Kemeriahan sepak mula Piala Dunia 2018 Rusia bermula sejak malam raya 14 Jun 2018 lepas. Kemeriahannya dirasai oleh seluruh penduduk dunia. Rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menyaksikan semua 64 perlawanan secara langsung terus dari bumi Rusia melalui stesen penyiar rasmi tempatan.
Walaupun kemeriahannya lebih bermakna jika disaksikan depan mata, tetapi untuk kita pergi ke sana ianya memerlukan belanja yang tinggi seperti tiket penerbangan, tiket memasuki stadium, dan tempat menginap. Jadi, IMPIANA ingin berkongsi serba sedikit jamuan mata buat pembaca serta pengikut majalah dekorasi nombor 1 di Malaysia tentang keindahan senibina 12 buah stadium rasmi yang digunakan sepanjang acara sukan berprestij ini berlangsung.
Stadium Luzhniki, Moscow
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di perkarangan stadium, pengunjung akan disambut oleh ukiran patung Lenin yang mana ianya diinspirasikan daripada senibina Greek. Stadium ini mendapat sentuhan dari tiga buah firma Arkitek iaitu PA Arena, GMP Architekten dan Mosproject-4. Pada asalnya ia boleh memuatkan seramai 78,000 penonton dan apabila siap secara rasmi pengubahsuainnya, ia boleh menempatkan seramai 81,000 orang. Lokasinya amat strategik kerana terletak betul-betul di tengah pusat perniagaan(CBD) Moscow.
Stadium St Petersbug
Dikenali sebagai stadium yang paling mahal dalam proses renovasi sehingga menelan USD 1 Billion. Ianya juga stadium yang paling canggih dan berteknologi tinggi kerana bumbungnya boleh dibuka dan ditutup jika berlaku hujan. Selain itu, ianya disokong dengan struktur lapan tiang pancang dan berbentuk seakan sebuah kapal angkasa. Ianya berada di bawah selian arkitek dari Jepun, iaitu Kisho Kurokawa.
Fisht Stadium, Sochi
Firma Arkitek Populous bertanggungjawab dalam merangka design pembinaan stadium bersejarah yang pernah menjadi host kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 2014. Pada asalnya, stadium ini berkonsepkan tutup bumbung, tetapi diubah pelan khasnya kepada konsep open-air untuk penganjuran Piala Dunia 2018, Russia. Jumlah keseluruhan perbelanjaan menelan sehingga USD 779 Juta ini diilhamkan daripada ukiran telur emas diraja Faberge Egg.
Stadium Yekaterinburg
Selaku penganjur rasmi edisi Piala Dunia 2018, Rusia mengambil langkah all–out dalam idea senibina stadium dengan merangka pelan yang pada asalnya nampak tidak masuk akal, tetapi end resultnya amat gempak dan memukau mata yang memandang. Jika stadium lain, semua penonton berada dalam stadium, tetapi pelan Stadium Ekaterinburg adalah dengan ‘mengeluarkan’ sedikit penontonnya yang duduk di belakang gol post. Walaupun terdapat banyak idea inovasi yang telah ditambah, itu tidak bermakna sentuhan asal klasikal-facade nya hilang malahan Ianya juga turut disokong dengan besi pancang Neo Klasikal Soviet untuk mengekalkan imej asalnya.
Nizhny Novgorod Stadium
Pelan senibinanya diilhamkan daripada elemen alam semulajadi berikutan lokasi stadium ini terletak di sebelah titik pertemuan dua sungai iaitu Sungai Volga dan Oka. Facade nya kelihatan beralun dan diwarnai dengan rona biru dan putih. Ianya dibina khas untuk penganjuran piala dunia dan menjadi pertemuan kumpulan F di antara pasukan Sweden dan Korea Selatan yang berakhir dengan jaringan sebanyak 1-0.
Stadium Rostov
Satu lagi stadium yang dibina di pinggir sungai adalah Stadium Rostov. Ianya terletak betul-betul sebelah Sungai Don dan mempunyai akses yang mudah untuk pejalan kaki serta penunggang basikal. Ianya dibuka secara rasmi kepada tatapan umum pada bulan April 2018 lepas. Stadium ini turut mendapat sentuhan firma arkitekture terkenal Populous.
Stadium Samara
Lokasi bandar Samara, Russia terkenal dengan institut kajian aeroangkasa yang dahulunya diterajui oleh Soviet Union. Oleh itu, jika diteliti, senibinanya berbentuk seperti ruang angkasa lepas yang dipenuhi bintang. Selain nama rasminya Stadium Samara, ia turut dikenali sebagai Kosmos Arena. Ianya boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu masa dan menyaksikan pemain AS Roma, Aleksander Kolarov dari Serbia menjaringkan sepakan percuma di separuh masa kedua.
Stadium Mordovia, Saranks
Kota Saranks merupakan bandar yang kurang mendapat sambutan sebelum ini, jadi Stadium Mordovia merupakan crowd–puller dalam usaha kerajaan Rusia untuk membuang tanggapan ‘bandar kurang pengunjung. Salah satu caranya adalah dengan mewarnai stadium ini dengan rona oren, merah dan putih. Ia boleh memuatkan seramai 45,000 penonton dalam satu perlawanan.
Volgograd Stadium
Warganegara England menyaksikan jaringan cantik oleh Kapten mereka iaitu Harry Kane di Stadium Volgograd dengan jaringan sebanyak dua berbalas 1 dari pasukan Tunisia. Stadium ini dibina di lokasi yang amat strategik iaitu di tebing sungai Volga. Ianya juga turut memuatkan seramai 45,000 penonton. Binaanya berbentuk seakan roda yang berputar mengelilingi stadium.
Spartak Stadium, Moscow
Tema warna putih dan merah mewarnai stadium yang pada asalnya hanya menempatkan seramai 35,000 orang kepada 42,000 penonton. Ianya juga merupakan homeground kepada kelab bolasepak profesional Rusia iaitu Spartak Moscow FC.
Stadium Kaliningrad
Stadium ini berkonsepkan open air kerana struktur binaan bahagian atasnya tidak mempunyai bumbung dan ianya turut dikenali sebagai stadium yang paling mudah untuk dibina dalam jangka masa yang pendek. Ianya berkapisiti seramai 35,000 orang dan ideanya dicedok sedikit dari pembinaan Stadium Allianz Arena, rumah kepada kelab pasukan bola sepak profesional Bayern Munich, di German.
Stadium Kazan Arena
Ianya dibawah seliaan dua firma arkitekture iaitu Populous dan Foster+partners. Mereka juga turut bertanggungjawab membina Stadium Wembley yang terkenal di Kota London. Ia berupaya memuatkan seramai 45,000 penonton dan menjadi lokasi untuk perlawanan penentuan peringkat suku akhir.