidak seberat mana. Jika boleh cukup sebuah beg dan tangan yang lain membawa produk yang anda beli naik turun feri atau pesawat. Jadi rancang percutian dan beli belah anda!
Kecemasan!
Adakala kita bagaikan kena rasuk apabila membeli belah. Nak pula di kawasan murah dan adanya pula jualan murah. Itulah yang menjadikan kita terlebih beli dan pada masa yang sama mahu mengelakkan diri dari terpaksa membayar berat kargo lebihan yang dikenakan, cuba pakat dengan rakan-rakan yang kurang 40 kilogram (berdasarkan polisi syarikat penerbangan tertentu). Jika tidak bersedia untuk membayar apa yang dikenakan.
Jika mahu membawa masuk ke dalam kapal terbang ( di tempat duduk) berat tidak boleh melebihi 7 kg dan beg seeloknya berukuran 56cm x 36cm x 23cm dan 40cm x 30cm x 10cm bagi beg yang lebih kecil. Jikalau terlebih dari apa yang ditetapkan, bersedia untuk membayar yuran bagasi.
Bagi tahu Ground Staff penerbangan akan kargo anda yang anda membawa barangan mudah pecah. Mereka akan membalut dan menampal pelekat simbol mudah pecah bagi memastikan segala barang selamat tiba ke destinasi. Bubble wrap sememangnya sangat perlu bagi memastikan produk anda di bungkus dengan rapi.
Anda boleh meminta ganti rugi pada syarikat penerbangan jika beg anda ditebuk, dibuka atau di koyak kan. Itu pun jika anda membeli insuran untuk beg anda.
Jika anda mahu pihak premis menghantar perabot tempahannya ke kediaman terus, pastikan reputasi premis bagi mengelakkan dari ditipu. Barang yang dihantar, tidak sama kualitinya dengan yang ditempah. Pastikan ada pengurus yang boleh dihubungi dan ada polisi tukar ganti.
Awas!
Pelajari nilai mata wang asing anda. Apatah lagi jenis yang banyak angka kosong atau butiran nombornya agak besar. Adakala kita sesat dalam pertukaran mata wang asing ini jika tidak ambil tahu dan mata wang kita berubah nilai. Jadi jangan segan meminjam kalkulator.
Jangan terpedaya dengan kos penghantaran mahal dan boleh mencecah 30 % daripada kos barang. Kadang-kadang memang ada perabot tersebut boleh dibeli di Malaysia
Terbeli produk daripada orang tengah
Contohnya lukisan yang berada di Indonesia sebahagiannya adalah lukisan dari China. Mungkin ada yang beranggapan ia merupakan barang yang ada nilai seni setempat yang tinggi rupanya barang dari China.
Senarai Oh senarai!
Jangan sesekali lupa diri dalam berbelanja. Pastikan anda membeli apa yang disenaraikan dahulu terutama yang melibatkan produk besar seperti lampu candelier. Adakala kita rambang mata dengan dengan tawaran jualan murah yang begitu menggoda. Sudahnya yang disenaraikan tidak terbeli, yang tidak perlu pula yang memenuhi bagasi anda. Dahulukan apa yang penting!
ISTIMEWA EDISI TRAVEL
Apa yang menarik dalam IMPIANA istimewa edisi travel ini ialah dekorasi, idea, tip, gaya, koleksi perabot dan pelbagai aksesori yang begitu cantik dan indah buat tatapan anda.
Kita selalu anggap sofa bed ni untuk rumah bujang. Atau kita anggap untuk bilik tidur atau perabot yang tak sesuai untuk diri kita. Jika anda mendiami kediaman agam atau banglo mungkin lah tak memerlukan. Bagaimana pula jika anda mendiami kediaman flat, apartmen atau kondo?
Dah gitu, kita berkongsi ruang dengan 3,4 orang adik beradik, kita pula suka tengok tv sampai terlelap di ruang tamu atau orang tua / sepupu kita suka lepak kat rumah dan adakala bermalam di rumah kita. Jadi bagaimana solusi kita untuk menyediakan tempa tidur buat mereka? Anda yang membantu, day bed.
Day bed memanglah direka untuk kita tidur time siang tetapi kini rekaannya sudah pelbagai. Kita boleh jadikan ia sebagai sofa utama bagi tempat duduk, tempat tidur jika perlu dan di sesetengah kediaman /kafe dijadikan tempat duduk utama ruang makan. Ia juga ada didatangkan dalam bentuk dwi bentuk iaitu ia boleh dibuka menjadi katil dan dilipat kembali menjadi sofa yang cantik. Jadi anda sudah jimat ruang dan wang di situ.
Malah ia juga boleh kita tempatkan di dalam bilik membaca, ruang keluarga, ruang tamu, dan ada juga rekaan ala kedesaan yang boleh ditempatkan pada pinggir pintu masuk. Jadi jangan pandang ringan pada kepentiingan day bed. Ia mungkin menjadi perabot pilihan mu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.