Rumah kecik 550sq dan mempunyai 2 bilik dan 1 bilik air mampu dijadikan homestay cantik macamni!

Pemilihan warna biru terang dengan kombinasi beberapa warna lain memang buat homestay ni seakan kita berada di rumah sendiri. Siapa kata rumah kecil tak mampu dijadikan homestay dan dihias sebegini cantik? Penyeri yang memberi ketenangan di ruang tamu, kehadiran item perabot dan aksesori dengan pelbagai rona bukanlah sekadar perhiasan semata-mata. Ia mampu mempengaruhi perasaan tetamu yang bertandang kerana warna terang ini menjadikan ruang tamu yang nampak luas ini berasa tenang , sejuk dan sesuai untuk perhimpunan lebih elegan. Pemilik, Syamsul-Amri Zainal yang merupakan seorang guru banyak berkongsi mengenai tip hiasan antaranya ,

  1. Pastikan tema dan bajet yang ingin kita ketengahkan untuk deko kediaman.
  2. Gunakan warna yang lembut untuk ruang sempit bagi menampakkan imej luas pada ruang berkenaan.
  3.  Bersabar dalam memilih perabot. Cuba survey dan bandingkan harga setiap kedai. Supaya tidak menyesal dan tersalah memilih tema.

 

 

Ads

Keadaan Sebelum :

 

Sering mengambil inspirasi dari pintrest, facebook dan homestay-homestay cantik, Syamsul memang bertuah kerana mempunyai isteri yang turut memliki minat yang sama. Menghabiskan sekurang-kurangnya RM2.5k untuk keseluruhan hiasan deko (tidak termasuk lantai) , Syamsul ternyata pandai membeli perabot tanpa mengeluarkan belanja yang besar untuk nampak mewah dan cantik. Sering membeli barang-barang online dari ezbuy, beliau juga gemar memebeli perabot dari IKEA, KAISON dan kedai perabot biasa.

 

Ads

 Selepas Dihias :

 

 

Ads

 

# Tip Dekorasi Ruang Terhad dari Impiana

  1.  RUANG : Pastikan ruang mahu dihias diteliti terutmanya saiz perabot dan kuantitinya. Ini penting supaya susun atur baru yang bakal dibuat tidak menyesal kemudian hari kerana usaha yang gagal.
  2. SUSUN ATUR : Minimumkan jumlah perabot atau barang dekorasi seminimum mungkin . Ketepikan item yang tidak perlu terlebih dahulu berbanding item yang diperlukan 
  3. WARNA : Ini aspek penting dalam dekorasi kerana warna memainkan peranan mood dan ruang. Pemilihan warna perlu betul atau kelak anda akan menyesal. Pilih warna cerah dan hadkan kuantitinya tidak lebih dari tiga warna utama.

Sumber pemilik : Syamsul-Amri Zainal

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI