
Mencari idea untuk membina sebuah bangku tanaman pada harga yang bajet serta mudah? Bangku taman yang di bina dari cinder block atau bahasa kampungnya kita panggil batu blok pasir ini tak memerlukan kemahiran yang tingg dan amat mudah untuk di bina. Hanya menggunakan 3 bahan utama, bangku taman anda berjaya di bina dalam tempoh kurang dari 2 jam. Ikuti langkah-langkah serta tip untuk membina bangku taman yang telah disediakan.
Bahan-bahan:
14 Biji cinder block atau batu block pasir
6 Batang 6x4x4 inci kayu siap ketam
1 tiub PL900 Construction adhesive
Kusyen (option)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Baja Organik Untuk Suburkan Tanah Dari Nanas

Isi Kandungan
ToggleEM atau “Effective Organism” mempunyai banyak manfaat kepada tanaman Ia antara bahan penting bagi petani yang berkebun secara komersial. Banyak produk EM dijual dipasaran. Namun, ia juga mudah untuk dihasilkan sendiri. Menerusi perkongsian di groupf facebook, Puan Sara Saad berkongsi resepi untuk menghasilkan EM dari nanas.
Bahan-bahan:
3 bahagian nenas
1 bahagian gula
10 bahagian air
Potong nanas, campurkan dengan gula n air. Peram selama satu bulan.
Cara guna:
1. Sebagai baja:
20 ml larutan dan 20 liter air. Siram pokok
2. Untuk meningkatkan kualiti air:
1 liter per 10,000 liter air
3. Untuk membersihkan kandang haiwan anda
1 liter setiap 100 liter air, semburkan seluruhnya.
4. Untuk memperbaiki tanah dan mempercepatkan biodegradabiliti organisma di dalam tanah:
1 liter untuk setiap 100 liter air. Tidak lebih dari 5 liter untuk satu ladang.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Tanam Bayam Dalam Baldi Tak Perlu Ruang Luas

Kalau sebelum ni, LAMAN Impiana ada kongsi cara untuk tanam kangkung dalam tapis hanya dengan mnggunakan air dan baja AB, kali ini nak ajak pula pembaca semua untuk cuba kaedah yang sama tapi untuk tanam bayam. Namun berbeza sedikit untuk kali ini. Bayam tidak mempunyai karakter akar seperti kangkung yang serabut. Hal ini menyebabkan pegangan akar pada dasar tapis tidak stabil. Jadi ia memerlukan medium tanaman seperti coco peat sebagai pemegang akar.
Nak tahu cara tanam bayam dalam tapis? boleh ikut langkah-langkah dan penyediaan barang yang telah disediakan oleh Euzie Byna
Bahan-bahan:
1 biji baldi bersaiz kecil
1 biji tapis yang muat dengan mulut baldi
Coco peat secukupnya
Filterwool
Biji benih
Air
Baja AB
Cara-cara:
1. Buat lubang pada tapis
2. Letak tapis dalam baldi dan ukur kedalaman tapis. Saya guna kayu saja.tandakan di kayu paras dasar tapis.
3. Ketepikan tapis dan tandakan kayu tadi di tepi baldi.
4. Tebuk lubang pada bahagian yang telah di tandakan tadi dengan menggunakan paku panas. Tujuan lubang utk air overflow.
5. Gunting filterwool mengikut lebar lubang tapis yg ditebuk. Panjang filterwool hendaklah mencecah dasar baldi
6. Masukkan air sehingga paras lubang overflow. Saya guna air kosong dulu.
7. Letakkan tapis dalam baldi. Tutup tapak tapis dengan sekeling filterwool supaya sabut tidak jatuh ke dalam air kelak.
8. Tambah sabut basah atas filterwool
9. Taburkan secubit dua benih bayam keatas sabut.
10. Spray air kosong supaya benih turut basah.
11. Tutupkan 2-3 hari supaya benih cepat bercambah.
12. Lepas benih cambah, tukar air guna air baja AB. (10-15ml ab+2L air)
13. Boleh terus dedahkan cahaya jika benih sudah mula tumbuh berdiri
14. Tambah air baja AB jika berkurangan. Pada peringkat awal, sumbu baru agak kurang berfungsi. Perlu dispray sabut supaya sentiasa basah.
15. Tuai selepas 4-6 minggu.
Sumber: Euzie Byna
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Panel Kayu Pada Dinding Kosong Dengan Kos RM300, Jimat Dan Menarik!

Untuk mendapatkan dinding tumpu yang menarik, ada terdapat pelbagai seni reka yang boleh dijadikan pilihan antaranya termasuklah “wall panelling” yang merangkumi wainscoting, beading, shiplap dan lain-lain.
Bagi memberi karakter pada ruang tamu kediaman mereka, pasangan ini telah DIY sendiri panel kayu pada dinding dengan kos sekitar RM300 sahaja!
Projek ini mengambil masa 3 hari dan pemilihan warna hitam merupakan persetujuan kedua-dua Puan Azleen dan suami kerana baginya rona ini memberi kelaianan dan memberikan impak yang dramatik pada ruang.
Saja nak share sebab aritu xsempat nk share projek dinding DIY laki bini
Guna kayu jenis sebatang panjang 6kaki saiz 1 inci x 1/2 inci
Ukuran dinding – 26 kaki x 8 kaki jenuh woi nk buat guna 40 batang kayu
Kayu jangan lupa gosok dulu dengan kertas pasir bagi dia licin baru cantik kan.
Gam dan filler pulak bole refer gambar. Cat kami guna Jotun Majestic Matt colour Black.
DINDING SEBELUM
ALATAN YANG DIPERLUKAN
PROSES
HASILNYA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI