Kemeriahan sepak mula Piala Dunia 2018 Rusia bermula sejak malam raya 14 Jun 2018 lepas. Kemeriahannya dirasai oleh seluruh penduduk dunia. Rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menyaksikan semua 64 perlawanan secara langsung terus dari bumi Rusia melalui stesen penyiar rasmi tempatan.
Walaupun kemeriahannya lebih bermakna jika disaksikan depan mata, tetapi untuk kita pergi ke sana ianya memerlukan belanja yang tinggi seperti tiket penerbangan, tiket memasuki stadium, dan tempat menginap. Jadi, IMPIANA ingin berkongsi serba sedikit jamuan mata buat pembaca serta pengikut majalah dekorasi nombor 1 di Malaysia tentang keindahan senibina 12 buah stadium rasmi yang digunakan sepanjang acara sukan berprestij ini berlangsung.
Stadium Luzhniki, Moscow
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di perkarangan stadium, pengunjung akan disambut oleh ukiran patung Lenin yang mana ianya diinspirasikan daripada senibina Greek. Stadium ini mendapat sentuhan dari tiga buah firma Arkitek iaitu PA Arena, GMP Architekten dan Mosproject-4. Pada asalnya ia boleh memuatkan seramai 78,000 penonton dan apabila siap secara rasmi pengubahsuainnya, ia boleh menempatkan seramai 81,000 orang. Lokasinya amat strategik kerana terletak betul-betul di tengah pusat perniagaan(CBD) Moscow.
Stadium St Petersbug
Dikenali sebagai stadium yang paling mahal dalam proses renovasi sehingga menelan USD 1 Billion. Ianya juga stadium yang paling canggih dan berteknologi tinggi kerana bumbungnya boleh dibuka dan ditutup jika berlaku hujan. Selain itu, ianya disokong dengan struktur lapan tiang pancang dan berbentuk seakan sebuah kapal angkasa. Ianya berada di bawah selian arkitek dari Jepun, iaitu Kisho Kurokawa.
Fisht Stadium, Sochi
Firma Arkitek Populous bertanggungjawab dalam merangka design pembinaan stadium bersejarah yang pernah menjadi host kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2014. Pada asalnya, stadium ini berkonsepkan tutup bumbung, tetapi diubah pelan khasnya kepada konsep open-air untuk penganjuran Piala Dunia 2018, Russia. Jumlah keseluruhan perbelanjaan menelan sehingga USD 779 Juta ini diilhamkan daripada ukiran telur emas diraja Faberge Egg.
Stadium Yekaterinburg
Ads
Selaku penganjur rasmi edisi Piala Dunia 2018, Rusia mengambil langkah all–out dalam idea senibina stadium dengan merangka pelan yang pada asalnya nampak tidak masuk akal, tetapi end resultnya amat gempak dan memukau mata yang memandang. Jika stadium lain, semua penonton berada dalam stadium, tetapi pelan Stadium Ekaterinburg adalah dengan ‘mengeluarkan’ sedikit penontonnya yang duduk di belakang gol post. Walaupun terdapat banyak idea inovasi yang telah ditambah, itu tidak bermakna sentuhan asal klasikal-facade nya hilang malahan Ianya juga turut disokong dengan besi pancang Neo Klasikal Soviet untuk mengekalkan imej asalnya.
Nizhny Novgorod Stadium
Pelan senibinanya diilhamkan daripada elemen alam semulajadi berikutan lokasi stadium ini terletak di sebelah titik pertemuan dua sungai iaitu Sungai Volga dan Oka. Facade nya kelihatan beralun dan diwarnai dengan rona biru dan putih. Ianya dibina khas untuk penganjuran piala dunia dan menjadi pertemuan kumpulan F di antara pasukan Sweden dan Korea Selatan yang berakhir dengan jaringan sebanyak 1-0.
Stadium Rostov
Satu lagi stadium yang dibina di pinggir sungai adalah Stadium Rostov. Ianya terletak betul-betul sebelah Sungai Don dan mempunyai akses yang mudah untuk pejalan kaki serta penunggang basikal. Ianya dibuka secara rasmi kepada tatapan umum pada bulan April 2018 lepas. Stadium ini turut mendapat sentuhan firma arkitekture terkenal Populous.
Ads
Stadium Samara
Lokasi bandar Samara, Russia terkenal dengan institut kajian aeroangkasa yang dahulunya diterajui oleh Soviet Union. Oleh itu, jika diteliti, senibinanya berbentuk seperti ruang angkasa lepas yang dipenuhi bintang. Selain nama rasminya Stadium Samara, ia turut dikenali sebagai Kosmos Arena. Ianya boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu masa dan menyaksikan pemain AS Roma, Aleksander Kolarov dari Serbia menjaringkan sepakan percuma di separuh masa kedua.
Stadium Mordovia, Saranks
Kota Saranks merupakan bandar yang kurang mendapat sambutan sebelum ini, jadi Stadium Mordovia merupakan crowd–puller dalam usaha kerajaan Rusia untuk membuang tanggapan ‘bandar kurang pengunjung. Salah satu caranya adalah dengan mewarnai stadium ini dengan rona oren, merah dan putih. Ia boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu perlawanan.
Volgograd Stadium
Ads
Warganegara England menyaksikan jaringan cantik oleh Kapten mereka iaitu Harry Kane di Stadium Volgograd dengan jaringan sebanyak dua berbalas 1 dari pasukan Tunisia. Stadium ini dibina di lokasi yang amat strategik iaitu di tebing sungai Volga. Ianya juga turut memuatkan seramai 45,000 penonton. Binaanya berbentuk seakan roda yang berputar mengelilingi stadium.
Spartak Stadium, Moscow
Tema warna putih dan merah mewarnai stadium yang pada asalnya hanya menempatkan seramai 35,000 orang kepada 42,000 penonton. Ianya juga merupakan homeground kepada kelab bolasepak profesional Rusia iaitu Spartak Moscow FC.
Stadium Kaliningrad
Stadium ini berkonsepkan open air kerana struktur binaan bahagian atasnya tidak mempunyai bumbung dan ianya turut dikenali sebagai stadium yang paling mudah untuk dibina dalam jangka masa yang pendek. Ianya berkapisiti seramai 35,000 orang dan ideanya dicedok sedikit dari pembinaan Stadium Allianz Arena, rumah kepada kelab pasukan bola sepak profesional Bayern Munich, di German.
Stadium Kazan Arena
Ianya dibawah seliaan dua firma arkitekture iaitu Populous dan Foster+partners. Mereka juga turut bertanggungjawab membina Stadium Wembley yang terkenal di Kota London. Ia berupaya memuatkan seramai 45,000 penonton dan menjadi lokasi untuk perlawanan penentuan peringkat suku akhir.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Omah Liren yang terletak di Sungai Besar, Selangor dimiliki oleh seorang arkitek yang bernama Arissen bin Sanusi. Menurut beliau, Omah Liren berasal daripada perkataan bahasa Jawa yang membawa maksud rumah rehat.
Omah Liren direkabentuk oleh pemiliknya sendiri. Semasa merekabentuk Omah Liren, Encik Arissen menginginkan sebuah rumah yang simple tapi menepati ciri sebuah keluarga. Beliau mendapat idea dan inspirasi dari pengalaman beliau sekeluarga yang selalu travel ke luar negara. Omah Liren dilengkapi dengan kemudahan private pool, ruang santai yang terbuka dan kemudahan lain seperti dapur.
.
.
.
Antara keunikan Omah Liren adalah asas rumah induknya yang berasal daripada kayu rumah lama kepunyaan ibu bapa Encik Arissen dan ditambah rekabentuk baru. Kawasan privatepool yang berhampiran memudahkan ibu bapa untuk memantau anak-anak.
Antara tips yang dikongsikan oleh Encik Arissen adalah letakkan perabot kayu di kawasan tertutup dan pastikan perabot kayu tidak didedahkan dengan kelembapan yang berlebihan.
Setiap kali sebelum nak pergi bercuti, perkara pertama yang kita akan lakukan adalah menempah tempat tinggal untuk didiami sepanjang percutian. Terdapat beberapa jenis pilihan tempat menginap seperti hotel, butik hotel, hostel ataupun homestay.
Bagi anda yang travel dalam kumpulan yang besar dan mahu jimat, homestay lah pilihan yang paling tepat. Tapi hati-hati jangan sampai tersalah pilih kerana ada yang indah khabar dari rupa. Jadi pastikan anda melakukan research terlebih dahulu sebelum menempah destinasi percutian bersama keluarga.
Dalam posting kali ini IMPIANA ingin kongsikan ciri-ciri homestay yang baik :
HARGA YANG KOMPETITIF
Homestay yang menawarkan perkhidmatan pelancongan alternatif dengan kadar harga yang kompetitif dan berpatutan sering menjadi pilihan pengunjung.
LOKASI YANG STRATEGIK
Lokasi yang terletak jauh dari pencemaran tetapi dalam masa yang sama juga mempunyai akses kepada pengangkutan dan kemudahan awam.
KEMUDAHAN ASAS Mempunyai kemudahan asas yang lengkap iaitu bilik tidur yang mencukupi dan selesa, bilik air yang bersih, ruang makan dan dapur yang lengkap selain item-item kecil lain yang juga penting seperti tuala, ubat nyamuk, alatan memasak dan makan.
KEBERSIHAN
Kawasan persekitaran rumah perlulah bersih dan bebas dari sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat atau serangga lain.
Sistem pembuangan air dan perparitan yang baik juga merupakan bonus.
KESELAMATAN
Keselamatan fizikal rumah dan persekitaran dalam keadaan baik dan selamat.
Langkah-langkah keselamatan seperti pencegahan kebakaran perlulah juga diambil kira oleh pemilik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini untuk memulakan semula ekonomi termasuklah bagi sektor makanan.
Pelbagai persoalan timbul mengenai kelonggaran yang diberikan. Ini garis panduan dan syarat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi setiap sektor penyediaan dan perkhidmatan makanan sebelum mereka memulakan operasi.
1. Restoran/ Medan Selera / Pusat Penjaja / Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung)
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan rekod suhu badan pekerja awal waktu bekerja
– Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurang 1 meter
– Setiap meja di muatkan tidak melebihi 4 orang semeja
– Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial
– Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
– Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan Tetap
Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis
Keperluan merekod kehadiran termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, serta suhu badan pekerja dan pelanggan, setiap hari
2. Kenderaan Saji (Food Truck) / Penjaja Beredar / Penjaja Tepi Jalan (Sementara)
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan rekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasaskan alkohol
– Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan tetap
Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis
Keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja setiap hari
Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan di kawasan perniagaan pada satu-satu masa (tidak berkumpul dan bersesak-sesak)
3. Pasar awam berbumbung / Pasar borong (Kuala Lumpur sahaja)
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
– Saringan kesihatan (suhu badan, simptom dan riwayat kontak dengan pesakit COVID 19) kepada semua pekerja warga tempatan dan asing yang memegang permit kerja (Pasar Borong)
Arahan tetap
Keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja setiap hari
Waktu operasi mungkin berubah mengikut pasar (contoh: Pasar
Borong Kuala Lumpur beroperasi 24 jam
Disinfeksi bangunan setiap hari selepas operasi
Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan dalam pasar pada satu-satu masa
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Jarak antara meja/ gerai 2 meter
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
Arahan tetap
Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi
5. Pasar raya mini / Kedai runcit / Kedai serbaneka
Waktu kehadiran pelanggan
8.00 pagi hingga 8.00 malam
Garis panduan dan SOP
– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa
– Penggunaan penanda di lantai, terutamanya di kawasan sesak seperti di kaunter pembayaran, bagi memastikan jarak 1 meter
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
– Pembersihan secara kerap menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
– Menggalakkan pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad kredit dan lain lain)
Arahan tetap
Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan dalam premis pada satu-satu masa
Kepentingan untuk pembersihan serta sanitasi berterusan yang kerap
Semua pekerja diwajibkan untuk memakai Face Mask
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.