Alhamdulillah, selepas 12 tahun menetap di kediaman jenis kondominium, pelakon Nabila Huda atau nama panggilan Abil akhirnya selamat berpindah ke rumah teres yang tidak jauh dari perumahan lamanya.

Abil, 39, berkata dia tidak pernah terbayang ingin menetap di rumah teres memandangkan sudah selesa dengan kemudahan asas yang ada di kondominium sebelum ini.

“Masih lagi tak percaya selepas 12 tahun tinggal kat condo, finally saya pindah to a landed house. Abil tak pernah imagine, berangan or ada niat nak duduk landed house pun. Maybe dah biasa and comfortable kat condo. I like small house je tak suka nak besar-besar. Condo paling simple and basic,” ujarnya.

12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’

Rumah Baru Menepati Citarasa

Abil berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram yang turut memaparkan dia sibuk mengangkut barang untuk berpindah rumah.

Jelas Abil lagi, hatinya tergerak untuk mencari rumah teres pada tahun lalu namun tidak meletakkan harapan tinggi.Dia bagaimanapun tidak menyangka menemui sebuah rumah yang sesuai dengan cita rasanya dan masih di kawasan yang sama dia tinggal sebelum ini.

Ads

“So last year tiba-tiba macam rasa, eh best jugak duduk rumah bawah tapi I nak area sini jugak. Kite tak cari sangat or mengharap tapi tiba-tiba ada rezeki pulak. Tapi tu rumah saya lah small but upgrade lah dari condo and old school but i love it!! Sebenarnya nak sangat yang 1 story je tapi takde pulak..” kata Abil.

12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’

Guna Perkhidmatan Memindah Barang

Dalam pada itu, Abil memberitahu dia kini sudah menetap di rumah teres berkenaan selepas mencari masa sesuai untuk memindahkan barang dari kediaman lama.

“Selepas itu nak pindah, ini paling parah dan leceh adalah nak bungkus semua. Dengan jadual saya memang tak ada peluang nak bernafas.Nasib baik saya dapatkan perkhidmatan memindah barang,”

Ads

“Diorang memang power gila, cepat, and semua tersusun dengan rapi. Memang dorang settlekan dari packing sampai lah hantar ke my new home. Thank you guys!!🥺❤️jelasnya.

Binaan Rumah Perumahan Lama

Untuk makluman, rumah yang menjadi pilihan oleh Nabila Huda merupakan rumah teres 2 tingkat lama yang diberi nafas baru. Sebelum ini, pelakon ini pernah kongsikan beberapa gambar dan video rumahnya ketika masih dalam fasa renovasi dan ubahsuai. Memang cantik!

Binaan perumahan lama tahun 70-80an, ada vibes retro dan vintage pada rekaan konsep kediaman. Untungnya bila beli rumah lama ni pelan lantai lebih kemas & mempunyai bukaan yang lebih luas! Malah istimewanya, Abil juga masih mengekalkan rekabentuk dan binaan asal pada kediaman ini.

12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’ 12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’

Ads

IMPIANA: Alhamdulillah, tahniah buat pelakon Nabila Huda yang selamat berpindah ke rumah baru. Wah raya ni di rumah barulah iya, mesti lebih seronok.

Mesti Baca: Pantas, Mudah & Berbaloi, Urusan Pindah Barang Rumah Tak Lagi Menyusahkan
Baca Lagi Di Sini: Sekian Lama Menyewa Fokus Majukan Bisnes, HAFIZ MAHAMAD Akhirnya Pindah Rumah Sendiri
Artikel Menarik: 6 Perkara WAJIB Anda Lakukan Sebelum Masuk Rumah Baru, Bukan Sekadar Cuci Sahaja

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI