Perabot laman, mahal macam mana pun, dengan iklim malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun akan menyababkan ia cepat pudar dan kusam. Jadi, untuk memastika perabot taman anda sentiasa kelihatan cantik dan tidak rosak tidak kira lah sama ada kayu, metal ataupun plastik, penjagaan dari peringkat awal perlu dilakukan.

Ini Cara WAJIB Penjagaan Perabot Laman Kalau Nak Tahan Lama

Salah satu cara penjagaan yang perlu dilakukan terutamany bagi perabot kayu dan metal laman adalah dengan menyediakan lapisan pelindungan. Lapisan pelindungan yang dimaksudkan adalah cat, syelek dan varnish. Untuk menyediakan permukaan pelindung ini bukan boleh pakai sapu sahaja. Ada beberapa perkara yang perlu shabat laman perincikan untuk mendapatkan hasil yang berkualiti

1. NILAI KONDISI PERABOT ANDA
Perhati dan nilai perabot taman anda terlebih dahulu. Jika terdapat sebrang kerosakkan struktur, sila baiki terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja mengecat11 Tip Mudah Cat Perabot Taman Untuk Hasil Yang Berkualiti

2. HILANGKAN KARAT
Jika perabot taman anda dari metal, pastikan bahagian yang berkarat dibersihkan terlebih dahulu. Anda boleh gunakan kertas pasir. Ia bagi mengatasi masalah karat terus berlaku di bawah lapisan pelindung. Ia akan lebih menjejas dan merosakkan perabot taman

Ads

3. BUANG LAPISAN CAT LAMA
Untuk memastikan lapisan pelindung yang baru menyerap terus ke dalam kayu dan menjalankan tugas-tugas melindungi perabot taman dengan baik, pastikan lapisan lama dibuang terlebih dahu. Gunakan kertas pasir atau scrap untuk menanggalkan lapisan cat lama 11 Tip Mudah Cat Perabot Taman Untuk Hasil Yang Berkualiti

4. SAPU LAPISAN PRIME BERKUALITI
Untuk dapatkan hasil yang memuaskan, sapu lapisan prime yang dikhaskan untuk permukaan kayu dan metal. Lapisan prime ini mudahkan tugas mengecat anda untuk lapisan berwarna. Ia akan menyerlahkan lagi lapisan warna yang bakal disapu.

5. GUNAKAN PERALATAN YANG BETUL
Untuk mengecat perabot laman, berus atau roller kecil adalah terbaik. Jika terdapat kotoran atau cat mengeras pada permukaan brus anda, bersihkan dengan thinner. Berus dan roller kecil dapat memastikan setiap ruang dapat dia lis dengan baik, sempurna dan terkawal. Tambahan, bahagian celah yang sukar pun boleh dicapai

Ads

6. PILIHAN CAT
Tidak kiralah anda mengecat permukaan kayu atau metal, kemasan jenis kilat, matte dan sebagainya tidak menjadi masalah. Yang penting, cat yang dipilih dikhaskan untuk penggunan kayu atau metal outdoor

7. PILIHAN WARNA
Selesai menentukan ciri-ciri cat yang diperlukan, tibalah masa nemilih warna. Langkah mudah memilih warna cat sesuai untuk perabot anda adalah dengan melihat warna exterior sedia ada.

11 Tip Mudah Cat Perabot Taman Untuk Hasil Yang Berkualiti

Ads

8. PASTIKAN IKLIM SETEMPAT
Bergantung kepada lokasi anda. Bagi yang tinggal di kawasan berhampiran pantai, anda mungkin memerlukan lapisan perlindungan yang lebih baik. Terdapat cat yang dilengkapi dengan lapisan pelindung ultraviolet. Manakala bagi permukaan metal, pilih cat yang mempunyai bahan anti karat

9. BERAPA LAPISAN CAT DIPERLUKAN?
Kebiasaanya selepas sapuan prime, lapisan cat yang diperlukan 2 kali. Pastikan lapisan pertama telah kering sepenuhnya sebelum lapisan ke-2 di alis. Namun bagi perabot yang tidak mempunyai prime, anda mungkin memerlukan lebih dari 3 lapisan cat

10. ELAK BERSEPAH
Untuk mengecat tanpa menyelerak dan mengotorkan bahagian lain, pastikan bahan yang diperlukan untuk mengecat telah lengkap di ruang kerja anda. Alihkan perabot yang tidak berkaitan dan alas lantai tempat kerja anda dengan plastik atau kertas

11. JANGAN KERINGKAN DIBAWAH TERIK
Ramai nak cepat kering, jadi dibiarkan perabot tersebut terjemur di bawah terik matahari. Salah tu, kadar pengeringgan mendadak boleh menyebabkan cat merekah dan tidak kering dalam kondisi yang ideal. Sebaiknya, lakukan tugas-tugas mengecat di bawah teduhan dan biakan ia kering di situ11 Tip Mudah Cat Perabot Taman Untuk Hasil Yang Berkualiti

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI