11 Tip Penjagaan Untuk Pakaian Tahan Lebih Lama

Share

1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA
Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Sesetengah sabun mencuci pakaian mengandungi bahan yang boleh merosakkan pakaian dan membuatkannya tidak tahan lama.

2. ASINGKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENIS/MATERIAL
Pisahkan pakaian berwarna dengan pakaian putih kerana kemungkinan untuk warna dari blouse merah anda boleh luntur dan melekat pada kemeja putih suami adalah sesuatu yang perlu dirisaukan. Pisahkan juga cucian anda mengikut material kerana terdapat fabrik yang sensitif dan perlu pemerhatian teliti.

Lihat juga : Cara hilangkan kesan luntur pada pakaian

3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT
Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti
tudung atau selendang pula, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar
digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut
daripada pakaian lain.

4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA
Terus jemurkan cucian yang telah siap dibasuh dan dibilas dengan kadar yang segera. Jangan tangguh kerana jika dibiarkan tidak bersidai, pakaian yang basah akan bertahi lalat dan berbau busuk.

5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT
Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau koyak. Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.

6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR
Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh. Oleh itu, terbalikkan terlebih dahulu pakaian sebelum dijemur agar bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.

7.ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN PENYANGKUT
Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini bagi mengelakkan bahagian leher baju menjadi besar dan menggelebeh kerana ketika pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melar.

8. HINDARI PELUNTUR
Jika boleh, elakkan atau kurangkan penggunaan bahan peluntur pada pakaian kerana peluntur seperti clorox mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat. Ia akan menjadikan pakaian budah reput dan tidak tahan lama.

9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH
Pakaian yang berfabrik lembut derta berperincian deperti manik, labuci dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan tangan bagi mengelakkannya daripada rosak.

10. SETERIKA
Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus selepas dicuci dan dijemur. Pastikan juga pakaian diseterika semasa keadaanya betul-betul kering.

11. JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR
Pakai baju tidur sahaja semasa tidur untuk mengelakkan peluh yang keluar ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor dan comot terutamanya di bahagian leher.

Published by
amalina