Bukan hanya sekadar ruang untuk memasak dan makan, dapur juga adalah tempat di mana kita berkumpul bersama ahli keluarga dan para tetamu sambil mengeratkan silaturahim. Jadi, sama ada anda memilih untuk membuat perubahan total, ataupun hanya renovasi kecil dengan mengemas kini ruangan ini, pertimbangkanlah segala hal sebelum memulakan proses tersebut. Dapatkan inspirasi dan arah yang jelas agar dapur anda lebih praktikal tetapi tetap menarik dan selesa.
- Hal yang paling mencabar apabila bercakap tentang renovasi dapur ialah tentang ruang penyimpanan barangan. Rancang dengan bijak dan fikir secara kreatif agar anda dapat menggunakan sepenuhnya ruang yang ada sejajar dengan aktiviti.
- Bina laluan yang luas dan lebar. Laluan di dapur yang dibina hendaklah sekurang-kurangnya 36 inci lebar. Tetapi laluan dalam zon memasak seharusnya 42 inci lebar untuk satu dapur dan 48 inci lebar untuk konfigurasi dua dapur.
- Dapur yang mesra kanak-kanak adalah impian para ibu. Untuk itu, letakkan dapur gas jauh daripada capaian mereka. Ini adalah untuk memastikan keselamatan anak-anak dan kesejahteraan ruang dapur.
- Pastikan peti sejuk mudah diakses oleh kedua-dua orang yang lalu lalang dan orang yang sedang menyediakan atau memasak makanan. Bukaan pintu peti sejuk juga perlu diambil kira, jadi ukur dahulu ruang meletak peti sejuk sebelum membeli.
- Untuk kabinet yang berfungsi dengan baik dan sepenuhnya, rancang ruang bukaan setiap pintunya. Kita tidak mahu pintu kabinet berlanggar antara satu sama yang lain jika ada keperluan untuk dibuka pada waktu yang sama.
- Tentukan fungsi kaunter pulau anda. Reka bentuk kaunter pulau yang baik adalah yang mempunyai keluasan permukaan yang mencukupi. Jika anda mahu letakkan dapur memasak di kaunter pulau, pastikan ia terpisah dengan ruangan untuk menyimpan dan makan.
- Apabila merancang reka bentuk dapur, pastikan anda mempunyai ruang permukaan kaunter sekurang-kurangnya sepanjang 15 inci pada setiap sisi peti sejuk, dapur memasak serta di sebelah ketuhar gelombang mikro.
- Pertimbangkan keluasan, material dan ketinggian permukaan kaunter. Bergantung pada kesesuaian penggunaan anda, keluasan permukaan kaunter seorang chef yang suka memasak mungkin berbeza dengan orang yang kurang memasak.
- Material permukaan kaunter juga perlu dipilih dengan cermat. Jangan terlalu tergesa-gesa memilih sebelum anda tentukan cara penggunaan dan konsep dapur masing-masing.
- Kaunter yang ergonomik dibina bagi menjanjikan persekitaran dapur yang lebih produktif, efisien dan selesa. Dengan menggabungkan reka bentuk yang ergonomik dengan perancangan yang berhati-hati, pekerjaan di dapur akan terlihat mudah dan menyeronokkan.
- Pasang beberapa plug elektrik di sepanjang backsplash dan di kaunter pulau agar mudah untuk anda gunakannya jika diperlukan.
- Cari atau wujudkan satu titik tumpuan dalam dapur anda supaya ruang kelihatan lebih menarik dan segar. Pasangkan jubin bercorak ataupun gunakan backsplash dengan warna yang menonjol.
- Sediakan satu sudut untuk meninggalkan pesanan atau menulis senarai barangan untuk dibeli. Gantungkan papan putih kecil atau pegboard pada dinding kosong. Untuk langkah yang lebih dramatik, cat kan dinding dengan cat papan hitam. Pasti menarik!
- Amalkan konsep 3R ; Reduce, Reuse, Recycle. Di samping dapat membantu alam sekitar, amalan ini juga dapat membantu dapur anda untuk sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.
- Gunakan setiap inci ruang yang ada dengan bijak dan cermat. Pastikan kesemua kabinet mempunyai ruang penstoran yang banyak agar mudah anda menyimpan periuk belanga dan pinggan mangkuk dengan teratur dan rapi.
Untuk tip dan idea dekorasi yang lebih banyak dan lengkap jangan lupa dapatkan majalah IMPIANA EDISI OKT/DIS 2018 DI PASARAN SEKARANG.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI