Kredit : Carian gambar Google dan Pinterest
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Suai Padan Warna Pilihan Untuk Kediaman
Antara perkara paling penting dan utama dalam proses menghias kediaman adalah pemilihan warna bagi setiap ruang dan juga perabot. Warna merupakan bahasa visual yang boleh difahami oleh semua orang walaupun dari latar belakang yang berbeza. Kita dapat berkomunikasi hanya dengan menggunakan warna sebagai ‘bahasa penghantar’ melalui pemilhan dan penggunaannya dalam seni hiasan dalaman. Jadi, untuk warna berbicara seiring dengan kehendak, kita perlu terlebih dahulu memahami dan mendalami bagaimana warna berfungsi dalam mempengaruhi mood atau suasana kediaman.
Warna pada dasarnya datang dalam tiga kategori iaitu aktif, pasif dan neutral. Warna-warna neutral termasuklah hitam, kelabu, putih dan coklat. Kebiasaannya, warna neutral digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam hiasan yang menggunakan kedua-dua warna aktif dan pasif. Disini IMPIANA senaraikan skema warna asas untuk menghias kediaman anda agar nampak lebih sistematik dan menarik.
WARNA MONOKROMATIK
Menggunakan satu warna tetapi dalam pelbagai variasi dari segi kepekatan atau saturation. Penggunaan skema monochromatic akan membuatkan ruang tampak elegan, kemas dan bersih. Monokromatik juga memberi suasana yang nyaman lebih-lebih lagi dengan penggunaan warna biru atau hijau yang digabungkan dengan warna neutral seperti putih, hitau atau kelabu kerana rona warna yang digunakan lebih sekata dan tidak menyakitkan mata.
WARNA ANALOG
Menggunakan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. Pilih satu warna yang lebih dominan dan gunakan (satu atau dua) warna disebelahnya untuk memperkayakan lagi pilihan skema warna ini. Skema warna analogous ini seakan sama dengan skema warna monochromatic tetapi menawarkan lebih nuansa atau kehalusan dari segi kemasan rona yang mampu mengubah suasana ruang.
WARNA PELENGKAP
Untuk ruang dengan suasana lebih meriah atau vibrant, gunakan skema warna complementary. Pilih dua warna yang terletak bertentangan dalam roda warna. Contohnya seperti gabungan warna kuning dengan ungu, biru dengan oren dan sebagainya. Dua warna dengan kontras tinggi akan membuatkan ruang kediaman akan nampak lebih ceria dan bersemangat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Cantik Tapi Tak Ada Air Pancut? Hmph, Lemah! DIY Je Air Pancut Dekat Rumah.
Air pancut atau orang kata waterfall, adalah satu design yang kita boleh tambah untuk interior kita. Air pancut ini, jika ada di rumah, ia lagi membuatkan rumah kita seperti orang bangsawan. Tapi, nak pasangnya di rumah, mengambil kos yang banyak. Jadi, saya akan tunjukkan cara untuk meng-DIY air pancut untuk rumah anda.
Jika anda sudah mempunyai dinding, projek anda separuh siap. Walau bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk menyembunyikan mekanik air pancut jika anda membuat dinding di sekeliling komponen ini. Dinding batu sungai, sebagai contoh, menarik secara visual, sukar untuk dimudaratkan dan menawarkan persekitaran semula jadi di mana air boleh dikawal. Pergi ke kedai bekalan landskap dengan ukuran kawasan untuk kerja itu. Mereka boleh menasihati anda tentang berapa batu untuk diperolehi untuk wilayah yang ingin anda tempuhi. Anda juga memerlukan simen dan kolam yang telah dibentuk atau pelampung takungan selepas anda mempunyai batu itu. Anda boleh sama ada menggali kolam di bahagian bawah mata air atau menggunakan bentuk takungan plastik.
Mortar akan menahan batu di tempatnya, dan anda boleh mereka bentuknya mengikut kehendak anda. Bina dari bawah ke atas, letakkan takungan anda di beberapa lapisan pertama batu. Letakkan pam di bahagian bawah takungan dan jalankan tiub ke atas dan ke dinding. Secara tidak sengaja tutup tiub dengan kerikil atau tumbuh-tumbuhan. Apabila anda selesai, ia harus berakhir di dinding batu. Isi takungan dengan air apabila mortar telah kering, tambahkan pam, dan lihat air pancut dinding anda muncul dari pembentukan batu.
Jadi, itulah dia cara-cara meng-DIY air pancut di rumah. Jika anda berminat? Boleh cuba sekarang di rumah.
Sumber: Haenselblatt (https://ms.haenselblatt.com/articles/ornamental-gardens/diy-wall-fountains-how-to-build-a-wall-fountain-for-your-garden.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Simpan Sayur Di Ruang Sejuk Beku, Tahan Lebih Lama
Bila beli barang-barang dapur terutamanya jenis sayuran yang jarang digunakan dalam masakan seperti lengkuas, daun kari, pandan dan sebagainya, kebaisaanya rosak begitu sahaja sebab ia tidak dijual dalam kuantiti yang sedikit. Bagi mengatasi masalah ini Founder Facebook Page Dunia Deko Puan Noor Hafiza Mohamad berkongsi tip untuk menyimpan sayur- dan ulaman di bahagian sejuk beku untuk tahan lebih lama
Dalam freezer ni bukan saja boleh simpan ikan, simpan bunga kantan pun kekal segar macam baru petik.
Dalam video ni sis tunjuk ulam yang kita rasa mahal, susah nak jumpa dekat area rumah dan kita hargai sangat yang mak kita bagi. Kalau ada space dalam freezer apa salahnya kita frozenkan. Ulaman ni semua, kita tak masak setiap hari. Mungkin 2x saja dalam sebulan kita guna. Walaupun harganya RM1-2 seketul, rasa bersalah sangat kalau biarkan ia reput dan rosak kat bahagian bawah.
Sebenarnya buah, buahan lain pun kita boleh bekukan, macam pisang yang kita nak buat cekodok, pengat dan rebus. Kalau ada ruang lah. Kalau sis pindah ke rumah yang luas sikit, memang perlu sangatlah beli peti ais besar sikit, atau beli freezer terus. Bukan apa, penat tau nak angkat barang basah setiap hari. Orang perempuan jangan memaksa sangat angkat berat. Ada kesan jangka panjang yang orang lain takkan faham. Lebih-lebih lagi kepada yang tinggal di apartment yang takda lift macam sis. Penat oii nak panjat 2 tangga setiap hari. Sakit bahu bimbit barang-barang. At least kita boleh shopping barang basah 1-2 minggu sekali dengan suami. Dia yang tolong angkat. Dan kita simpan stok dalam freezer.
Sis suka simpan stok ikan ayam dalam bekas. Sebab senang nak tindan, senang nampak dan jadi lebih mudah nak ambil. Walaupun peti ais sis kecik je, tapi sis lebih suka macam ni. Bila bagi keutamaan untuk simpan stok ikan, sis tak boleh dah nak beli naget, roti canai frozen, aiskrim feveret, durian frozen. Terpaksa berkorban.
Kalau sis terbeli lebih makanan frozen, stok ikan terpaksa dikurangkan. Tak susah pun nak beli ikan setiap hari, sebab kedai runcit banyak dekat area rumah ni. Cuma bila nampak ikan segar dan harga murah, rasa rugi pulak kalau tak borong. Contohnya bila balik dari kampung, kita singgah jeti. Wajiblah beli ikan segar dari laut yang belum kena awet. Terpulang kepada diri sendiri. Anda kena rancang ok. Jangan ikut orang membuta tuli. Sebab kita lebih tahu apa yang lebih praktikal untuk kegunaan keluarga kita.
Posted by Noor Hafiza Mohamad on Tuesday, September 10, 2019
.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI