Pencahayaan bukan sahaja membantu menyerlahkan reka bentuk dalaman, tetapi juga mengubah dan mengundang suasana kepada ruang. Begitu jugalah dengan ruang makan. Pilihan lampu yang sesuai dan menarik mampu membuat ruang makan yang kecil menjadi besar dan ruang yang besar menjadi mewah. Namun harus diingatkan juga, sebelum memilih elemen pencahayaan, perkara penting yang perlu diambil kira ialah mengetahui reka letak dan susun atur terlebih dahulu. Seterusnya barulah anda anda dapat menggabungkan lampu yang bukan sahaja sesuai dengan ruang malah menepati selera dan cara hidup anda. WEB IMPIANA kongsikan dengan anda pilihan lampu gantung yang menarik di ruang makan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Semulajadi Halau Tikus, Guna Kulit Durian Pun Boleh!
Siapa je yang tidak geli dengan tikus? Haiwan perosak yang kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya. Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi, memandangkan jangka hayat tikus adalah lebih panjang berbanding mana-mana haiwan perosak yang lain. Jadi tak hairanlah jika anda lihat tikus dirumah makin hari makin banyak dan makin ligat buat onar.
Dan disebabkan itu jugalah kita perlu cari jalan yang lebih efektif untuk menghapuskan terus haiwan menggelikan ini dari kediaman kita. Ada beberapa cara tradisional yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus dan perangkap tikus. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus-tikus ini?
Berikut ada beberapa bahan yang boleh anda cuba :
Daun Pandan Daun ini bukan sahaja berkesan menghalau serangga malah anda juga boleh gunakan daun pandan untuk menghalau tikus. Bau wangi daun pandan mengandungi bahan kimia beracun buat haiwan perosak ini. Untuk bau yang lebih kuat menyengat, tumbuk daun pandan separa hancur atau letakkan sahaja pada sarang tikus di kediaman anda.
Serai Wangi
Serai mengandungi zat penyembuhan antiseptik yang mampu menghapus kuman dan bakteria selain dapat menghapuskan bau busuk. Bagi anda yang ingin menghalau tikus, semburkan sahaja serai wangi ke tempat yang disyaki menjadi markas mereka dengan kerap. Lama-lama tikus pun tak tahan dengan dan akan terus keluar dari rumah anda.
Kulit Durian
Selain bau durian yang kuat dan menusuk hidung, kulit berduri Raja Buah ini juga akan membuatkan tikus ‘taubat’ nak masuk ke rumah. Anda hanya perlu letakkan potongan kulit durian di tempat yang selalu terlihat tikus. Letak kulit nya saja ya, isi buah anda boleh makan sepuasnya.
Buah Mengkudu
Sifat nuah noni atau buah mengkudu yang antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi menjadikannya sesuai untuk bertindak sebagai racun haiwan. Satu kajian telah dibuat dan didapati serangga seperti ulat yang telah termakan daun yang diaplikasikan dengan zat inseptik mengkudu menjadi pucat dan tidak lalu makan. Mengkudu sangat berkesan melemahkan serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus.
Minyak Daun Pudina
Bau pudina yang seakan ‘berangin’ dan kuat tidak digemari tikus. Jadi salah satu cara lagi untuk anda cuba adalah dengan menyapukan minyak daun pudina pada kawasan tikus berkeliar.
Kapur Barus
Pecahkan kapur barus kemudian letakkan pada tempat persembunyian tikus. Bila dah habis, tambahkan lagi sehingga akhirnya tikus mati dan terhapus. Tetapi anda perlu lebih cermat dengan penggunaan kapur barus kerana ia bukan sahaja bahaya untuk tikus malah, bahan ini juga bahaya untuk manusia jika terdedah dalam jangka masa yang lama.
Jadi inilah antara bahan semulajadi yang berkesan menghalau dan membasmi tikus dirumah. Selamat mencuba!
Baca juga : Cara halau lipan, atasi masalah tahi cicak
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
3 Tip Untuk Bilik Tidur Kekal Sejuk Dan Nyaman Tanpa Air-Cond
Isi Kandungan
ToggleMusim panas ni, air-cond memang on 24 jam lah jawabnya. Nak-nak ketika waktu tidur. Kalau tak on air-con tu nanti, alamatnya, tidur baju basah dek peluh. Tapi, sebenarnya untuk sejuk kan bilik tidur bukan sahaja anda perlu menggunakan air-cond atau kipas. Tapi, ada beberapa perkara lain juga yang turut membantu. Antaranya:
1. Cat dining tidak gelap
Pemilihan wara cat yang gelap terutamanya hitam hanya akan menyebabkan permukaan dinding bilik memerangkap haba. Jadi, sebaiknya gunakan warna-warna yang lembut seperti putih dan tidak terlalu terang contohnya kuning dan oren. Ini kerana rona oren dan kuning adalah rona panas.
Baca juga: Macam Ni cara Kira Size Horsepower Air-Cond Yang Sesuai Dengan Ruang
2. Tutup tingkap dengan langsir
Hampir 30% punca peningkatan suhu paans di adlam sesebuah ruang atau bilik adalah disebabkan oleh pengamatan cahaya matahari yang diterima dari tingkap. Sebaiknya, tutup tingkap dengan langsir jenis tebal atau dim-out terutamanya disiang hari
3. Matikan lampu
Lampu adalah antara sumber yang menyumbang kepada peningkatan suhu di dalam bilik. Sebaiknya, tutup lampu jika tidak digunakan dan ketika tidur untuk mengurangkan kadar kepanasan di dalam bilik
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(GAMBAR) Kerana Terlalu Obses D.I.Y , Lelaki Bujang Ini Kongsi Hasil Deko Yang Memang WOW!
Isi Kandungan
Toggle
Siapalah kita untuk menilai kewajaran seorang pemilik kediaman dalam menentukan hala tuju rekaan dalamannya? Dalam dunia semasa, tiada lagi jurang jelas di antara yang betul dan salah, di antara realiti dan fantasi. Pemilik lebih mengenali siapakah dirinya, identiti di ruang miliknya malah definisi keselesaan buatnya. Unit kediaman bersaiz sederhana dengan personaliti luar biasa ini dimiliki oleh seorang jejaka bekerjaya fashion stylist.
Info kediaman
Nama pemilik: Alex Gun
Lokasi: Sri Kembangan
Jenis kediaman: Townhouse
Konsep: Manhatan loft
Keluasan: 1916 kaki persegi
Spesifikasi: Sebuah ruang tamu, dapur, ruang makan, balkoni, 3 bilik dan 2 bilik air,
Wow! Itulah yang dapat penulis luahkan setelah melangkah kaki ke dalam kediaman ini. Apa yang terus menangkap pandangan penulis adalah penataan yang diserlahkan pada dinding juga item dekorasi ruang tamu kediaman ini. Hiasan dalaman ruang kediaman ini kelihatan begitu cantik dan elegan, namun di sebalik kesempurnaan ini terdapat beberapa rahsia yang Alex akan kongsikan bersama anda.
Sentuhan dekorasi Alex Gun telah membuktikan bahawa kediaman townhouse dua tingkat miliknya ini juga berpotensi untuk tampil eksklusif. Memasuki kediaman penggaya fesyen terkenal ini, jelas kelihatan hasil tangan bijak pemilik yang mengubah keseluruhan dekorasi ruang mengikut karakter yang disukainya.
PENATAAN RUANG YANG BIJAK
Pemilihan konsep kediaman berkarakter monokrom menampilkan warna putih atau putih gading menjadi rona asas menyerlahkan konsep seakan scandinavian pada ruang tamu Alex ini. Tetapi untuk membuatkan ruang ini tampil lebih moden, Alex memilih untuk bermain dengan beberapa rona utama sahaja iaitu seperti hitam dan putih. Mainan warna monokrom sebegitu amat sesuai untuk Alex yang mengutamakan penataan ringkas namun ranggi.
“Setiap ruang ada identiti dan fungsi tersendiri. Apa yang paling utama saya tekankan dalam menghias rumah ini adalah kesesuaian dan keperluan setiap ruang itu biar kena dengan tempatnya”, ujar Alex menerangkan serba sedikit mengenai konsep dekorasinya.
Ruang tamu dilengkapi dengan sofa, dan beberapa ottoman serta bangku berlengan yang telah diberi wajah baru oleh pemilik pada bahagian kakinya. Hiasan dinding kediaman ini juga tampil ringkas tetapi masih mampu menyerlahkan suasana ruang. Alex memilih panel dinding berasaskan wallpaper dengan corak seakan marble dan di tampal pada panel kayu yang direka khas. Antara yang menjadi kesayangan Alex ialah rak serba guna yang dijadikan sebagai dinding pemisah antara ruang tamu dan ruang makan. Alex mendapatkan reka bentuk rak ini di laman web kemudian dia mendapatkan perkhidmatan rakannya untuk menghasilkan rak tersebut.
HIMPUNAN AKSESORI
Sesuatu yang menarik tentang pemilik ialah dia gemar mengumpul aksesori-aksesori kecil seperti pasu, lilin, sarung kusyen, lukisan dan sebagainya. Alex juga bijak memilih aksesori mengikut kumpulan warna dan material. Baginya himpunan daripada warna senada lebih mudah jika mahu digandingkan.
“Dengan koleksi aksesori begini, tidaklah saya merasa jemu dengan hiasan yang sedia ada. Saya boleh menukar rupa interior bila-bila masa dengan sedikit ubah suai pada aksesori tersebut”, ujar Alex yang sememangnya seorang gemar akan aktiviti diy. Seperti kebanyakan aksesori seperti pasu dan lampu meja, Alex mengubah rupa bentuk asal menjadi sesuatu yang lebih menarik.
Dinding rumah tidak dibiarkan kosong. Alex akan membingkaikan gambar kesukaannya dari keratan majalah dan digantung sederet di dinding. Begitulah sentuhan idea kreatif oleh seorang penggaya fasyen. Ada-ada sahaja idea Alex bagi menyerikan kediaman termasuk hiasan pokok-pokok kecil di sudut laman balkoninya. Kamar tidur juga ringkas dan praktikal. Namun pemilihan warna agak berbeza, Alex memilih rona emerald green menghias dinding kamarnya. Impak gelap yang terhasil membuatkan kamar ini kelihatan begitu elegan dan selesa.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI