15 Kegunaan Lain Baking Soda Yang Ramai Belum Tahu!

Share

Soda Bikarbonat atau baking soda biasanya digunakan ibu-ibu sebagai salah satu bahan untuk kek dan biskut coklat yang sedap. Tetapi tahukah anda, ia juga mempunyai kebolehan lain yang menakjubkan? Baking soda boleh digunakan untuk menyegarkan dan membersihkan kawasan-kawasan sekitar kediaman anda. Ianya sangat efektif dan mudah untuk didapati, jadi mari kita lihat masalah-masalah yang dapat baking soda selesaikan dengan mudah.

1. Membersihkan kesan kotoran pada bekas makanan plastik.
Untuk menyegarkan semula bekas makanan anda yang telah dicemari kesan minyak atau sebarang kotoran degil, lapkan ia dengan span bersih yang ditabur dengan baking soda. Atau anda juga boleh buang kesan kotoran degil ini dengan cara merendam bekas tersebut dalam air suam yang telah dicampur dengan 4 sudu soda bikarbonat. Jika cara ini masih juga tidak berhasil, saya cadangkan anda beli sahaja bekas yang baru.

2. Refresh peti sejuk yang berbau.
Dengan baking soda, anda tidak perlu risau bau hanyir ikan yang datang dari peti sejuk lagi… Soda akan menyerap bau busuk tersebut agar tidak terperap lama didalam dan mengubah rasa makanan lain yang disimpan sekali.

3. Cuci buah-buahan dan sayur-sayuran yang di beli.
Campurkan soda bikarbonat dengan air dan gunakan larutan itu untuk menyuci buah atau sayur yang anda beli dipasaraya. Biasanya buahan import yang dijual mempunyai lapisan lilin yang disapu agar ia tahan lama. Walaupun dikatakan selamat untuk dimakan, adalah lebih baik jika kita basuh bersih bagi menjauhi risiko penyakit.

4. Scrub segala permukaan di dapur.
Hampir setiap tempat kotor di dapur anda boleh mendapat manfaat daripada bahan ini. Dengan menggabungkan baking soda dengan air untuk membersihkan permukaan kaunter, sinki keluli tahan karat, ketuhar gelombang mikro dan pelbagai penutup dan peralatan memasak.

5. Hilangkan kesan minyak dari periuk belanga.
Membasuh alatan yang berminyak merupakan salah satu kerja dapur yang amat menjengkelkan. Tetapi sebenarnya, apa yang perlu anda lakukan ialah rendamkan perkakas atau alatan berminyak tersebut dalam air panas buat beberapa ketika, kemudian gunakan span kasar yang ditaburkan serbuk soda bikarbonat untuk menyental dan membuang segala kesan minyak yang degil.

6. Menyegarkan semula span yang sudah kotor.
Rendam ini staples dapur dalam soda penaik dan air untuk menyegarkan mereka supaya anda boleh menggunakannya lebih lama. Tetapi ingat, anda masih perlu melambungkan span anda setiap dua hingga tiga minggu, bergantung kepada penggunaan.

7. Hilangkan bau hapak pada pelapik tilam, kusyen atau sofa.
Percik kan larutan baking soda pada permukaan fabrik di sekitar kediaman dan biarkan ia selama 15 minit sebelum anda vakum kan semuanya. Anda boleh gunakan cara ini untuk tilam, sofa, kusyen dan mana-mana kawasan yang dilapik dengan fabrik bagi mengelakkannya dari berbau hapak.

8. Buang lumut dan kerak sabun di bilik air.
Gosok tab mandi, jubin, sinki dan tirai mandi anda dengan span lembap dan baking soda. Kemudian bilas dan bilik air anda akan berkilat seperti baru.

9. Dapat mengekalkan warna baju.
Pakaian putih dan berwarna anda akan kelihatan lebih menyerlah jika anda tambahkan secawan baking soda dengan sabun mencuci pakaian. Bahan ini akan membantu mengimbangi tahap pH bagi mendapatkan baju yang bersih dan suci.

10. Bersihkan longkang yang tersumbat.
Kosongkan longkang yang tersumbat dengan mencurah 1/2 cawan baking soda ke laluan longkang tersebut, diikuti dengan 1/2 cawan cuka. Tutup dengan kain basah dan tunggu lebih kurang lima minit, kemudian bilas dengan air panas. TA-DAA longkang anda kita tidak lagi tersumbat, kotor dan busuk.

11. Hilangkan bau busuk pada kasut.
Segarkan udara anda selepas kelas atau setelah balik dari gimnasium dengan beberapa percikan baking soda ke dalam kasut (dan mungkin juga beg sukan anda). Jemurkan seketika, dan tiada lagi bau tidak menyenangkan dari kasut anda.

12. Hilangkan bau sampah di dapur.
Letakkan beberapa sudu baking soda didalam tong bagi mengelakkan bau busuk sampah dari keluar dan menyemarkan udara di dalam rumah.

13. Bersihkan tumpahan minyak di garaj.
Tuangkan sedikit baking soda dan gosok dengan berus yang lembab untuk menghilangkan bekas tumpahan minyak enjin yang degil pada lantai garaj anda.

14. Hilangkan lingkaran air di atas meja.
Hilangkan kesan lingkaran dari cawan pada permukaan meja dengan menggunakan kain lembap dan larutan ubat gigi dengan baking soda. Kemudian ambil kain yang kering dan lapkan sekali lagi sehingga bersih dan bersinar.

15. Kilatkan semula perhiasan yang sudah tidak bersinar.
Apabila perhiasan dan barang kemas anda sudah tidak bersinar dan menarik lagi, anda boelh buatkan paste menggunakan baking soda dan air dengan nisbah 3 : 1 agar campuran tidak terlalu cair. Lap perhiasan menggunakan kain mikrofiber (bukan tuala atau tisu, yang boleh mencalarkan) dan bilas.

Published by
amalina