Pada asalnya kotak-kotak tanaman yang dibina bertujuan menjadi tapak tanaman sayur. Daripada beberapa kotak yang dibina, tinggal lagi satu sahaja kotak tanaman yang masih tidak ditanam. Jadi, pasangan kepada 3 orang anak ini berhasrat untuk jadikan kotak tanaman yang masih kosong ini sebagai kotak untuk “herbs garden” mereka.
Namun sedikit berbeza, “herbs garden” yang dibina berkonsepkan “fairy garden” atas permintaan anak-anak, kata pemilik.
Maka bermula lah rancangan membina sebuah fairy garden yang dikelilingi dengan tanaman herba jenis renek. Peringkat awal pembinaan sebuah plan perancangan di majukan. Untuk jadikan rekaan fairy garden ini lebih menarik, pemilik merancang untuk membina sebuah air terjun mini di sudut kotak tanaman.
Namun kami tidak mempunyai peruntukkan modal yang banyak. Jadi, kami merancang sebuh air terjun mini yang menggunakn tenaga solar untuk menjana keseluruhan sistem dengan beberapa bantuan peralatan yang lain. Tambah pemilik
Untuk Panel solar, pemilik telah menggunakan: 5V Submersible pump 6V 3amp Solar Panel 4-20V to 5V Step Down Voltage Regulator
Untuk menyimpan bahagian regulator solar, pemilik telah menggunakan bekas makanan yang dilubang pada bahagian kanan dan kiri. Satu bahagian lubang bersambung dengan solar panel yang berada di permukaan. Manakala lagi satu bahagian bersambung dengan pump. Elak lubang yang ditebuk dari dimasuki air. Gam lilin digunakan sebagai penutup dan ia diletakkan bersebelahan dengan bekas takungan.
Bahagian kolam takungan, pemilik telah menggunkan bekas makanan yang lebih besar dan lebar. Lubang di gali muat-muat untuk meletakkan bekas makanan tersebut. Sebelahnya pula bekas yang menyimpan cip solar. Batu-bata dan tanah di gunakan untuk membentuk dasar air terjun.
Ads
Ads
Bahagian kolam dilapiskan pond liner bagi mengelak kehilangan air serta batang paip bersaiz 2″ menjadi laluan untuk air naik ke bahagian puncak air terjun. Lantai permukaan air terjun juga di letakkan pond liner dan lebihan nya di masukkan ke dalam bekas makanan yang berfungsi sebagai kolam takungan. Sekeping jaring di letakkan pada permukaan kolam takungan bagi mengelak batu atau bendasing masuk ke dalam takungan kerana ia boleh menjejaskan pam.
Ads
Selesai membentuk keseluruhan dasar air terjun, baru lah batuan disusun mengikut cita rasa pemilik. Untuk lebih menarik, beberapa ornamen dan tanaman penutup serta renek di padankan. DAH SIAP.
Sumber:http://www.hometalk.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Nak beli gerudi dinding atau drill boleh jadi keliru. Bukan sahaja macam-macam jenama yang ada di pasaran, pelbagai fungsi, kod dan jenis pun boleh buat anda pening kepala. Lebih-lebih lagi, bila anda sebenarnya bukan lah nak menukang beria-ia macam pro. Cukup sekadar nak tebuk dinding untuk gantung bingkai dan kegunaan asas.
En Azmi Moh berkongsi jenis drill yang sesuai dengan kegunaan asas di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Kalau kita tak biasa, memang pening nak beli DRILL ni, macam-macam jenis, macam-macam jenama, macam-macam kod, macam-macam fungsi.
Cadangan saya, kalau kita bukan tukang, hanya nak drill biasa-biasa untuk kegunaan rumah, pilih Hammer Drill, 700w keatas. Tak kisah jenama apa. Yang penting watt dia. Ia menunjukkan kekuatan Drill itu mampu bekerja. Walaupun jenama BOSCH, jika 600w, bercintalah nak boleh tebuk dinding simen. Dalam gambar ‘B’ 710w. Sedang molek lah.
Kalau tukang, kena adalah lah semua DRILL A,B&C. Fungsi dia berbez-beza. Daril Drill ‘A’ Rotary Hammer, Drill C, untuk kerja-kerja ringan, untuk pasang screw. Kerja-kerja kayu dan elektrik, sesuai lah. Sebab ia ringan dan tanpa wayar. Semoga bermanfaat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kipas siling makin lama, makin tak rasa angin nya. Ada tu, perlahan macam speed no. 1 walaupun dah letak maksimum. Kebiasaanya, masalah ini berlaku pada kipas yang dah lama. Jadi, ramai beranggapan dah sampai masa kipas tersebut rosak.
Salah tu. Sebenarnya, ada dua sebab kenapa kipas siling anda tidak rasa angin nya atau perlahan.
1. Kipas berhabuk
Ini punca utama. Bila terlalu banyak habuk di bilah kipas, ia akan mula perlahan. Ramai yang culas untuk membersihkan kipas. Almaklum lah kedudukan nya yang sukar dicapai. Tambahan kalau mengelap habuk pada kipas siling, bertaburan satu rumah habuknya.
Sebenarnya, ada cara mudah dan menjimatkan masa untuk mencuci kipas siling ni. Nak tahu macam mam? [Klik sini]
2. Kapasitor rosak
Kipas, mahal macam mana pun sampai masa kapasotornya rosak. Bukan rosak apa, dah tiba masa. Kapasitor ni lah yang berperanan menghasilkan kelajuan pada kipas.
Tak perlu tukar kipas baru, beli sahaja kapasitor dari kedai hardware. Harganya baru RM 5-7. Tak pandai nak memasang, boleh cara tutorial mengganti kapasitor di dalam video yang disediakan
Sesebuah ruang akan serta merta menjadi lebih menarik apabila mempunyai feature wall. Selain pemilihan warna cat, biasanya pemilik juga boleh pasangkan saja wallpaper untuk dapatkan feature wall yang cantik. Tetapi berbeza dengan seorang cikgu dari Negeri Sembilan ini. Selepas tersalah beli wallpaper untuk kediamannya, Puan Herdiana Hamidtelah berjaya memikirkan sebuah langkah yang cukup kreatif untuk menghias dinding rumah.
Puan Dian dan suami menggunakan pelekat hitam yang amat murah dan berjaya transform dinding yang tampak kosong menjadi lebih menonjol dan menarik dengan corak burung geometrik. Jom kita tengok tranformasi nya!
BEFORE
Pelekat seperti ini boleh didapati di Mr.DIY dengan harga RM1.75 untuk yang bersaiz besar, dan 85 sen untuk yang kecil. Murah je! Puan Dian hanya memerlukan 4 tape saiz besar dan 10 tape saiz kecil untuk mendapatkan sebuah feature wall yang cantik.
AFTER
Hasilnya sangat menakjubkan. Selain menjimatkan, langkahnya juga amat mudah.
BEFORE
AFTER
Harap pembaca semua mendapat inspirasi dan selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.