Inspirasi

15 Tahun Tinggal Di Rumah Kebajikan, Ibu Teruja Beraya Di Rumah Baru Anak Beli

Share

15 tahun tinggal di rumah kebajikan, ibu teruja beraya di rumah baru anak beli. Pastinya raya tahun ini menjadi lebih bermakna buat ibu ini kerana bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di kediamannya sendiri selepas tinggal di rumah kebajikan selama 15 tahun di Singapura, lapor laman berita AsiaOne hari ini.

Anak Sulung Beli Rumah 2 Bilik

Rasima Yunos, 61, kini mampu meraikan hari gembira itu di rumah baharu yang dibeli oleh anak lelaki sulungnya.

Menurut akhbar Shin Min Daily News, Rasima dan seorang lagi anak lelakinya berpindah ke pangsapuri dua bilik di Sengkang, semalam.

Tak Mampu Bayar Pinjaman Perumahan

Keluarga itu kehilangan rumah pada 2009 selepas suami Rasima meninggal dunia.

Wanita itu tidak mampu membayar balik pinjaman perumahan dan dia tiada pilihan selain menjual pangsapuri empat bilik milik mereka.

Dia kemudian berpindah ke rumah kebajikan, manakala anak lelakinya dihantar ke Rumah Anak Yatim Darul Ihsan.

IMPIANA: Alhamdulillah, Ramadan dan Syawal pada tahun ini pastinya menjadi lebih bermakna apabila dapat berkumpul bersama keluarga dan dapat tinggal di rumah sendiri yang baru di beli.

Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang


Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!

Sumber: Kosmo

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab